Khamis, Mei 31, 2012

RINTIHAN HATI WANITA DARI KUALA KRAI KELANTAN INI HARUS DIDENGARI

Pelbagai kisah kita baca berhubung kualiti air di Kelantan.

Berikut antara komen dihantar oleh rakan Facebook saya kini menetap di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

"Di Kuala Krai ini, setiap hari kami menghadapi masalah bekalan air berwarna kuning, sampai baju sekolah anak-anak kami pun berwarna kuning. Saya setiap tahun kena menukar penapis air, seminggu sekali harus dibersihkan jika tidak air tidak keluar akibat keladak'



Tersentuh hati saya membaca kedaifan dan kesukaran hidup dilalui rakan wanita dan keluarganya itu.

Apabila dibangkitkan soal ini, barangkali segelintir pembaca akan berkata ...

"Kenapa sibuk sangat tentang air di Kelantan?"

Bukan menyibuk tetapi menyatakan simpati dan kebenaran. 

Bolehkah kerajaan Barisan Nasional membantu membekalkan air bersih sekiranya rakyat Kelantan membuat keputusan menukar kerajaan pemerintah?

Siapa boleh jawab?

WAJARKAN WAKIL RAKYAT KOTA DAMANSARA DIPILIH UNTUK PENGGAL KE DUA?

Saya berasa terkilan melihat beberapa kejadian di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Sebagai penduduk kawasan terbabit, saya wajar bersuara.

"Diakui rumah urut sewaktu pemerintahan Barisan Nasional memang ada tetapi sejak kebelakangan ini bilangannya semakin bertambah," ujar kenalan saya, anggota pihak berkuasa.

Selain daripada itu, komplen diutarakan selama ini bak mencurahkan air di daun keladi.

Masalah lubang di tepi jalan pernah saya catatkan sebelum ini.


Klik di sini dan di sini.

Akibat lubang tidak ditutup, kemalangan berlaku.


Laporan lengkap di sini.

Wakil rakyat barangkali mempunyai pelbagai tugasan lain jadi tidak begitu mempedulikan perangkap maut di kawasan pengundi beliau.

Untuk rekod, biarpun telah ditutup, kini lubang terbabit masih lagi ternganga, menunggu mangsa seterusnya.

Sampah tidak dikutip juga menjadi masalah kepada masyarakat di Kota Damansara.


Laporan lengkap, klik di sini.

Masakan wakil rakyat mempunyai masa terluang menyusuri lorong sepi dan busuk terbabit biarpun mengganggu masyarakat diwakili oleh beliau.

Wakil rakyat Kota Damansara juga bak tidak mampu bersuara dan sekadar memejamkan mata sewaktu dipaparkan dengan berita ...


Klik di sini.

Pada masa sama, beliau juga tidak langsung mengambil tahu berhubung keselamatan rakyat sewaktu kes di bawah saya bongkar di blog ini.


Baca di sini dan di sini.

Kita sebagai blogger picisan enggan bertindak bak lebih kuah daripada nasi sedangkan kami mempunyai wakil rakyat PKR dilantik secara majoriti oleh rakyat sewaktu Pilihan Raya Umum Ke 12 lalu.

Barangkali majoriti pembaca bukan pengundi bakal menentukan wakil rakyat di Kota Damansara. Bagaimanapun pandangan pembaca dihormati.

Wajarkah wakil rakyat sebegitu dipilih untuk penggal kedua?

GADIS DIRASUK JIN MENCAKAR KARPET SURAU DAN MENGANGKAT BESI PELAPIK LONGKANG MENGGUNAKAN 2 JARI

Pada awal pertemuan saya bersama perawat Kasturi Syifa', memang tidak dapat dinafikan, saya berasa amat segan dan janggal. Mereka kelompok insan berilmu dan bersikap amat merendah diri. Ternyata, usia bukan ukuran ilmu mereka miliki. Sebagai kelompok Al-Hafiz dan memahami kandungan 30 juzuk kita suci Al-Quran, saya amat menghormati mereka biarpun usia saya jauh lebih tua berbanding usia mereka semua.

Saya bertemu sebilangan daripada perawat Kasturi Syifa' pada tanggal 1 Ogos 2011 di pejabat di Mutiara Gombak, Selangor. Bermula dengan Ustaz Aznil dan Ustaz Hafiz, saya kemudian mengenali sahabat mereka, Ustaz Din, Ustaz Musleh dan lain-lain.

