Jumaat, Ogos 03, 2012

PENDAPATAN PENGEMIS DIBAHAGI DUA DENGAN?

Jam 4 petang tadi, saya terlihat beberapa warga emas kurang upaya, OKU, turun dari teksi berhampiran  laluan utama Bazar Ramadan, Kelana Jaya, Selangor.

Saya merekodkan visual mereka dari dalam kenderaan tanpa mereka sedari. Visual itu, InsyaAllah akan saya kongsikan bersama penonton Majalah 3, September nanti.

Di bawah seorang daripada pengemis saya ekori.


Selang beberapa minit duduk di tepi laluan di bazar, ramai pelanggan berbangsa Melayu menghulurkan sumbangan kepada wanita tua berkerusi roda itu.

Syukur, masyarakat Malaysia penyayang dan amat bermurah hati.

Saya terus memerhatikan pengemis itu. Sebaik wang di dalam kole plastik dipegang hampir melimpah,  perlahan dia memasukkan wang terbabit ke dalam bag.


Majoriti pengemis tempatan dan warga asing tahu, jika wang mereka biarkan melimpah, barangkali tidak ramai individu seterusnya akan menderma selepas itu. 


Melihat kulit tangan berkedut seribu, saya anggarkan usia wanita itu hampir mencecah 80 tahun. Dia juga mungkin pekak dan bisu. Tersentuh benar hati saya melihat keadaannya, terpaksa meraih simpati masyarakat pada usia emas.


Tiada pelanggan bazar Ramadan mencapai tisu dijual dengan harga 30 sen, digantung di kerusi roda sewaktu menghulurkan sumbangan.

Mereka hanya ingin memberi, bukan mengambil.


Sebelum ini, kita mungkin pernah mendengar dakwaan perihal pengemis sebegitu dibawa pihak tertentu ke lokasi sasaran. 

Sesunguhnya petang tadi, Allah ingin menunjukkan kepada saya situasi sebenar, bukti terhampar di hadapan mata.

Lihat gambar di bawah, satu persatu, secara teliti.


Wanita bertudung hitam itu kemudian saya dekati.

"Tinggal di mana?," soal saya.

"Di Chow Kit," balasnya ringkas sambil cuba menyembunyikan wajah di sebalik tudung.


Dia mengaku membawa warga emas itu mengemis di bazar Ramadan sama sejak 3 hari lalu.

"Dia (warga emas) tinggal sekali dengan saya. Saya bawa dia datang (mengemis) ke sini untuk mencari duit membayar sewa bilik, RM300, sebelum dia balik ke Kelantan pada 15 Ogos ini," jelasnya.

"Berapakah bayaran untuk awak?"

Sudah terlalu lama saya pendamkan soalan itu dan teringin benar untuk mendengar jawabannya.

"Separuh," jawabnya ringkas.

Saya dimaklumkan, hasil kutipan bersih pengemis warga emas terbabit di antara jam 5 petang dan 7.30 malam, dianggarkan kira-kira RM200.

"Kalau kita tidak terjumpa hari ini, awak bercadang hendak membawa dia mengemis lagi 12 hari? Sekurang-kurangnya boleh mendapat imbuhan RM2,400 dan awak akan mendapat separuh daripada hasil itu?," tanya saya spontan.

Dia hanya mendiamkan diri.

"Tidak perlu menutup muka. Apabila kisah dini dipaparkan di Majalah 3 nanti, visual editor bertugas akan membantu saya unutk menutup muka awak," ujar saya.

Saya kemudian terpandang, wanita di bawah menghulurkan sumbangan kepada warga emas sama. 


"Saya tahu, sumbangan diberikan tadi itu ikhlas tetapi bolehkah saya menerangkan keadaan sebenar sedang berlaku di sini?," soal saya.

Mereka berdua bersetuju dan saya kemudian membawa kedua mereka mendekati wanita berusia 47 tahun berdiri, menunggu pengemis menyelesaikan 'tugasnya'.


"Kenapa buat macam ini? Kalau kakak berniaga pun bagus. Kasihan mak cik tua itu," ujar wanita betudung hijau, bertugas sebagai guru.

Wanita itu tidak bersuara.

Saya membiarkan mereka bercakap dari hari ke hati.


Alasan dikemukakan wanita terbabit tetap sama.

Dia membawa warga emas itu mengemis untuk mencari wang dibuat tambang balik ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.

"Terima kasih Mazidul keran sudi berkongsi fakta sebenar," ujar mereka berdua sebelum beredar.

