Sabtu, Julai 13, 2013

JOM! SERTAI BENGKEL YAKIN BERCAKAP BERSAMA MAZIDUL

Klik di sini untuk mendapatkan informasi bengkel  YBBM terdekat.


Bengkel  Yakin  Bercakap Bersama Mazidul (YBBM) berupaya membantu semua perserta untuk :

1. Bercakap secara LEBIH  yakin,  selesa dan  MEMUKAU  di hadapan audien.  

2. MENGURANGKAN perasaan gemuruh ke tahap minima sewaktu bercakap dengan individu dan kumpulan.  

3. MENJANA pendapatan LEBIH lumayan dalam perniagaan. Mereka berkemahiran dalam bidang komunikasi lazimnya bijak memikat lebih ramai pelanggan untuk membeli dan melanggan  barangan atau perkhidmatan ditawarkan.

Jika diteliti, ramai peniaga cuba memasarkan produk berkualiti serta menarik tetapi gagal berikutan kelemahan sistem  komunikasi.

4. Kelihatan dan kedengaran PROFESIONAL setiap kali berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat.

5. Mengesan penipu sebelum ditipu  (how to detect liers)  BONUS


Setelah lebih 20 tahun terbabit dalam pelbagai acara bercakap  di pentas awam  seperti menjadi pemidato, pembahas,  moderator,  tetamu dan pengacara majlis serta program di TV3,  kini saya ingin berkongsi panduan juga petua  bersama  mereka berminat agar kelihatan LEBIH  berkredibiliti sewaktu berkomunikasi.  

Bengkel terbahagi kepada 3 klasifikasi :

1. Kumpulan di antara 15-25 peserta.

    Tempoh :  6 jam
    Latihan praktikal one to one.
    Sesi soal jawab dan perbincangan ringkas di antara saya dan peserta.

2. Kumpulan lebih daripada 30 peserta.

    Tempoh : 4 jam

3. Latihan Peribadi (personal coaching

    Bilangan Peserta  :  Di antara 3-5 
    Lokasi    :  Rumah atau pejabat.
    Tempoh  :  Diputuskan mengikut keperluan kemahiran sedia ada.
    Latihan   :  One to one



Tempat bengkel, makanan dan minuman disediakan oleh pihak penganjur. Andai  lokasi bengkel  di luar Lembah  Klang,  penganjur menyediakan penginapan dan  tiket kapal terbang (jika perlu).

Mengikut jadual diatur, peserta juga berpeluang menyertai bengkel sama di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara, Petaling Jaya. Sarapan pagi, makan tengahari, parkir dan surau disediakan untuk kemudahan semua.


Bayaran :  50%  perlu dilunaskan  sebelum bengkel disempurnakan.  Baki bayaran dijelaskan secara TUNAI  sebaik  bengkel  selesai.  

Bercakap CEMERLANG  di khalayak menuntut BAKAT dan KEMAHIRAN.  Bakat mampu digilap  manakala kemahiran berpeluang untuk dipertingkat. 


Apapun,  pemangkin UTAMA  jika ingin tampil MEMUKAU di hadapan audien,  kehendak untuk menimba ilmu komunikasi berkesan. Kehendak itu kemudian disusuli dengan tindakan menyertai bengkel YBBM.

Ringkasan Modul :

1. Elemen komunikasi berkesan.

2. Kaedah untuk tampil selesa dan memukau di mata audien.

3. Cara mudah untuk menangani  gemuruh dan menggapai keyakinan.


Berminat untuk menyertai bengkel  YBBM?

Sila Whatsapp saya di 019 244 5354, hantarkan emel ke mazidulakmal@yahoo.com atau bercakap terus dengan pembantu saya,  Mohd Farid Hamzah di talian 017 605 2290 untuk mendaftar secara individu.

6 ulasan:

  1. bro,

    aku boleh join ke? boleh ke? boleh ke?

    BalasPadam
  2. Training nih dlm english version or malay version?

    BalasPadam
  3. saya sokong kelas public speaking begini....Tahniah Mazidul.....kepada sesiapa yang buat PR or marketing as profession silalah pergi sebab brother Mazidul akan tolong unlock your true Public Relation potential.....(if you have the natural talent lah...)if not he can definitely coach you towards it pun...short term crash course...worth it!

    BalasPadam
  4. Nor Azam, kalau awak sudi, 2 bahasa boleh saya laksanakan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.