Jumaat, Januari 25, 2013

JANJI DICAPATI! JANGAN TERUS MENYALAHGUNAKAN GAMBAR ARWAH FARIS DEMI AGENDA POLITIK



Pemilik laman Facebook, 'Janji Dicapati' didapati memaparkan komen berikut ... 


Berikut gambar digunakan untuk merujuk komen di atas.


Bantahan dikemukakan oleh pembaca status bergambar di laman sama. Mengapa? Kerana pemilik akaun Janji Dicapati tidak bersikap sensitif  apabila berkongsi informasi berhubung politik.


Hemat saya, jika dia menulis dan bertujuan untuk mengutuk pemimpin atau parti mana sekalipun demi memperjuangkan agenda politik, dia harus mengambil kira dan menjaga perasaan individu tidak berkaitan dengan misi diatur.


Dalam kes ini, Faris tidak berkaitan dengan isu dibangkitkan oleh Janji Dicapati. Saya juga percaya pemilik laman Facebook itu tidak langsung mengenali anak kecil di atas. Janji Dicapati tidak berpeluang melihat dan berkongsi kesedihan ditempuh oleh keluarga anak kecil comel itu sebelum dia pergi meninggalkan kita semua.

Untuk pengetahuan semua, anak lelaki sahabat saya, Shamrulismawi Ismail, Faris telah meninggal dunia pada 23 Februari 2012, klik di sini.

Ribuan rakyat Malaysia turut menghulurkan sumbangan untuk membantu anak kecil itu agar terus hidup ketika dirawat di hospital. 

Namun ternyata, Allah lebih menyayangi Faris. 


Berikut antara komen pelawat laman Janji Dicapati.




Ayah arwah, Shamrulismawi atau dikenali sebagai Shamrulismawi Abah  di Facebook turut mendesak gambar anaknya itu dipadamkan.





Gambar Faris ternyata telah disalahgunakan samada disedari atau tidak oleh pemilik laman politik terbabit. Hampir 200 likes diraih, majoriti pelontar komen meminta gambar Faris dipadamkan tetapi setakat ini tiada tindakan dilaksanakan oleh Janji Dicapati.

Barangkali dia buta hati, jiwa dan perasaan.

Justeru itu, saya memohon kerjasama semua pembaca blog ini agar bersatu untuk meninggalkan komen di laman sama, mendesak akan gambar arwah tidak terus disalahgunakan.

Klik Janji Dicapati dan tinggalkan komen di status berkaitan.

Bersama kita memantau, adakah Janji Dicapati masih berdegil atau akan akur dengan desakan pembaca. 

Al-Fatihah buat Faris.


10 ulasan:

  1. Inilah yang dikatakan kurang sensitiviti.. tak penah research sebelum melakukan/ post sesuatu.. kalau benar pun gambar di google.. jangan malas.. boleh klik & tau kisah tentang gambar.. ni main hentam jerrrr!! Bodoh piang!

    BalasPadam
  2. Thanks bro.
    Mohon org ramai share kan artikel ini...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, admin Janji Dicapati dah membuat permohonan maaf dia wall saya & teleh mendelete gambar tersebut.
    Al-fatihah utk anakanda Faris tercinta

    BalasPadam
  4. salam.alhamdulillah admin page tersebut telah membuang post tersebut.al-Fatihah untuk arwah..bl bc balik post entry lama2 pasal arwah faris..tak boleh bayang kalau hal sama terjadi pada anak saya sendiri.sedih.moga Allah tempatkan arwah faris di syurga hendakNya.amin.

    BalasPadam
  5. SMTI - Xpatut betul tindakan org yg xbertanggungjawab menyalahgunakan gmbr arwah faris... ksian pd kluarga arwah.. Al Fatihah buat arwah..

    BalasPadam
  6. Artikel dah menarik...tp pengunaan gambar yg tidak menarik...adoiii aiiii...wat sebelum fikir...apa pon wat mazidul nice post brooooo...kikikikikik

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.