Jumaat, Jun 29, 2012

WARGA AFRIKA MENJADIKAN WANITA TEMPATAN KUNTA KINTE



Sebelum ini berulang kali warga Afrika dilaporkan menggunakan kepakaran mereka memikat gadis tempatan dan kemudian dijebak dalam kegiatan penipuan melalui laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Yahoo Mesengger.

Melalui laporan terdahulu, saya mendapati warga Afrika terutama mereka berasal dari Nigeria memperdayakan gadis Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Majoriti daripada mangsa, gadis gemuk, berpunggung besar dan kesunyian kerana tidak diberikan perhatian oleh lelaki tempatan. Berikutan itu,  lelaki warga Afrika, lazimnya mengamalkan sikap membujur lalu melintang patah akan mendekati dan membuatkan gadis tergolong dalam kategori terbabit berasa disayangi. Mereka dipuji, dibelai dan dimandikan dengan pelbagai bentuk kemewahan di peringkat awal.


Tidak disangkal sebilangan wanita tempatan bersuamikan lelaki Afrika hidup bahagia bersama pasangan mereka. Pun begitu, lumrahnya suami mereka sedikit sebanyak cuba mengintai ruang dan peluang untuk mencari rezeki menggunakan nama wanita dikahwini secara sah di negara ini. Contohnya, nama isteri diguna untuk mendaftarkan pelbagai jenis perniagaan dan kemudian diusahakan oleh mereka sebagai suami. 

Pembaca berusia lewat 30 an ke atas barangkali pernah menonton wajah lelaki di bawah melalui televisyen hitam putih di era 70 an.


Namanya, Kunta Kinte. 

Di dalam siri televisyen diadaptasikan daripada novel, 'Roots : The Saga of an American Family', tulisan Alex Haley. Kunta Kinte diculik dari Gambia, Afrika Barat, kemudian dibawa menaiki kapal laut ke Amerika Selatan dan dijadikan hamba abdi.


Klik di sini, jika ingin mengetahui kisah lebih terperinci berhubung Kunta Kinte.

Masih segar di ingatan, 40 tahun lalu, sambil bersila di atas simen sejuk sewaktu menonton televisyen di Estet Kampung Sungai Bil menggunakan sumber bekalan elektrik daripada bateri kereta, saya mengalirkan airmata.  Terlalu sedih melihat betapa kejam layanan rakyat berkulit putih terhadap Kunta Kinte dan keluarganya.

Siri perhambaan warga berkulit hitam itu menjadi sebahagian daripada kenangan amat sukar dilupakan sehingga ke saat ini.

Cuma kini saya berasa bertambah sedih akibat sebilangan warga Afrika tinggal secara tidak sah di negara kita didapati menjadikan wanita Malaysia sebagai Kunta Kinte mereka. Isteri warga Afrika, diperhambakan menjadi keldai dadah.

Wanita terbabit juga digunakan untuk memancing lebih ramai gadis muda untuk dijadikan penyeludup dadah ke negara luar.

Klik di sini untuk membaca laporan berhubung kes terbabit.

Tonton juga sedutan program Crime Watch Singapura ini.


Jika kawasan di sekitar rumah pembaca, dibanjiri oleh warga Afrika, sila rakamkan gambar mereka (secara selamat) dan hantarkan ke emel saya, mazidulakmal@yahoo.com agar dapat dikongsikan bersama pembaca lain dan pihak berkuasa.

Lazimnya mereka ramai tinggal di Lembah Klang dan di Nilai, Negeri Sembilan.

Di daerah dan negeri lain?

Tidak pula pernah saya terlihat kelibat warga sama di Sabah dan Sarawak.

HEBAHKAN

12 ulasan:

  1. inilah gamaknya..
    yg dikatakan..
    buang mak.. buang sdra..
    awang itam.. gagak itam...
    hamba turutkan !!!



    bilalah gamaknya..
    fenomena begini nak selesai...
    10-15 tahun lagi..?
    xmungkin !!!

