Isnin, September 02, 2013

LOKASI DILAPORKAN DIBANJIRI OLEH WARGA ASING

1 September, bermula operasi bersepadu besar-besaran memburu saki baki pendatang asing tanpa izin tinggal dan bekerja di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara lokasi sasaran pelbagai pihak berkuasa, pusat hiburan,  kilang, kawasan penempatan haram di pedalaman dan ladang.

Jika operasi dijalankan secara telus, saya percaya banyak pusat hiburan bakal tutup kedai di negara ini terutama premis menggajikan pelayan pelanggan, GRO warga asing. Kini majoriti pusat hiburan hardcore dibanjiri oleh gadis Vietnam, dahulu Indonesia dan Thailand. Tanpa GRO, pusat hiburan lengang tanpa pelanggan. Masakan taukeh akan berhibur bersama pekerja mereka.

Sepanjang program 6P, di antara Oktober 2011 dan Julai tahun ini,  lebih 330,000 pendatang asing telah dihantar pulang ke negara asal, 47, 730 lagi diberkas.

Blog ini dibaca oleh individu bermastautin di seluruh negara. Selain daripada pihak berkuasa, rakyat juga mengetahui lokasi tumpuan pendatang warga asing samada mereka tinggal di bandar, pinggir bandar mahupun di dalam hutan.

Berikut antara lokasi dilaporkan oleh rakan facebook saya,  dibanjiri oleh pendatang asing untuk rujukan pihak berkuasa.


Kepada pembaca, sila catatkan di ruang komen lokasi lain, secara lebih spesifik didapati turut dijadikan lokasi tumpuan warga asing.

Pembaca di Sabah dan Sarawak, usah ketinggalan.

Terima kasih.

18 ulasan:

  1. Minta siasat kehadiran warga asing di kawasan parlimen titiwangsa ( Kg. Dato Keramat ), di pasar keramat dan kawasan perumahan seperti lorong 1, lorong 2, lorong 3, dan seterusnya. Ada yang sudah memiliki rumah banglo dan menyewakan kepada warga asing yang lain. minta siasat rumah banglo bertingkat.

    BalasPadam
  2. area menglembu, ipoh. berlambak!! bawak basikal buat macam negara sendiri, gampang. Pelancong datang tengok bersepah orang naik basikal buruk nnti pelancong2 ni ingat basikal ni budaya kita plak. Melintas jalan macam orang besi. Area Chamberlain Road Ipoh pun berlambak duk lepak2 situ hari ahad. Lagi satu paling banyak dekat kompleks yiik fong, ipoh. then, kalau area KL, masjid india, chow kitt, hentian putra dan paling menyemak mata ni tengok dekat pasar seni. Peh, berlambak!! Saya sangat setuju sangat2 dengan operasi ni. Please make this really2 happen.

    BalasPadam
  3. di nilai negeri sembilan semua peniaga di nilai 3 warga pakistan

    BalasPadam
  4. lokasi d sabah, kg pangkalan silam (silam lahad datu), batu 4, icebox, batu 3 batu 2 (tawau) kinarut sabah..Likas sabah...mmm bnyak lagi tmpat..xlarat nk catit semua..

    BalasPadam
  5. Kebanyakan pendatang asing ini adalah orang islam. Contohnya, kita bising bila orang Myammar membunuh dan membakar umat islam di Rakhine hidup-hidup tetapi di Malaysia kita anggap orang yg sama di Pasar Borong Selayang macam sampah. Kenapa perlu kita menyokong Palistine jika kita pun melayan umat islam sendiri di sini macam sampah. Tak semua yg kita panggil PATI ini jahat, ada yg datang buat permit tetapi kena tipu sampai RM6000-Rm8000. Yg paling peliknya bukankah kebanyakkan datuk moyang mereka beria-ria pasal halau pati ini juga pendatang haram daripada pulau jawa, sumatera etc ratusan tahun dulu?

