Sabtu, Januari 12, 2013

ADA YANG TERTINGGAL SETELAH TERBENAM MENTARI

Himpunan Kebangkitan Rakyat, HKR telah berakhir sebelum jam 5 petang tadi.

Ternyata, angka bilangan peserta diwar-warkan, 1,000,000 tidak tercapai. Namun pelbagai peristiwa dirakamkan oleh orang ramai.

Apakah terjadi kepada lelaki di bawah? Barangkali kepenatan berjalan.


Berhimpun secara aman tidak menyalahi undang-undang tetapi kesihatan fizikal harus dijaga kerana, klik di sini.

Gambar saya muatnaik daripada blog ini.


Mujur ada orang sudi membantu, Alhamdulillah. Diharapkan lelaki terbabit berada dalam keadaan baik. Lazimnya, jika berlaku kejadian tidak diingini di tempat awam, ramai antara kita hanya sekadar menjadi bystanders atau pemerhati sahaja.

Diperhatikan, peserta HKR, berhumpul dan melangkah bersama, ke arah satu lokasi tujuan, Stadium Merdeka.

Bagaimanapun, gambar di bawah menunjukkan sebaliknya. 


Klik di sini.



Rupanya, ada yang tertinggal setelah terbenam mentari, macam tajuk lagu kumpulan Search.

31 ulasan:

  1. Lost sheep of pas. Dimana utara, dimana selatan. Arah tujuan telah hilang, maksud tempikan telah pudar, jalan masa hadapan hanya jalan pulang. Yg ingin ditinggalkan ialah jasad tanpa ruh buat mengingatkan kwn2, aku masih hidup.

    BalasPadam
  2. SMTI.

    sy baca je tampalan ni. tak berani sangat nak komen2 takut tersalah cakap. Hahahaha

    BalasPadam
  3. arah kiblat pun tak dapat bersepakat nak mengadap arah mana dah ka? parah2... berpecah-belah tahap kronik dah ni... tu pacik atas tu nak tolong ke nak seluk saku curi dompet tu? erk...

    BalasPadam
  4. kalau nak tengok orang melayu bodo muka yang datang perhimpunan ni...

    BalasPadam
  5. Masya Allah.
    Mazidul. Mazidul.
    Mungkin sudah kerja kamu mengambil mana2 gambar yang dirasakan sesuai lalu menggambarkan seolah-olah ia menggambarkan keseluruhan peristiwa.
    Pemberita berpengalaman lah katakan.
    Mungkin juga kecewa kerana peristiwa itu berlaku dalam keadaan aman, damai, tenang tanpa ada rusuhan atau kekacauan.
    Fakta: rusuhan yang sebelum2 ini berlaku kerana ada tangan2 ghaib yang memprovokasi. Seperti di gombak, apabila ada golongan pengganas yang menyerang dengan senjata berbahaya.
    Fakta: kemalangan juga berlaku di event drag race himpunan belia. Jadi, ada juga yang ditimpa malang di himpunan kerajaan setelah tenggelamnya mentari.
    Fakta: kita hanya melihat apa yang kita ingin lihat.

    BalasPadam
  6. Banyakkan mengaji lagi sebelum kata apa2.jgn jahil sgt.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

    BalasPadam
  7. yg salah tu org yg tak sembahyang langsung.

    BalasPadam
  8. yang penting jgn tinggal sembahyang walau di mana pun berada

    BalasPadam
  9. SEKALI SEKALI JENGOK JENGOK JUGAK LA BLOG PRO PR....RAKYAT MALAYSIA JUGAK MA...

    BalasPadam
  10. SMTI-Kan ke lebih elok kalau duduk di rumah, atau lepak di Masjid surau kampung masing masing. Bersihkan rumah, baca AlQuran, muzakarah, Usrah dan sebagainya. Ataupun main game kat PS3 ke. Main basikal kat Frim ke, ada air terjun, pemandangan cantik, gerai makanan murah. Hirup udara segar. Lahaiiiii

    BalasPadam
  11. Aku betul2 kesianlah kat kau ni Mazidul, dikala semakin ramai org yg menyedari bahawa " Hari semakin gelap bagi BN " namun kau masih terkial2 menyokong nya.....

    Kau sanggup berbohong deminya....

    Aku pun penyokong BN juga dulunya,tetapi kini aku berpendapat setelah 5o thn lebih BN berkuasa, BN perlukan rehat, berikanlah dia rehat..... dah lama dah....

    Akibat terlalu lama, seseorg itu boleh menjadi tidak keruan lagi, pertimbangannya sudah tidak waras......