Sebelum itu, saya pernah terserempak kejadian ganjil, seorang gadis dianggarkan berusia awal 20 an dirasuk oleh jin.

Kes itu berlaku sekitar awal tahun 90 an.

Sebaik tamat berdebat di kampus induk, Universiti Institut Teknologi Mara, UiTM, saya dan rakan baik, Hannas Hakmad, bergerak menuju  ke arah surau Asrama Jati, di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. Di hadapan kami berjalan beriringan dua pelajar bertudung panjang, berpakaian serba hitam.

Sebaik mereka ingin mengambil wuduk di paip bersebelahan surau, azan Zohor dilaungkan dek bilal kedengaran  kuat di pembesar suara. Tiba-tiba gadis tinggi lampai itu menjerit tidak keruan dan bagai tidak sedarkan diri. Melihat kejadian itu, kami meluru lalu mengangkat gadis terbabit ke dalam surau dan membaringkannya menelentang di atas karpet.

Saya dan Hannas terpinga-pinga, tidak memahami hal berlaku.

Beberapa saat kemudian, gadis terbabit bangun dan memandang ke arah kami berdua dan rakan wanitanya. Renungan matanya kelihatan amat tajam sambil kuku kedua belah tangannya mencakar kasar karpet biru terhampar.

Pada masa sama, kedengaran suara dengusan kuat.

"Kamu tahu tidak? Badan aku sakit sangat! Patung aku kena cucuk! Kena cucuk kuat," katanya.

Tanpa diduga, dia bingkas bangun, meluru ke arah meja rotan bercermin kaca di dalam surau , diangkat dan cuba mengejar dan menghempuk kami berdua menggunakan perabot terbabit. Sebagai pemain ragbi, biarpun bertubuh kurus, Hannas pantas menerpa sekaligus menangkap kedua kaki gadis terbabit.

Dia terjatuh dan terbaring.

"Aduh! Janganlah buat begitu. Buat apa kamu tangkap kaki aku? Aku jatuh, aku sakit," keluh gadis itu.

Berulang kali dia merayu.

Beberapa saat kemudian, sambil duduk dia mula mencakar karpet sekali lagi dan tiba-tiba dia berlari ke luar surau dan berdiri berhampiran pokok besar sambil bercakap dalam bahasa Thailand. Ketika itu kami hanya memerhatikannya dari jarak jauh.

Segala aksi gadis itu kelihatan tidak ubah bak lakonan di dalam drama Melayu. Puas bercakap seorang diri sambil menghadap pokok, dia kemudian berpusing ke arah pintu masuk di belakang surau, memerhatikan kami sedang melihatnya. Perlahan dia membongkokkan tubuh dan pantas mencapai besi penutup longkang berwarna merah, diangkat hanya menggunakan dua jari sahaja dan kembali mengejar kami di dalam surau.

Hannas, kini bertugas sebagai Pengurus ladang kelapa sawit berjaya di Tawau, Sabah, kembali berperanan sebagai pemain ragbi dan gadis itu terjatuh buat kali kedua.

Setiap kali jatuh, dia merayu, kesakitan.

Sewaktu dia cuba bangun, saya, Hannas dan beberapa lagi jemaah lelaki terpaksa menekan kuat  tubuhnya ke lantai namun kekuatan dimiliki gadis itu bukan kepalang.

Kami melambung ditolak ke tepi.

Biarpun peristiwa itu berlaku kira-kira 20 tahun lalu dan jarang saya ceritakan kepada sesiapa, kekuatan dimiliki oleh gadis terbabit terungkai setelah saya bertemu dengan perawat Kasturi Syifa'.

Fakta, jin mempunyai kekuatan 20 kali ganda berbanding tenaga manusia biasa. Pada masa sama sentiasa  mencuba untuk mengelirukan manusia.

Jika pembaca mempunyai kelapangan waktu, sila klik di sini untuk menambahkan ilmu.

Semua sahabat saya pada ketika itu sedang mula memasarkan produk pertama mereka, minyak Kasturi Syifa'. Ibu minyak kasturi sebelum dibotolkan telah dibacakan dengan ayat ayat Syifa', Rukyah dan didoakan lebih 30 kali dengan 30 juzuk Al-Quran.