    Bukan kah umat islam ini bersaudara? Atau Islam tidak pernah mengajar kita? Tak kan jika adik beradik kita buat salah kita halau mereka macam sampah? Pelik tapi benar, kita menganggap PATI muslim ini macam sampah tetapi sebelum merdeka kita boleh pula menerima PATI Brittish sebanyak 1 juta orang sebagai warganegara Malaysia. Saya bukannya menyokong perihal PATI ini tetapi bukan kah sepatutnya kita mengunakan saluran yg lebih perikemanusian atau keislaman manalah tahu dimasa hadapan Allah susahkan kita sehingga kita pula kena jadi PATI di negeri mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alha Wariyun, pergi ke Mekah tanpa dokumen, jika ditangkap, beritahu pihak berkuasa di sana, awak Islam.

      Adakah awak akan dibebaskan begitu sahaja?

      Islam bukan tiket untuk melanggar undang-undang sebab itu dalam Islam sendiri terdapat undang-undang.

      Sebelum merdeka, negara tidak berdaulat. Selepas merdeka, semua warga asing wajib mematuhi undang-undang ditetapkan.


      Padam
    2. PATI adalah 100% penjenayah. 100% PATI ada kaitan dengan jenayah & terlibat secara langsung atau tidak langsung kepada jenayah & penjenayah,

      Org biasa yg tiada kaitan dgn jenayah tak berani & tiada sbb utk menjadi PATI.

      Tetamu datang cara baik, kita layan dgn baik.

      Isu agama tiada kaitan dgn PATI. Isu utamanya adalah JENAYAH & KESELAMATAN NEGARA.

      Padam
  6. Di area Taman Keramat KL, Jalan Enggang juga kerap kelihatan warga asing merayau dan memungut barang terpakai terutama besi, dan berani masuk ke halaman rumah org utk mengutip barang terpakai yg boleh mereka jual balik walaupun ia bukan sampah.

    BalasPadam
  7. Saudara Mazidul. Saya tidak kata saya suka orang melanggar undang-undang. Tetapi tidak kah kita ini kadang-kadang suka juga buat blanket statement? Seperti 40,000 Bangla mengundi BN dan menyebabkan tanggapan orang menjadi serong terhadap masyarakat bangla dan bukan semua bangla adalah pati dan dengar cerita 1.4 juta bakal datang ke Malaysia dan sudah ada suara sumbang mengatakan bahawa mereka bakal mengundi BN PRU 14.

    Seperti masyarakat Rohingya di Pasar borong Selangor. Mereka ini bukannya PATI tetapi pendatang suaka politik di mana mereka dibunuh di Myammar. Cuma kita orang Melayu ini kadang-kadang lupa kepada saudara seislam kita yg tidak seputih seperti orang Bosnia mahupun bangsa Palistine. Kenapa kita kisah akan berita seperti ini http://www.youtube.com/watch?v=4KG2kdcmZG0 dan menjadi modal kebanyakan umat islam akan kekejaman sami-sami Budha. Ada benda yg kita tidak nampak di Pasar Borong Selayang seperti ini http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm yg sepatutnya memuhasabahkan diri kita akan nikmat yg Allah berikan kepada kita dan bukan kepada mereka yg tidak diterima oleh mana-mana pihak.

    Tak perlulah saudara ambil contoh Mekah dan Saudi, yg duduk secara sah pun mereka tak bayar gaji dan ada yg menganggap wanita-wanita muslim Indonesia yg bekerja sebagai pembantu rumah sebagai hamba pemuas nafsu ( http://www.youtube.com/watch?v=RtykGyc38eI ). Masakan perlu mereka membuat kempen seperti ini http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/7796051.stm jika mereka melayan orang lain dengan baik. Ya memang negara umat islam ada sempadan dan undang-undangnya tetapi islam juga ada kelongaran terhadap umatnya..mencuri pun kalau lapar tidak potong tangan. Cuma kita perlu ada sedikit perikemanusian atau kita tiada bezanya dengan mereka ini yg lebih sudu dari kuah http://www.youtube.com/watch?v=a2eMlbj5gC4

    Nak jadi warga yg prihatin memang bagus tetapi patutkah kita serkap jarang sahaja, di sana ada pendatang haram, di situ ada pendatang haram. Kita nampak yg bangla, Indon, Pakistan etc yg muslim sahaja tetapi lupa pula pada mereka ini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm 50,000 dah hilang!