    BalasPadam
  2. Di kawasan Mentari Court, Sunway.. apartment seblah federal...ramai warga afrika.
    di Bandar Puteri, puchong pun sama...
    derang dh cam gengster kt sn

    BalasPadam
  3. Sunway Mentari court, PJ
    Bandar Puteri ,Puchong

    BalasPadam
  4. salam abg mazidul...
    jika berkesempatan, abg bongkar org2 burma yg makin bertambah orgnya di pasar borong kl (pasar borong selayang yg baru)...aktiviti dorg makin aktif pada belah malam, ada yg buka kedai jualan dan restoren...saya tak pasti dorg datang secara sah atau tidak...
    terima kasih...

    BalasPadam
  5. Mereka ni boleh dikatakan seperti diberi betis, hendak peha..

    Semakin hari semakin banyak kes-kes mereka ni tersiar, macam2 jenayah..

    Di Taman Putra Perdana pn terlalu ramai awang hitam ni, bln lepas(kalau tak silap saya) pihak imigresen ada melakukan operasi, ramai yg berjaya ditahan dan kawasan perumahan jadi lengang. Tapi cuma untuk 2-3 hari, bilangan mereka kembali ramai..

    kadang-kadang penduduk sendiri(wanita) jadi takut utk keluar rumah. takut diganggu

    Insyaallah, kalau berkesempatan, saya akan emelkan gambar-gambar mereka ini..

    BalasPadam
  6. ada jgk di sabah sarawk bro..tp x ketara mcm di selangor skrg ni...

    BalasPadam
  7. muka ensem seperti balotelli menjadi pilihan....org kat malaysia punya ramai x mau

    http://kekampungkeh.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Kunta Kinte mmg cerita kegemaran saya! Betapa dgn perbezaan warna kulit shj sudah cukup membuatkan manusia yg berkulit putih itu beraja di mata, bersultan di hati.

    TV hitam putih yg arwah abah mampu beli waktu itu jenama Telefunken, menggunakan bateri kereta yg perlu dicas selang 3 hari kalau tak silap...

    Zaman 70-an & awal 80-an dulu Berita Perdana di TV1 sekitar jam 8-8.30 mlm shj (ingat2 lupa la...) disusuli dgn program kemuncak spt Kunta-Kinte, Combat, The Flinstone & lain2 lg. Dapat pula mengadap Jamal Abdillah menyanyi perghhhh... heaven! Dulu2 le ye... :)

    BalasPadam
  9. Assallammua3laikum abg mazidul. Di sini Pelangi Utama Condo dekat dgn Sri Pentas ni ada sorang minah hitam ni selalu sorong keluar masuk luggage yg sama (entah2 blackmoney kot). Saya dah terserempak dgn dia dah 3-4x buat macam ni. Naik musykil la kan. Sama block dgn saya pulak tu. Pernah sekali tu dlm lif dia dok sound someone dlm talipon pasal pegang passport dia bla bla bla. Saya tahu dia bukan student cos ruper dan usia jauh panggang dari api la nak jadi student. Dulu awang hitam berlambak sekarang kureng sket tapi minah hitam pulak seimbangkan jumlah kebanjiran mereka di sini. Apa nasihat abg mazidul sebab pernah satu malam saya ke cafe condo ni and nampak 2 ekoq awang hitam dok berchatting sebab cafe tu bagi free wifi. Saya nampak gambar perempuan tapi tak pasti malay ke apa. Dia cepat2 minimize masa saya lalu. Saya dulu ada la buat complaint kat management tapi diorg tak dpt buat apa2.

    BalasPadam
  10. Kat Sarawak Ada Jugak, P X Byk Pun. Kalo Diorg Buat Hal, Ku tetak kepala diorg nih hahaha. Apa ku peduli,tinggi ka sasa ka hitam ka, janji negeri aku aman.

    Terbang parang Hinggap Kat Leher Diorg Baru tahu. Tapi aku tengok negro kat sarawak nih mcm bongok2 je. Diorg Nih Baru Betul2 pelajar, tengok badan kecik2 x bermuscle pun. Selalu je senyum2 jika org tengok diorg. Macam noob aku tengok. Ada seorg mamat negro kawin dgn warga tempatan, ok je x buat hal. Die keje baik2. Anak pun sekolah kat tempat aku, tiap2 hari balik tumpang van. Tapi fulamak celaka, terer betul main bola. Respect lah ckit2....