Andai dicongak, kutipan harian dianggarkan mencecah RM200 sehari dan mereka mula berada di lokasi itu sejak 3 hari lalu, pendapatan kira-kira RM600 sudah memadai untuk melangsaikan sewa bilik di Kuala Lumpur.

Berikut visual wanita terbabit, saya rakamkan ketika mereka berdua tiba di lokasi.

13 ulasan:

  1. siapakah sebenarnya pembawa pengemis itu yg wang hasil mengemis dibahagi samarata? geramnya tengok perempuan tu mempergunakan warga emas utk kepentingan diri

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. SMTI : Ya Allah !!Kesiannya nenek si warga tua itu... dirinya dipergunakan sedemikian rupa.. yg senang 'sang pembawa'.. tak perlu jual wajah utk meraih simpati.. tak perlu berhujan berpanas menadah tangan.. hanya menanti 'imbuhan' datang dan dibahagi sama rata..!! Apakah perkataan yg paling sesuai utk saya hamburkan pd kamu wahai 'sang pembawa'?? Celaka?

    BalasPadam
  3. xperlu nak kabur2 muka de bro, buat keje macam ni xmalu pulak kt Allah tu..geram tul dengan pengemis kuat wayang camni..

    BalasPadam
  4. perkara ni dah lama diperkatakan..

    berkemampuan bekerja pun nak dapat wang cara mudah..

    BalasPadam
  5. rasanya ramai yang macam ni, yang lebih teruk ada sindiket.....

    BalasPadam
  6. Taktahulah nak kata apa..kesian ada geram pun ada..
    mudahmudahan Allah membuka pintu hatinya untuk membuat perkara baik

    BalasPadam
  7. kerana bekerja keras utk pendapatan bulanan adalah perit...
    skim cepat kaya jadi sandaran...

    minta sedekah jelas adalah persamaan dengan skim cepat kaya / skim perniagaan cari orang bawahan...

    head hunter, multilevel...unlimited??? but people generation is limited

    maka, tidak hairanlah mereka ini berleluasa...kerana minda kita masih sama!

    BalasPadam
  8. smti..

    mudahnya hidup si pembawa pengemis tu... ntah2 yg dibawanya tu bukan orang lain...sedara sendiri...

    dunia.. dunia...

    BalasPadam
  9. Bagaimana dengan pengutip2 derma yang mengaku derma-derma tersebut untuk masjid2 atau surau2 diluar kawasan Malaysia? Benarkah atau...? Cuba En Mazidul cungkil dan bongkar...

    BalasPadam
  10. Setiap hari saya akan ke bazar ramadhan kelana jaya. Dan sepanjang ramadhan ini, hari-hari ada peminta sedekah di situ. Ada yang buta (menjual tisu / main alat muzik), yang berkerusi roda, yang mengesot menggunakan troli, membawa anak yang kurang upaya untuk meraih simpati, dan yang paling menyedihkan apabila terlihat seorang kanak-kanak (mungkin berusia 8 tahun)meminta sedekah seorang diri. Kanak-kanak itu duduk bersila sambil menutup mukanya. Malu atau takut dikenali barangkali. Mana mungkin kanak-kanak seusia itu pandai mengemis sekiranya tiada orang yang menyuruhnya. Dan tak kurang juga kononnya "wakil" dari madrasah / masjid / surau yang meminta sumbangan.

    **Walau tak hujan, "cendawan" itu tetap tumbuh dan semakin menyubur.

    BalasPadam
  11. Semalam saya nampak nenek ni duduk atas wheelchair kat Bazar Kelana Jaya...terus teringat kat blog En Mazidul..saya rasa nenek yg sama...nenek ni nampak dah tua sgt, tgn dia terketar2 pegang mangkuk duit tu...kesian sgt, x kan sampai smlm masih x cukup lagi tambang bas dia...nmpk sgt menipu...ishh...geramnya...

    BalasPadam
  12. saya ada di bazar tersebut pada masa dn ketika gmbar ni diambil. Sayu saya melihat nenek tersebut. Saya hadir bersama rakan en mazidul yg telah selamat kembali ke rhmatullah.

    BalasPadam
  13. Sayu hati dgr pendedahan dn melihat keuzuran nenek tersebut. Tergamak mereka lkukan. Saya berada di sana pada ketika itu. Smoga allah mengampunkan dosa wanita muda itu. Sy dtg bsama rakan saudara yg telah kembali ke rahmatullah 6syawal kelmarin

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.