Isnin, Januari 14, 2013

MAJLIS SYURA PAS : BUKAN ISLAM DILARANG TERJEMAH MAKSUD KALIMAH ALLAH



KUALA LUMPUR 14 Jan. - Majlis Syura Ulama' PAS Pusat secara rasmi tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam mana-mana rujukan Agama Bukan Islam sebagai terjemahan mana-mana bentuk bahasa pengantara.

Badan tertinggi PAS itu menegaskan, kesucian kalimah Allah itu tidak sewajarnya dijadikan sebagai tafsiran mana-mana Agama selain Islam merujuk kepada Tuhan bagi umat Islam yang secara jelas terkandung menerusi Al-Qur'an sebagai Yang Maha Esa, Tunggal, Tidak Beranak, dan Tidak Diperanakkan.


Akan tetapi, Majlis Syura PAS menjelaskan tidak menghadapi sebarang masalah bagi mana-mana Agama menyebut kalimah Allah secara pertuturan merujuk kepada maksud tersirat yang menggambarkan Allah sebagai Tuhan bagi sekalian alam (universal).


Keputusan rasmi ini telah dikeluarkan menerusi kenyataan bertulis dan ditandatangani Mursyidul Am PAS Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Timbalannya Dato' Dr. Haron Din.


Majlis Syura Ulama' PAS Pusat juga dilaporkan enggan mengadakan sebarang Sidang Media dan tidak membenarkan mana-mana wakil pemberita memasuki Ibu Pejabat PAS bagi bendapatkan penjelasan dari pimpinan tersebut.


Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian rasmi membenarkan kalimah Allah dijadikan sebagai rujukan kepada Agama bukan Islam.


Kenyataan tersebut dikeluarkan dalam satu Sidang Rasmi yang turut dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Isu tersebut kembali dibangkitkan menerusi kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersempena Sambutan Hari Krismas bulan lalu yang menggesa Kerajaan Pusat membenarkan penganut Agama Kristian menggunakan Kalimah Allah sebagai rujukan bagi Kitab Injil versi Bahasa Melayu.


Sumber, klik di sini.


Sebilangan pembaca melabelkan saya kononnya pencacai UMNO sedangkan saya tidak pernah bergiat langsung dalam parti terbabit. Jelasnya, itulah antara komen mereka sudah kehabisan modal untuk berhujah secara bijak. 

Apapun, keputusan dibuat oleh Majlis Syuara terbabit sekaligus bercanggah berbanding kenyataan Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini dan tidak memenuhi kehendak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Saya tidak perlu bergiat aktif dalam UMNO untuk melihat fakta itu. Undi saya, rahsia dan saya akan menyempurnakan hak sebagai rakyat Malaysia pada Pilihan Raya ke-13 kelak, InsyaAllah.


Komen?


15 ulasan:

  1. umat islam yg pada harini pun, bukan baca al quran sangat.. sekarang nk bising psl kalimah. dah ko bila bukan islam tanya tentang islam, ko nk crita pn xleh..yang kondem pulak tu, yg pakai tudung xbetul.pakai tudung bontot melicin...puii!!! BANkami

    BalasPadam
  2. Carlos, adakah awak faham tentang apa awak catatkan di sini?

    Do not generalise.

    Kekadang lebih baik mendiamkan diri berbanding mengeluarkan kenyataan dan memperlihatkan kebodohan sendiri.

    Ramai umat Islam membaca Al-Quran.

    BalasPadam
  3. Perlembagaan Malaysia sendiri melarang penganut agama lain untuk berdakwah tentang agama mereka kepada orang Islam di Malaysia. Jadi tidak ada sebab untuk mewujudkan bible dalam bahasa melayu dan nak menterjemahkan kalimah God atau Lord kepada kalimah suci ALLAH. Keputusan Majlis Syura PAS memang tepat dalam hal ini dan disambut baik oleh seluruh umat Islam.

