Selasa, Februari 28, 2012

MELAYU MEMBAKAR MELAYU? BUKAN TREND JENAYAH KITA

Kes remaja berusia 19 tahun, dibakar sehingga kritikal di ladang kelapa sawit, di Sungai Tengi, Gedangsa, Hulu Selangor, Selangor, menarik perhatian saya sejak 2 hari lalu.

Entri pertama, saya nukilkan semalam, baca di sini.

Ketika entri itu ditulis, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, masih tidak membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung kes itu. Justeru, tiada media elektronik atau cetak memaparkan perincian kes terbabit.


Mangsa dipercayai dibakar oleh tiga lelaki berbangsa MELAYU dan kini dilaporkan masih tidak sedarkan diri.

Rujuk laporan di sini.

Saya percaya, hari ini, majoriti akhbar tempatan memaparkan kes sama selepas disiarkan oleh Jabatan Berita TV3.

September tahun lalu, pelajar institusi pengajian tinggi dibakar dan mangsa berbangsa Melayu, meninggal dunia.

Baca laporannya, di sini.

Justeru, kes terbaru ini berbeza. Mangsa berjaya melarikan diri selepas dibakar pada kira-kira jam 6.40 pagi semalam. Dia juga dikatakan berpeluang menghubungi bapanya beberapa minit kemudian sebelum tidak sedarkan diri.

Saya amat yakin, jika mangsa pulih sedikit dan tersedar, dia mampu berkongsi identiti sebenar penjenayah cuba membunuhnya bersama pihak polis.

Mengapakah mangsa dibakar?

Jelasnya bertujuan untuk menghapuskan bukti jenayah dilakukan, sekaligus mengelakkan motif kejadian terbongkar. Kes mangsa dibakar sewaktu masih bernyawa ini bakal menarik perhatian pelbagai pihak. 

Pada masa sama, saya percaya, pihak polis sedang berusaha gigih untuk menyelesaikan kes jenayah kejam terbabit dan kemudian mengheret pesalah ke muka pengadilan. 

Saya berasa simpati terhadap keluarga dan rakan mangsa. Sebelum ini saya kerap terserempak dengan remaja terbabit sewaktu menjamu selera di restoran berhampiran rumah samada pada waktu siang atau malam.

12 ulasan:

  1. smti..anak Melayu semakin berani..menakutkan..

    BalasPadam
  2. kirenya tuan kenal la siapa pemuda yg kena bakar tu ye?ish cmne lah dia masa kena bakar tu kan. hanya Tuhan je yg tahu. Nauzubillah

    BalasPadam
  3. ntah nye.... ape nak jadi manusia la nih.... binatang pun tak de bakar membakar nih....

    BalasPadam
  4. saya pernah dengar kes Melayu POTONG TELINGA Melayu berdekatan tempat saya..walaupun kes terpencil a.k.a tak jadi kes polis langsung, ada Melayu yang gilakan berhati kering kerana Kuasa dan Pengaruh...

    BalasPadam
  5. Entah apa masalah mereka ni? Ada masalah, sampai bakar menbakar orang.

    BalasPadam
  6. tangkap penjenayah tu... kita bakor dia pulak...apa rasa? memalukan orang melayu je

    BalasPadam
  7. 1.. hutang..
    2.. perempuan..
    3.. dengki..
    4.. khainat..
    5.. dendam ...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.