"Sebenarnya ini satu ikhtiar dalam perubatan Islam. Minyak tidak berkuasa. Segalanya berlaku dengan izin Allah," pesan mereka.

Saya diberitahu, jin tidak sukakan bauan wangi dan tempat bersih.

Dalam satu tinjauan bersama kru Penyingkap Fakta 666, di Hutan Lipur Ulu Bentul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, secara tidak sengaja, seorang perawat Kasturi Syifa' berjaya merakamkan imej seperti Orang Utan berhampiran TANDAS di kawasan perkelahan itu.


Sila baca laporan lengkap di sini.

Justeru tidak hairan, jika sebelum ini 666 banyak menerima aduan berhubung kes penghuni rumah mendakwa terlihat kelibat atau lintasan bak lembaga hitam menuju ke arah TANDAS di rumah mereka.

Jin gemarkan lokasi kotor.

Sebelum ini saya juga mendapat aduan berhubung kes anak kecil dilaporkan sukar tidur malam. Kata ibu mereka, bayi bagaikan diusik atau seperti diagah entiti tidak kelihatan pada mata kasar.

"Cubalah minyak Kasturi Syifa', ikut arahan seperti tercatat di dalam kotak, dengan izin Allah, keadaan akan menjadi baik," ujar saya.

Beberapa hari kemudian, saya menerima panggilan daripada ibu sama.

"Bang, saya hendak lagi 5 botol," pintanya.

"Kamu hendak buat mandian ke?," gurau saya.

"Bukan, hendak diberikan kepada kawan sebagai hadiah. Alhamdulillah anak saya tidur lena," ujarnya.

Saya yakin minyak Kasturi Syifa' diaurakan dengan ayat ayat Syifa' dan Rukyah serta didoakan dengan bacaan Al-Quran memiliki kelebihan tersendiri.


Blogger, Kak Jee, juga berkongsi pengalaman beliau berhubung minyak Kasturi Syifa', klik di sini.

Jika ingin mengetahui maklumat lebih terperinci mengenai minyak terbabit dan produk lain, sila ke laman Facebook Ibu Pejabat Kasturi Syifa', klik di sini.

Kasturi Syifa' juga menawarkan perkhidmatan rawatan menggunakan kaedah Islam berhubung masalah gangguan jin. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Jika berhasrat memberikan sumbangan ikhlas kepada perawat di atas usaha dan bantuan mereka, saya tidak melarang.

Untuk rawatan, sila berhubung dengan Ustaz Musleh di talian 012 298 7900.

Manakala untuk mendapatkan bekalan minyak Kasturi Syifa' dengan kadar segera, sila telefon stokis di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Puan. Lin di 012 6277 300.

Untuk rekod, minyak boleh diambil di Kota Damansara atau dihantar menggunakan perkhidmatan pos laju.

SILA HEBAHKAN

Rabu, Mei 30, 2012

MENGAPAKAH GADIS TEMPATAN SANGGUP DISETUBUHI LELAKI WARGA NIGERIA? (18SX)

Lelaki Nigeria lazimnya berhijrah ke Malaysia menggunakan alasan unutk belajar di institusi pengajian tinggi swasta.

Majoriti mereka bukan menuntut untuk menjadi rocket scientist tetapi sekadar mempelajari Bahasa Inggeris.


Untuk rekod, Bahasa Inggeris digunakan secara meluas sebagai bahasa komunikasi di Nigeria selain bahasa ibunda mereka, Ibbo.

Kita sama sekali TIDAK mendakwa semua warga Afrika tinggal sementara di negara ini penipu tetapi ramai antara mereka terbabit dalam kes penipuan menggunakan internet, warga Nigeria.

Semalam saya dihubungi oleh pekerja wanita, Malaysia Airport Berhad, MAB.

"Beberapa kali saya terserempak dengan wanita Melayu, datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA, untuk mencari 'pegawai kastam' kononnya menahan teman lelaki mereka kerana membawa wang ratusan ribu pound dari United Kingdom. Mereka datang untuk menjelaskan 10% dari jumlah wang didakwa disita oleh pihak kastam sekaligus membebaskan teman lelaki mereka. Saya katakan kepada wanita terbabit, warga asing hanya perlu mengisi borong pengistiharan membawa masuk jumlah wang jika melebihi jumlah ditetapkan kerajaan Malaysia. Kastam hanya menangkap orang menyeludup dadah," katanya.