    BalasPadam
  4. orang mana carlos ni??? entah entah orang sepanyol, guna google translate je nak komen kat blog abg mazidul ni... hakhakhak... Lantak p la bang mazidul, janji ape yang abg cakap, tulis tu ade fakta dan maklumat adalah betul...

    www.papablogger.my

    BalasPadam
  5. Carlos, jangan main puii tak tentu pasal. Awak ambil mana fakta orang Islam sekarang tak baca Quran sangat? Kami bukan sekadar kami baca, kami hafal dan faham isi kandungan Quran. Kalau ada orang nak tanya pasal Islam, boleh rujuk kepada orang Islam. Awak tak perlu memandai cerita tentang Islam kalau awak tak tahu fakta!

    BalasPadam
  6. SMTI....saya harap tiada ahli politik cuba menggunakan agama sebagai mainan politik mereka...undi saya rahsia jua...

    BalasPadam
  7. Komen saya ?

    Biarlah Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang buat kenyataan sendiri. Sudah la tu bang.

    BalasPadam
  8. Majlis syura adalah badan tertinggi diatas jawatankerja pas pusat. Secara lahiriahnya presiden pas berada dibwh kawal selia majlis syura.

    Apabila keputusan ini diambil nampaknya kenyataan Hadi Awang tempohari adalh premature dan tidak mengikut prosedur yg betul iaitu tidak memanggil majlis syura utk berbincang sedangkan ahli jawatankuasa mempunyai 4 ahli dlm majlis syura. Tidakkah salah seorang dari mereka menyedari kepincangan ini?

    Dlm hal penmtadbiran sebegini simple, presiden tidak dpt mengikuti dan mentadbir dgn telus maka bagaimana nak mentadbir organisasi yg besar seperti kerajaan Malaysia. Pelu ingat MB Kelantan sendiri pernah melantik menantunya menjawat jawatan tertinggi dlm GLC utama negeri sebelum ini.

    BalasPadam
  9. Oppss saya terbunuh Mak Kamu. Nah saya kasi hidup balik Mak kamu.

    Mudahnya..... Minta maaf pun idak.

    BalasPadam
  10. bukan generalise...tetapi itulah yg berlaku pd masyarakat harini. bila islam diperkotak-katik, mula bising. untuk jadikn isu cerita hangatkn newspaper. Mendiamkan diri lebih bodoh daripada mereka berkata-kata tentang perkara yg berlaku. Disebabkn berdiam dirilah umat islam semakin berpecah dan pelbagai fatwa karut dikeluarkan. atas dasar kepentingan peribadi.

    BalasPadam
  11. alhamdulilah dan bersyukur kerana kalimah Allah tidak akan berada dalam Injil. terlalu banyak hal2 yang dipolitikkan oleh pihak yang todak menyokong kerajaan sehinggakan perkara2 yang tidak sepatutnya dan disentuh.

    Bro,

    Undi saya juga rahsia tetapi saya memilih siapa yang lebih rasional dan baktinya terbukti

    BalasPadam
  12. Pada pendapat saya yang kurang arif ni, (sila tegur saya kalau saya salah).
    MENGGUNAKAN Kalimah Allah dan MENTERJEMAH Kalimah Allah adalah dua perkara berbeza. Sesiapa sahaja boleh menggunakan Kalimah Allah, asalkan maksudnya adalah merujuk kepada ALLAH yang satu dan sifatnya yang 20 itu.
    Tetapi Jika kalimah ALLAH itu diterjemahkan sebagai salah satu tuhan agama lain,itu dah tentulah salah.

    BalasPadam
  13. Sy ingin memberi komen secara general disini terhadap Carlos. Sy sendiri tdk bersetuju kalimah Allah digunakan oleh agama lain. Tetapi sy bersetuju dgn kenyataan nya 'pakai tudung tp seluar nampak bontot'. Tak payah lah kita nak nafikan kenyataan tu. Berapa byk perempuan yg tak kira lah sokong pembangkang ke BN ke yg begitu..rata2 kedua2 nya ada. T.Kasih.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.