    BalasPadam
  8. salam bang, saya hanya ingin bertanya sikit, pendatang2 haram ini kebanyakan adalah dari warganegara Indonesia,Myanmar,bangladesh dan lain2, dan kita amat mengenali mereka dari segi raut wajah serta percakapan yang asing bagi kita amnya bangsa melayu,cuma saya nak utarakan bagaimanakah kita nak mengenali PENDATANG HARAM dari negara CHINA yang dibawa masuk menggunakan PAS LAWATAN SOSIAL tetapi telah duduk di NEGARA MALAYSIA sehingga boleh berkahwin dengan lelaki tempatan (cina malaysia) tanpa sebarang masalah??? adakah kaum CINA ini melindungi perkara tersebut??? dan dalam rancangan 999 di TV3, saya melihat pihak berkuasa telah acap kali membenteras pusat2 urut dan pelacuran dan kebanyakan mereka adalah warganegara china yang menggunakan pas lawatan sosial bagi mengaburi pihak berkuasa Malaysia tidak adakah sistem yang membolehkan mereka ini dari terus masuk malaysia??? d sekitar tahun 2008 @ 2009 saya pernah melihat berita TV3 (saya memeang peminat berita TV3)menyatakan hampir 80,000 warganegara china telah hilang dalam negara MALAYSIA tanpa dapat dikesan (maaf bang sekiranya statik yang saya kata itu salah) dan bagi saya perkara ini amat membimbangkan bertambah lagi dengan suasana politik malaysia yang lebih bersifat terbuka dalam segala hal membolehkan ramai kaum dari negara china berhijrah ke negara MALAYSIA. saya amat berharap agar abang dapat memberi sedikit info bagaimanakah hendak MENGENAL ORANG CINA DARI CHINA selain dari percakapan dan tutur kata...adakah mereka ini telah mendapat KAD PENGENALAN (IC) MALAYSIA? harap abang dapat membuat pendedahan...minta maaf sebab soalan saya dah lari dari tajuk utama.

    BalasPadam
  9. salam bang, saya cuma harapkan penjelasan dari abang mengenai bagaimanakah kita rakyat MALAYSIA dapat mengenali warganegara CHINA yang mengaku sebagai rakyat negara kita?? dari segi apa yang saya lihat serta baca komentar di atas banyak berkisar mengenai PENDATANG HARAM DARI NEGARA INDONESIA,MYANMAR ,BANGLADESH dan lain2 adakah kita terlepas pandang dengan satu kaum ini ataupun adakah kerajaan kita tunduk dengan desakan pihak pembangkang bagi mengelak bercakap mengenai kaum mereka??? yang nyata pernah dalam satu berita TV3 atau 999 statik yang dikeluarkan oleh pihak imigresen menyatakan hampir 80,000 orang PENDATANG HARAM CHINA telah hilang di dalam negara bertuah MALAYSIA ini (bang maafkan saya sekiranya fakta ini salah sebab tempoh siaranya sekitar 2008 @ 2009) dan bagi saya perkara ini amat membinmbangkan tambahan pula ramai kaum 'cina' malaysia tidak mahir ataupun lansung tidak boleh bercakap BAHASA KEBANGSAAN KITA IAITU BAHASA MALAYSIA bagaimanakah perkara ini terjadi? adakah mereka ini sebahagian pendatang haram yang mengaku sebagai 'cina' malaysia? saya amat berharap abang dapat menyampaikan soalan saya ini kepada pihak yang berkenaan tanpa mengambil sikap perkauman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapisan kasar (mata kasar) kebanyakan org yg x berasal drpd Malaysia tidak mendapat suntikan BCG. So, roughly bleh tngk kat lengan.

      Padam
  10. P.Pinang paling byk PATI terutama kawasan Relau siap blh Meniaga lagi Pihak Berkuasa Hanya makan gaji buta.kawasan Flat 88,86,33 blh dikatakan mcm pekan warga asing.pihak berkuasa masih buat bodoh mcm tak wujud saja.

    BalasPadam
  11. kat sarawak dia org byk guna pas lawatan sosial untuk bekerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu dayang. kat tempat saya myewa, ramai mereka. suka buat kacau dgn memasang lagu bsar2 sampai lewat malam. mereka x hormat dengan pyewa lain.

      Padam
  12. Smti-di Dedap khabarnya ramai, entah betul tidak.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.