"Usia mereka?," soal saya.

"Wanita pertama, cantik, saya anggarkan berusia dalam lingkungan 40 an manakala seorang lagi sekitar 20 an. Wanita kedua kemudian membenarkan saya bercakap dengan teman lelakinya melalui telefon bimbit. Memang boleh cair mendengar rayuan dia, meminta wang didepositkan ke dalam akaun warga tempatan kononnya milik pegawai kastam untuk membebaskan dia. Saya beritahu, saya betugas di KLIA dan boleh membebaskan dia tanpa membayar wang. Dia terkejut dan kemudian meletakkan telefon. Manakala ejen kononnya menguruskan bungkusan, parcel, mengandungi wang dikatakan cuba dibawa masuk oleh teman lelaki wanita sama juga memutuskan talian sebaik saya memperkenalkan diri sebagai pekerja MAB. Saya kasihan melihat ramai wanita kita ditipu hidup hidup oleh warga asing," tambahnya.

Untuk rekod, kedua mangsa terbabit dilaporkan berhubung dengan teman warga Nigeria tidak pernah mereka temui, melalui laman sosial Facebook sebelum mereka ditipu.


Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada petugas MAB terbabit kerana sudi menghubungi saya dan berkongsi fakta bersama pembaca blog ini.

Berikut antara contoh ayat manis digunakan oleh lelaki Nigeria menyamar wanita, 'Laila', demi untuk memikat mangsa setelah beberapa kali berhubung melalui emel.

Baca antara kandungan emel di sini.


Setelah yakin dia berjaya memujuk rayu saya, bungkusan, parcel, dijanjikan itu kemudiannya didakwa dihantar ke KLIA.

Wakil syarikat penghantar barang, dipercayai warga Nigeria menyamar, kemudian menghubungi saya menggunakan loghat warga United Kingdom. Dia sedaya upaya mendesak saya mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun milik warga tempatan, kononnya untuk menebus parcel dihantarkan kepada saya.

Parcel itu dikatakan mengandungi pelbagai barangan berharga seperti wang tunai, telefon bimbit dan komputer riba seperti dinyatakan oleh 'Laila' pada awalnya di dalam emel.

Klik di sini.

Seorang daripada pembaca blog ini, 'K', juga pernah cuba diperdaya oleh warga Nigeria tetapi mujur menyedari bahawa dia bakal menjadi mangsa.

Dengarkan juga rakaman perbualan di antara 'K' bersama wanita tempatan mendakwa ejen syarikat penghantar barang serta lelak iwarga asing mendakwa 'diplomat', cuba menipunya, klik di sini.

Kepada mereka baru berpeluang menjengah blog ini, maklumat di atas menerangkan secara terperinci modus operandi 'Parcel Scam', majoriti membabitkan pengelentong warga Nigeria.

Mereka bukan sahaja mengaut keuntungan berbilion ringgit malah turut meratah tubuh gadis tempatan tanpa mengira bangsa dan ugama.


Sila baca kisah 'Shana', bukan nama sebenar, terlalu taksub menggilai cinta lelaki Nigeria sehingga sanggup menggadai maruah diri sebelum tersedar dia menjadi mangsa penipuan.

Klik di sini.

Tinjau juga pengakuan awal gadis Melayu, 'Zana' bukan nama sebenar, pernah tinggal bersama teman lelaki warga Nigeria di Puchong, Selangor, klik di sini.


Baca pengakuan ikhlas Zana, sewaktu ditemubual buat kali kedua, sebelum dia membuat keputusan meninggalkan kekasihnya itu, klik di sini.

Melalui pengalaman merekodkan maklumat disalurkan bekas teman wanita lelaki Nigeria, saya kemudian menukilkan fakta berhubung kehidupan sebilangan penipu warga Nigeria tinggal di Malaysia.


Mereka dilaporkan bebas menyetubuhi gadis tempatan hanya bermodalkan air liur dan ayat manis sebagai sweet talker.

Lagipun, tubuh lelaki Nigeria lazimnya tegap dan sedap dipeluk, barangkali.


