Ahad, Februari 19, 2012

GAMBAR TERKINI FARIS (MUNGKINKAH DIA MAMPU TERSENYUM KEMBALI?)

Cuba dengarkan lagu dendangan Kenny, Remy dan Martin, 'Suratan Atau Kebetulan' ini sambil membaca entri ini.


Suka duka, mereka sekeluarga tetap bersama.


Ketika dicuba dengan cabaran getir, semangat harus dibangkitkan dengan kadar luar biasa.

Saya percaya Shamrulismawi Ismail dan Zuraini Mohamad sentiasa berjuang, menggenggam harapan, memanjatkan doa kepada Allah, agar Faris kembali sihat, tersenyum dan ceria seperti anak lain.

Tanpa harapan, sesungguhnya manusia sudah tewas sebelum berjuang.


Berikut antara luahan hati Sham terhadap Faris, kini terlantar akibat HLH.

'Ya Allah, kuat dan tenangkanlah hati kami. Kalau betul dia untuk ku, percepatkan segala urusan yang baik. Sekiranya, dia bukan untukku, maka redhailah hatiku dengan ketentuan Mu. Aku tahu, Engkau akan memberikan yang terbaik dalam hidupku ini. Ya Rabb, berikan ketenangan yang teramat kepada hati dan jiwa ini. Ya Allah, engkau maha mengetahui lagi maha penyayang. Engkau yang mengaturkan kehidupan hamba Mu ini. Engkau yang menentukannya'


Kepada mereka belum berpeluang membaca 2 entri nukilan saya berhubung Faris sebelum ini, sila klik di sini dan di sini.


Manakala berikut maklumat terkini berhubung perkembangan Faris di hospital, terkandung dalam pesanan ringkas dihantarkan oleh ayahnya.

'Salam Mazidul, masih tidak banyak improvement. Cuma apabila saya memanggail namanya, Faris mengerakkan bulu matanya seolah-olah dia tahu saya memanggilnya'

Bersama kita membantu meringankan tanggungan kos perubatan Faris kini dilaporkan mencecah RM75,000 dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).

Kepada rakan pembaca telah menyumbang, mewakili keluarga Faris, saya mengucapkan terima kasih.


 SILA HEBAHKAN

12 ulasan:

  1. didoakan semoga segala berjalan lancar dan dipermudahkan Allah...amin..

    BalasPadam
  2. STM......ya allah kau beri lah kesembuhan pada anak ini dan tabah kan lah hati ke2 ibubapanya melalui dugaanMU.....permudah kan lah segala urusan mereka...AMINN

    BalasPadam
  3. terimakasih atas hebahan dan perkongsian ini....

    BalasPadam
  4. STM..Ya Allah, semoga adik faris sembuh seperti dlu..hanya Kau yg menentukan nya..amin amin Ya Rabbal'alaminn..

    BalasPadam
  5. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka & semoga Allah berikan kekuatan utk adik Faris & keluarga. Aminnn.. STM

    BalasPadam
  6. STM - ALLAH maha pengasih, yakin padaNYA.

    BalasPadam
  7. Ya Rahman ..... Ya Karim berilah kekuatan pada adik faris dan keluarga untuk menghadapi ujian Mu.... Allahuakbar

    BalasPadam
  8. Al fatihah untuk adek faris. semoga rohnya tenang disana.Tahziah utk keluarga adek faris

    BalasPadam
  9. Alfatihah untuk adek faris semoga rohnya tenang disana.Tahziah utk keluarga adek faris.semoga tabah menerimanya

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.