    BalasPadam
    Balasan
    1. BN okay je, PM yang tak okay. Banyak cakap dari berdoa. Banyak lap mulut, dan banyak merosakkan Bahasa Melayu.

      Padam
  12. mungkin pemandangan ini tak pernah dilihat di Stadium Merdeka selama hampir 56 tahun kerajaan bee-end memerintah. yg selalu kita lihat konsert2, k-pop, smbutan ambang merdeka.yg hasilnya adalah golongan remaja yg rosak akhlaknya.sepatutnya kita menyokong usaha2 ke arah kebaikan, bukannya mencari kesilapan sana-sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Paling penting, terbukti berdemo boleh jadi aktiviti yang aman, damai, harmoni.
      Mungkin boleh dijadikan aktiviti hujung minggu.
      Kedua, kehadiran memang tak sampai jutaan,tapi biasalah.
      Himpunan Jutaan Belia pun tak sampai jutaan. Tapi tak perlu ambil gambar2 yang kita mahu sahaja. Seperti saya katakan, kita hanya lihat apa yang kita ingin lihat. Kadangkala bila yang kita inginkan tak ada, kita reka2 bagai yang kita inginkan.
      Ketiga, rasa2 tak ada yang tercedera semalam. Di himpunan jutaan belia yang dijamin selamat pun ramai yang cedera akibat drag race.
      Keempat, tak ada bas, elaun atau nasi bungkus. Peserta siap hulur derma lagi. Semua kerna ikhlas mahukan Malaysia yang lebih baik.
      Kelima, tidak perlu artis2 KPop yang harganya hampir rm 1 juta. Rakyat kitakan ada. Seniman kita apa kurangnya. Kita sayang seniman kita.

      Padam
  13. maybe sbb stadium tu bulat..tapi matahari menghala ke arah sama.. kenapa boleh jd camtu..sepatutnya mereka sembahyang la beramai-ramai.

    >BANkami

    BalasPadam
  14. program PM najib di semenyih, kesian makcik² nak habuan dah mcm pengemis plk
    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=117176038455625&set=pcb.117177598455469&type=1&theater

    BalasPadam
  15. tak tunjuk ke mak bapak yg bengap bawak anak2 kecik g perhimpunan ni? kesian tgk anak2 berpanas, diusung ke sana ke mari. patut berehat di rumah belajar, ulang kaji pelajaran. tapi kena bawak lak "jalan2" di KL TANPA TUJUAN .

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Mazidul;

    Relax bang... takyah melatah.. Diaorg ni jenis takbleh ditegur... Tegur sikit cakap dari Parti Lawan... Takbleh Tegur walaupun satu perkataan. Masuk je Parti mereka ini umpama bebas dari buat Dosa.. So usah dilayan org begini. Rakyat Nampak Bro... Rakyat Bukan Bodoh.

    Terima Kasih

    BalasPadam
  17. bebenor ke mereka tuh solat, ntah22 takat berdiri or duduk2 ajer tapi nampak mcm nak bersolat.
    Saya tidak menyokong mana2, tapi kalau tengok gambar2 yg ada online. blog yg menyokong nampak gambar lain, blog yg membantah tengok gambar lain... so its depends pada lensa kamera tu lah.. nak fokus yg buruk or nak fokus yg baik...

    BalasPadam
  18. anda pernah bersolat diatas kapal? sy mungkin tak warak, tapi sy tau keadaan yg macamtu ada siapa bawa kompas? lg satu anda tgk pd gambar...50m utk anda berjalan ke arah jemaah yg memulakan solat jama' tersebut mungkin dah selesai mereka bersolat...anda yg komen semua ni bersolatkah anda pada himpunan anjuran pihak lain seperti U*** dan tv*??? letakkan anda dan akal anda di tempat tersebut dan fikir semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. di kat Satidum je pun kene bawak kompas gak? bukan lautan ni..di tengah bandar tak tahu mana kiblat? mana akalnya?

      Padam
  19. Zaman nabi ibrahim a.s ade seekor burung yg berulang alik dari sungai mengambil air untuk memadam api yang dinyalakan untuk membakar nabi nya yg dicintai, satu suara bertanya sang burung , kanapa wahai sang burung kau lakukan perbuatan yang seperti sia sia , mustahil usahamu itu boleh memadam api yang besar itu, lalu dijawab sang burung , aku tahu perbuatan ku ini kamu lihat sia sia tetapi aku takut suatu hari nanti aku akan disoal apakah usahamu ketika nabi mu di bakar, Allah ilhamkan kepada sang burung untuk peringatan kepada umat yang akan datang...waallahualam.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.