    BalasPadam
  11. Saya pernah tinggal di Puchong Jaya. Terdapat beberapa apartment di sana, antaranya Impian Height, Sri Bayu dan Villa Mas. Sangat melampau apabila padang berdekatan dewan sebarguna mpsj di jalan Merak, yang di sediakan untuk penduduk tempatan dikuasai sepenuhnya oleh pak itam afrika setiap hari hinggakan penduduk tempatan hanya mampu melihat sahaja pak itam menggunakan kemudahan yang sepatutnya untuk rakyat malaysia.

    Setiap petang pukul 530, padang akan dipenuhi pak itam tak kira ujung minggu atau hari minggu.

    kesian tgk anak2,budak2 kita main di tepi2 longkang je.

    saya telah berpindah dari kawasan tersebut jadi tiada kesempatan mengambil gamba untuk Abg Mazidul.

    BalasPadam
  12. Abg Mazidul, dulu saya bekerja sebagai Front Desk Executive di sebuah Chain Hotel di Singapore. Dah mcm-mcm karena manusia saya dah nampak...

    Pada mula nya tak pernah nampak Melayu kita dgn lelaki Nigeria ke Afrika check in hotel for short period (sewa bilik hotel for min 2 hours @SGD$45/2hr).

    Sejak pertengahan tahun 2010 baru lah start nampak ramai perempuan melayu kita memasuki bilik2 hotel di Singapore dgn lelaki Afrika..

    Maklum lah di Singapore ni tak ada jabatan pencegah maksiat.. Bila2 masa nak check in tak kira bangsa apa, melayu pun jln terus...

    (Harap maklum saya sudah pun berhenti dari situ.)

    Tapi semakin menjadi2 activity yang merosakkan ini. Yang saya notice was that hampir ke semuanya org melayu kita..

    Semua badan sihat2 dan yg berbontot besar.. Kalau warna kulit selalu nya org Afrika ini memilih yg putih gebu dan kuning langsat yg org Afrika ini pilih.. Kalau Bangsa lain yg pasangannya org Afrika ini selalunya cina (yg bebadan besar) atau mat saleh...

    Setiap kali bila sedang membuat process nak check in bilik, Tuhan saja yg tahu..

    Tak kira kita yg jaga conunter registration ni melayu ke tak.. Si Lelaki Afrika ini nak raba ke nak cium diaorg buat... Yg perempuan melayu ni lak main layankan aje.. Itu tak apa.. Bila mintak bayaran untuk bilik abg agak2 siapa yg bayar??? Si Perempuan Melayu Kita Yg Bayar!!! Tak ke merepek gitu??

    Another incident was bila saya terima panggilan telephone dari adik angkat saya. Adik angkat saya ni 3 org semua perempuan.

    Dia org telephone terchungap-chungap sambil mintak tolong.. Dpt tahu diaorg bertiga di kejar 5 lelaki Afrika apabila diaorg ingin pulang ke cybercafe dimane tempat mereka berkerje.. sekarang diaorg dlm kedai lock pintu.. diaorg ketuk2 mcm nak roboh pintu kaca dan pintu kayu kedai itu.. Saya ckp hubungi polis sekarang dan jgn keluar sehingga polis dtg. Saya dan abg angkat saya menaiki kereta dan terus pergi ke kedai diaorg.. Memang betul..

    Alangkah terperanjat ada 5 lelaki Afrika berbadan tinggi bertubuh sasah berdiri didepat pintu masuk cyber cafe itu sambil memekik hendak berkawan sahaja.. Kepala hotak diaorg!!! Kebetulan juga polis dtg.. Di masuk dlm lokap dan di hantar pulang ke negara mereka...

    Harap maklum adik angkat saya ni tiga2 badan sehat dan bonto besar..
    Dunia-dunia..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.