Lebih menakjubkan lagi, sebilangan penipu terbabit juga cuba mengkaburi kegiatan mereka dengan menjalankan kegiatan bercorak kebajikan menggunakan wang diraih hasil penipuan.


Baca informasi berhubung fakta itu di sini.

Berikut antara kisah diceritakan oleh Zana, amat menarik perhatian saya. Lelaki warga Nigeria bukan saya menyetubhi gadis muda pelbagai bangsa, malah warga emas berusia lebih 60 tahun turut dibalun oleh mereka.

"Selepas 2 jam berehat dan berborak di ruang tamu. mereka masuk semula ke dalam bilik dan saya terdengar bunyi macam orang menepuk nyamuk sekali lagi. Ozark memberi tahu saya, sempat duaround. Selepas mak cik itu balik, Ozark terus mengeluh, sister I am dying. Saya bertanya, kenapa Ozark? Dia kata, that woman sucked my blood. Rasanya macam hendak mati Ozark dikerjakan dek mak cik tua itu," jelasnya.

Baca kisah lengkap berita mengerikan itu di sini.

Kepada gadis dan wanita Malaysia kini sedang mabuk bercinta dengan lelaki Nigeria, berhati-hatilah. Sebagai manusia, segelintir meraka barangkali bersifat jujur tetapi tidak dapat dinafikan lagi pelbagai niat lain tersirat di hati mereka.

Jika terdapat pembaca wanita berasa diri mereka terperangkap dengan cinta lelaki Nigeria, keluarlah dari belenggu itu.

Keputusan itu milik anda.

HEBAHKAN

Isnin, Mei 28, 2012

DI ANTARA KAIN BATIK DAN BR1M

Kerajaan bercadang untuk memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M buat kali kedua seperti dicadangkan oleh MCA.

Sebelum ini rakyat menepati syarat diberikan RM500.

Saya setuju, wang sebanyak itu tidak mungkin menyelesaikan keseluruhan masalah ekonomi keluarga tetapi sedikit sebanyak membantu rakyat.


Hari ini akhbar Sinar Harian memaparkan kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengatakan pemberian BR1M kali kedua akan memberikan gambaran pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mengawal kos sara hidup rakyat.

Rafizi mendakwa BR1M juga bertujuan untuk memancing undi rakyat.

Klik di sini untuk membaca berita penuh.

Saya tidak pernah mendengar pra-syarat, setiap penerima BR1M diwajibkan mengundi Barisan Nasional, BN, pada Pilihan Raya, PRU 13. Undi rakyat, rahsia justeru tidak ada jaminan rakyat akan mengundi BN jika mereka menerima BR1M.

Ternyata jika BR1M diberikan, kerajaan bertujuan membantu rakyat berkelayakan dan memerlukan.

Sebelum ini sebilangan kenalan saya, penyokong kuat PKR juga mengambil wang bantuan kerajaan terbabit dan digunakan untuk perbelanjaan keluarga mereka.

Kata mereka ...

"Itu tanggungjawab kerajaan membantu rakyat"

Pada masa sama, saya teringat kenyataan beberapa rakan di Kelantan sewaktu menjelang PRU 12. 

"Kami terima kain batik pemberian BN tetapi itu tidak bererti kami mengundi BN"

Saya bukan ahli politik seperti Rafizi tetapi jika beliau membaca entri ini, peringatan saya, molek jika pentadbiran PKR di Selangor pergi menjenguk penduduk di Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Berikan bantuan kepada mereka sebelum pilihan raya andai inginkan sokongan penduduk pada PRU 13.

Kisah penderitaan mereka saya catatkan di sini dan di sini.

ISKANDAR KRITIKAL

Saya baru sahaja membaca pesanan ringkas dihantar oleh ibu Iskandar Syalizan, 10 bulan, kini terlantar di Hospital Sultanah Aminah, HSA Johor Bahru, Johor akibat sakit paru paru dan jangkitan virus.

Usaha kedua ibu bapa Iskandar supaya anak mereka dirawat oleh pakar paru paru di Jabatan Kardiotorasik, HSA dan Hospital Kuala Lumpur setakat ini dilaporkan gagal dilaksanakan.

Berikut entri saya nukilkan berhubung Iskandar sebelum ini.





Berikut pesanan ringkas saya terima sebentar tadi dari ibu Iskandar, Siti Aminah Amir.

