Khamis, Januari 31, 2013

PRODUK TERBAHARU DANOK


Ramai rakyat Malaysia gemar ke Danok, Thailand untuk membeli-belah mungkin kerana bandar terbabit terletak di sempadan dua negara termasuk warga emas.


Barangkali mereka berkunjung ke bandar itu untuk memakan somtam atau sup kuku. 


Selain daripada pameran coli berwarna-warni untuk dijual kepada pelanggan wanita berminat, Danok kini mempunyai produk terbaharu ditawarkan.


"Sekarang ini ramai pelanggan suka membeli pistol gas, lebih hebat dan berbahaya," dakwa peniaga gerai saya temui.


Sebelum ini peniaga di Danok menawarkan 'pistol cicak', senjata replika menggunakan peluru bebola plastik kepada pelanggan Malaysia. Kini senjata itu tidak lagi popular kerana muncul pula 'pistol gas'.


Senjata replika di atas berharga di antara RM200 dan RM1,000 di pasaran terbuka di Danok bergantung kepada jenis serta kualiti. Pistol terbabit menggunakan gas di dalam tabung untuk melancarkan peluru bebola besi . Melalui pengamatan saya, pelbagai jenis senjata dijual hampir menyamai rupa pistol asli jika dilihat dari jarak dekat.


Apapun perlu saya maklumkan, memiliki senjata replika seperti itu bersalahan dengan undang-undang di Malaysia.

Mengapa?

Kerana senjata replika terbabit antaranya boleh disalahgunakan oleh penjenayah untuk merompak dan menyamun.

Lebih menarik, barangan digunakan oleh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia turut berlambak dipasaran  Danok. 


7 ulasan:

  1. senjata di jual mcm jual ikan kat pasar pulak ye

    BalasPadam
  2. Alamak.. badge polis pon ada jual.. lemah betul penguatkuasaan pihak Thailand. Kenapa mereka xambil tindakan terhadap peniaga? mungkin mudah dirasuah?

    BalasPadam
  3. tenggiri masak kicap kat restoran kak jah danok...terbaik.tapi kena makan kat situ..tapau tak best.

    BalasPadam
  4. cuba baca ayat kursi 3 kali tiup dan jika ada hembusan angin balik kedai ada bela jin.

    BalasPadam
  5. makan pulut+ayam goreng atau pulut+mangga..emm sedapnya..klu la dpt nk pegi lg ke danok..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.