Selasa, Februari 07, 2012

MOHON MBPJ MELAKSANAKAN SIASATAN BERKADAR SEGERA

Sewaktu pulang dari melakukan tinjauan bersama kru 666 awal pagi tadi, saya merakamkan gambar poster berikut di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Itu antara mesej jelas ingin disampaikan oleh kelompok tertentu berhubung pemimpin Pulau Pinang dan sasterawan negara itu. Jika selama ini mereka menuntut hak bersuara secara terbuka, hak sama juga digunakan keatas mereka.

Kesannya, sebilangan barangkali akan berasa tidak berpuas hati manakala sebilangan lagi berasa isi hati mereka berjaya diluahkan. 

Apapun saya percaya tiada antara mereka bakal  kehilangan nyawa berikutan percaturan terbabit.

Itu isu politik dan sosial namun dalam entri kali ini, saya ingin berbicara fasal nyawa.

Berikut gambar driving range dirakamkan di Seksyen 11, Kota Damansara berhampiran pasaraya Giant.


Kedudukan driving range terbabit begitu hampir dengan jalan utama.


Dalam tinjauan bersama rakan juga kru 666, Razali Harun, petang semalam, 6 biji bola golf kami kutip di atas rumput di tepi jalan.


Razali juga pemain golf.

Menurut ayah kepada 2 anak itu, bola golf dipukul oleh pemain berkebarangkalian 'terbang' ke jalanraya sekaligus berbahaya kepada pemandu kenderaan.


Timbul persoalan, mengapakah driving range terbabit tidak dilengkapi jaring keselamatan?

Untuk menjawab soalan itu, kami bergerak ke driving range itu dan mendapati hanya pekerja warga asing berasal dari Indonesia, Filipina dan Myanmar bertugas di premis terbabit.


"Boss di mana?," soal Razali.

"Pergi Indonesia semalam," balas pekerja Myanmar di atas.

Tukang masak warga Filipina saya temubual di lokasi mengaku memasuki Malaysia menggunakan permit sebagai kerja kilang di Rawang, Selangor dan kemudian melarikan diri dari majikan untuk berkhidmat sebagai tukang masak.

"Sebab apa tempat ini tidak ada jaring keselamatan? Kalau bola terbang ke jalanraya, terkena orang, macamana?," tanya saya.

"Kita mahu buat," balas pekerja Indonesia saya anggarkan berusia lingkungan 50 an.

"Kalau belum memasang jaring, mengapa beroperasi dahulu?," soal saya kepada lelaki sama.

Dia tiada jawaban.


Dua kali saya menghubungi pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, bertanyakan status driving range terbabit.

"Nanti saya akan hantarkan penguatkuasa untuk menyiasat"

Itu jawaban disogokkan kepada saya.

Saya bukan pemain golf justeru kurang faham berhubung prosedur pembinaan driving range di kawasan awam tetapi saya hanya ingin MBPJ bertindak pantas menyiasat status premis terbabit demi keselamatan orang awam.

9 ulasan:

  1. gud work...jawapan utk lps diri kot..tindakan entah bila..patut redah je pejabat bos tu n rakamkan perbualan..baru dia cpt skit buat tindakan

    BalasPadam
  2. kebebasan dalam apa benda pun harus ada had dan sempadanya.
    satu masa dan keadaan kebebasan yg diperjuangkan akan memakan diri sendiri.
    mengenai driving range,pendapat saya biasalah dimana saja dalam malaysia.
    pihak berkuasa tempatan atau pun mana2 yg diberi kuasa sentiasa tidak sedar apa yg berlaku.
    dah luluskan permohonan mereka pun tak ambil peduli lagi.
    driving range tak ada jaring keselamatan,tukang masak lari dari majikan,pekerja dan kakitangan warga asing yg tak pasti status permit kerjanya.
    tak ada siapa yg sedar pun.inilah malaysia.
    asal poket berisi,mata jadi rabun.

    BalasPadam
  3. yang menjawab tak bolih disalahkan,mungkin dia telah diarahkan olih pegawai atasanya supaya memberi jawapan standard begitu.
    biasanya yg makan pangkat besar makan pun besar.
    yang dk naik lori buat operasi tu sekadar makan nasi lemak teh tarik free je.

    BalasPadam
  4. salam bang. posters tu dah seminggu rasenye di tunnel surian tu. sakit plak mata saya setiap kalai congestion baca hate message tu. saya pun tak tau lah ape motif nye ditampal poster2 tu kat situ. yang pasti, ia menimbulkan rasa sakit hati and pencemaran mata sebab dinding tunnel tu tak sepatutnya di tampal dengan poster. i know election is coming soon. but, there is no need to jatuhkan lawan (both pihak pun) dengan cara macam tu. Fair fights, clean fights and most importantly deliver the promises to the rakyat itu lagi penting sekarang ni. susah jugak kan nak hujah lebih-lebih. sometimes, perkara sekecil poster pun dah boleh mengundang bermacam-macam isi discussion. Hopefully, this time around pemimpin yang ade kredibiliti akan jadi pilihan rakyat, insyaAllah.

    BalasPadam
  5. Driving range tu mmg bahaya, saya fikirkan benda sama mmg boleh ke tgh jalan bola golf tu kalau silap pukul. sepatut ada jaring baru boleh bukak..

    BalasPadam
  6. mmm....dah ada tindakan ke belum....

    lambat ke cepat nak ada tindakan...tunggu kereta boss kena bola golf dulu kot....hahaha

    BalasPadam
  7. SMTI..selagi blum ada yg mati kena bola golf atau ada cermin keta yg pecah.. atau yg lai bagus klu org MBPJ sendiri yg kena...diorg uat x tau jek...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.