'Keadaan Iskandar semakin kritikal sejak jam 7 pagi tadi. Seluruh badan dia bengkak sebab dipenuhi karbon dioksida. Tolong sebarkan  berita ini supaya lebih ramai dapat mendoakan Iskandar kuat mengharungi keadaan ini'

Sila like halaman 'Save Iskandar. Save Our Son', klik di sini.


HEBAHKAN

Ahad, Mei 27, 2012

SILAT LINTAU DAN UFO?

"Guru saya, Enche Abd. Molok Idham berasal dari Pagar Ruyung, Minangkabau, Indonesia. Rumah guru saya masa dahulu di Changkat Larang Rezab lebih kurang 40 minit dari sini kalau menaiki kereta. Beliau meninggal dunia tahun 1988. Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia didaftarkan pada 14 Januari 1976," ujar Zainudin Tah.


Zainudin, Yang Dipertua Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia, dilahirkan pada tahun 1948 di Kuala Kurau, Perak.

Saya menemui beliau di Taman Koperasi Perpaduan, Tambun, Ipoh, Perak.


Sejak 15 tahun lalu, Zainudian telah melatih kira-kira 4,000 pesilat.

"Anak murid saya paling muda berusia 4 tahun dan paling tua, 70 tahun. Latihan dijalankan pada malam Sabtu, Ahad dan Isnin. Ssaya percaya, waris guru saya masih ada tetapi saya antara anak murid menuntut dengan beliau," celah beliau.


"Apakah antara keistimewaan silat Lintau?," soal saya spontan.

"Istimewa silat Lintau, gabungan 5 in1 bak kata orang putih. Dia ada ciri silat bunga. Kata orang tua, hendak melentur buluh biar dari rebungnya, kita panggil seni Pucuk Rebung. Kalau hedak mengajar pesilat, jika boleh biar dari usia muda. Kedua, Kucing Main Daun. Kalau kita tengok, apabila daun jatuh dari pokok, anak kucing lazimnya menyepak dan bermain terlebih dahulu sebelum menangkap daun. Ertinya, silat ini mengajar kita untuk berusaha mencari rezeki untuk hidup, sedangkan kucing pun tahu menangkap daun jatuh. Ketiga, Seni Benang Kusut. Kita ini selalunya mempunyai pemikiran kusut. Kalau diikutkan sangat, ambil api, bakar sahaja. Namun jika kita sabar, benang kusut boleh kita leraikan dan boleh digunakan semula. Seni Helang Mengepak, memberikan contoh kepada anak kita supaya mereka berdikari tetapi jangan pandai pandai sendiri, kena mendengar nasihat emak, ayah dan guru. Bila anak helang mula hendak terbang, dia akan bertenggek di atas dahan. Emak dan ayah burung berkata, jangan terbang dahulu, kepak kamu belum kuat lagi, biarpun ikan sudah banyak menunggu di dalam sungai untuk kamu tangkap dan makan. Jadi, anak anak harus mendengar nasihat ibu dan ayah sebelum mengejar cita cita di hati. Keempat, seni Helang Terbang. Apabila kamu terbang, gunakanlah kemahiran itu untuk kami membuat keputusan terbaik diri kamu.  Akhir sekali  seni Bunga Teratai melambangkan kemurnian silat Lintau. Dalam apa hal sekalipun, usah mudah gabrah dan marah, biar kita lembut dan tenang, tenang seperti teratai kembang di air," jelas Zainudin.


Ayah kepada 9 anak itu mendakwa pernah melalui pengalaman ganjil dan tidak mampu dijelaskan dek akal.

"Dalam keadaan gelap gelita, sekitar jam 12.30 malam, saya ternampak seperti 'bulan' bersinar terang macam sport light. Orang putih kata? UFO? Agaknya, di bawah pokok kelapa. Terkejut. Dari situ, dia pergi berpusing-pusing di kawasan tanah lapang di sebelah rumah, dekat 20 minit sebelum menghilang. Saya sempat memanggil isteri untuk melihat kejadian itu. Kami pun tidak tahu apakah benda muncul itu," ujar Zainudin lagi.


"Bilakah kejadian itu berlaku?," tanya saya.

"Lebih kurang 10 tahun lalu," celah isteri Zainudin, Rosmaini Pahing, 50 tahun.


Zainudin juga mendakwa bertemu rantai tembaga lama sewaktu menangani masalah semut merah menggigit jurulatih dan anak murid beliau ketika berlatih di gelanggang. 


Sila baca kenyataan Zainudin berhubung kejadian terbabit dan kelebihan kain rentung di sini.

"Bagaimanakah rupa rantai itu?," soal saya.

"Itu, saya pakai di dalam gambar. Saya tanya kepada isteri pada waktu menggali gelanggang itu, mengapakah kamu tanam rantai Tuah ini? Sebelum itu, saya membela beruk, kami namakan Tuah. Saya pun membaling rantai itu kepada isteri. Ini bukan rantai Tuah bang, kata isteri," balas Zainudin.


Rantai itu dikatakan kelihatan seperti tasbih.

"Mengapakah biarpun sudah berusia, masih berminat mengajar silat Lintau?," soalan saya ajukan.

"Tujuan kita supaya kesenian ini tidak pupus dek zaman di bumi Malaysia. Kita hendak generasi baru mengenali seni Silat Lintau ini. Selagi generasi itu masih hidup, mereka mewarisi silat ini dan terus membuka gelanggang. Silat Lintau, terbahagi kepada seni pencak dan silat. Seni, kelembutan, kehalusan dan kepantasan sesuatu pergerakan. Pencak untuk bertempur, sewaktu berhadapan musuh. Silat itu memastikan pergerakan langkah itu jangan sumbang," jelas beliau.


Malam semalam saya diberikan peluang untuk merakamkan gambar aksi pesilat sewaktu berlatih di gelanggang di sebelah rumah Zainudin.


Untuk rekod, Zainudin juga bergelar 'Ayahanda' di kalangan ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah, PEKIDA.

"Kekadang sebilangan mendakwa ahli PEKIDA tetapi bekerja menjaga pusat hiburan ...," kata saya.

"Ya, terdapat laporan ahli PEKIDA menjaga pusat hiburan, pusat judi dan urut. Makan di kedai  tidak berbayar. Inilah antara telatah orang muda bukan datang dari dunia persilatan dan mendakwa anak buah saya, orang gelar, 'Din Besi'. Silat sebenarnya menanamkan disiplin ketat di kalangan anak muda sekaligus menjadikan mereka tidak riak dan membanggakan diri. Jika ahli PEKIDA mengamalkan konsep amal makruf nahi mungkar, kejadian itu semua tidak berlaku. Saya rasa terkilan apabila sebilangan mereka mendakwa ahli PEKIDA 'memetik' nama saya sebagai ayahanda. Bagi mereka tidak mengenali, nama saya menjadi buruk. Beberapa kali pihak berkuasa memanggil saya untuk memberikan keterangan di samping mengenali saya tetapi saya tidak ada masalah. Kalau benar ahli PEKIDA terbabit dalam kegiatan jenayah, negara kita mempunyai pihak berkuasa, sila laporkan kepada polis. Anak anak 'Din Besi' tidak begitu," kata beliau. 

Zainudin bersyukur dengan anugerah Allah kepada dirinya dan keluarga..

"Saya tidak kisah kalau tiada duit sekalipun kerana Allah memberikan kesihatan kepada saya. Kalau kita ada dua tiga puluh ribu sekalipun tetapi tidak sihat, tiada gunanya," terang beliau.

Anak Zainudin, Mohd Hakim. 19 tahun, kini menjadi pewaris dan jurulatih silat Lintau. Melalui pengamatan saya, dia anak muda beradap dan bersikap merendah diri seperti ayahnya.


"Kain Sentung sebenarnya membantu kita mempertahankan diri sewaktu tidak bersenjata," ujar Zainudin.

"Kalau sekali libas dan terkena muka, mahu pecah atau digunakan untuk mencekik musuh," sampuk Hakim.


Antara senjata tempur lain digunakan oleh pesilat Lintau, keris, kayu, lembing, kerambit dan parang.

Menurut Zainudin, untuk menguasai silat Lintau, pesilat perlu menuntut ilmu kira-kira 10 tahun.


Pada musim cuti sekolah, Hakim lazimnya dijemput ke rumah mengadakan kenduri kahwin untuk mempersembahkan silat seni Lintau di hadapan mempelai diraikan.


Terima kasih kepada Zainudin kerana sudi ditemubual.