Jumaat, Mac 07, 2014

KEDAH BUKAN LAGI DARUL SAMPAH


1 Mac 2014, saya diundang oleh rakan ke Pulau Bidan, Alor Setar, Kedah, kira-kira 1 jam perjalanan menaiki bot laju dari Jeti Kuala Kedah.


[ Pulau Bidan (bertanda A) ]


Turut serta dalam rombongan itu, 50 kakitangan syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mhd Saiful Anwar Zainal, 45 tahun. Tatkala berada di pulau terbabit, saya berpeluang menemu bual graduan Universiti Bradley, Illinois, Amerika Syarikat dalam jurusan kejuruteraan mekanikal itu.


Environment Idaman, syarikat dianugerahkan oleh kerajaan pusat, konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan kawasan umum di Kedah dan Perlis. 

"Sebelum ini, sebagai aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat, CSR, kami membersihkan Pulau Payar, kemudian Pulau Song Song dan ini kali kedua Pulau Bidan dibersihkan, sekaligus membantu kerajaan negeri memastikan keindahan persekitaran pulau terpelihara. Biarpun pulau ini tidak berpenghuni, jika dilawati oleh warga tempatan atau pelancong asing, lebih sedap mata mereka memandang. Syarikat membiayai perlaksanaan program CSR ini," ujar Saiful. 


15 kakitangan Environment Idaman, termasuk Saiful, mewakili kelab Idaman Divers turut menyelam dan membersihkan sampah sarap di dasar laut pinggiran pantai.  


Juruselam profesional, Norbani Abdul Rahman, menyampaikan taklimat ringkas berhubung kepentingan memelihara pelbagai spesis batu karang. 


"Pada tahun 2009, sebilangan individu menggelar negeri Kedah sebagai 'darul sampah', negeri sampah. Untuk makluman, pada ketika itu  261 tapak pembuangan sampah haram dikenal pasti di Alor Setar. Kawasan di tepi jalan dipenuhi sampah bertimbun, kotor dan busuk. Namun berikutan komitmen dan usaha gigih Environment Idaman, bilangan itu kemudian dikurangkan kepada 61 sahaja, sebelum tapak itu ditutup sepenuhnya dua tahun kemudian. Kini pengurusan sisa pepejal dilakukan secara lebih sistematik," ujar anak kelahiran Sik itu.

Saya dibawa meninjau kawasan perniagaan di Tandop dan amat terpesona menyaksikan suasana persekitaran amat bersih.


Kenderaan saya naiki dipandu oleh Pengarah Utusan, syarikat kontraktor, Hayat Global Holding Sdn. Bhd, Ahmad Tarmizi Mohd Saad.


Saya perhatikan, terdapat beberapa restoran, salon dan kedai pemborong di kawasan itu.

"Sebelum Environment Idaman mengambilalih kerja pengurusan sampah, kawasan ini amat kotor. Kini kerja pembersihan dilakukan mengikut jadual tetap. Contohnya, longkang di tepi jalan dibersihkan sekali dalam tempoh sebulan dan penyelia memantau tugas setiap pekerja," jelas Tarmizi. 


Spontan terlintas persoalan di fikiran saya. 

Mungkinkah hanya kawasan di hadapan dereten kedai sahaja kelihatan bersih? Bagaiamana pula status kebersihan di lorong belakang? Untuk menjawab soalan tercetus, saya bergerak bersendirian ke belakang restoran berhampiran.

Berikut gambar saya rakamkan.


Keadaan persekitaran amat bersih, biarpun di lorong belakang deretan kedai.

"Kini Environment Idaman memiliki 315 pelbagai jenis lori di Kedah serta Perlis, berbanding hanya 85 sahaja tatkala pengurusan sampah dikendalikan oleh kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar pada tahun 2009. Bilangan lori pengangkut sampah, kini mencecah 128 unit ," ujar Saiful.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Environment Idaman, Bun Yin a/l Ai An membawa saya meninjau depot simpanan kenderaan syarikat di Shahab Perdana, Alor Setar.


Menurut Bun Yin, terdapat 3 jenis lori utama digunakan untuk pengurusan sisa pepejal di dua negeri.


Muliti Purpose Arm Roll, bersaiz 10 tan dan berupaya mengutip sampah dilupuskan oleh purata 800 unit rumah menggunakan tong berkapasiti 120, 240 dan 660 liter. Uniknya, lapan daripada pemandu lori bertugas, wanita.


Compacter Unit, antaranya berfungsi sebagai penyapu jalanraya.


"Kenderaan kami gunakan menepati standard piawaian antarabangsa. Justeru itu, pekerja tidak lagi perlu mengangkat dan membuang sampah menggunakan tangan kerana lori dilengkapi pengangkat hidrolik. Dari tahun pertama kami beroperasi, tiada lagi kes pekerja mencarik beg sampah untuk mengambil barangan kitar semula secara peribadi dikesan. Lebih menjengkelkan, beg sampah itu kemudian ditinggalkan begitu sahaja dengan sampah busuk bertaburan di atas jalanraya. Jaminan saya, kegiatan sebegitu tidak lagi berlaku di Kedah dan Perlis. Kini setiap pekerja ditanamkan nilai disiplin lebih tinggi," kata beliau.

Lori di bawah dikenali sebagai Compacter With Crane, CWC, dikendalikan oleh 2 pekerja dan menggunakan bahan api NGV. Justeru, kos operasi lebih jimat dan CWC digunakan di Alor Setar, Kulim dan Sungai Petani. 


15 kenderaan pelbagai jenis digunakan oleh Skuad Idaman, pasukan khas menangani masalah kritikal diutarakan oleh pelanggan dalam keadaan pantas.


"Sekitar tahun 2009, majoriti lori, uzur. Kalau dibelok ke kiri, pintu kanan terbuka, oleh itu diikat menggunakan dawai. Lantai di ruang pemandu pula berlubang, dilapik kayu kerana kenderaan terbabit telah digunakan kira-kira 15 tahun. Sekarang, Alhamdulillah, semua lori berada dalam keadaan lebih sempurna sekaligus pemandu dan pekerja berasa lebih selesa," ujar Saiful sambil tersenyum.

Sewaktu berdiri berhampiran pintu utama depot, saya terlihat pelekat memaparkan mesej berhubung kegiatan kitar semula di dinding lori CWC.


"Sejauhmanakan kepentingan program kitar semula kepada Environment Idaman?," soal saya kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu.

Saiful kelihatan amat tenang sebelum melontarkan jawaban berikut. 

"Kitar semula, program amat penting untuk dilaksanakan. September 2013, kami memetrai Aku Janji dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk mempertingkatkan kadar kitar semula daripada 5% kepada 50% pada tahun 2018, sekaligus menjangkaui sasaran kerajaan pusat,  22% pada tahun 2020. Untuk membuktikan komitmen itu di peringkat syarikat, semua kakitangan di 13 cawangan, diarahkan membawa minima 6 kilogram bahan kitar semula dari rumah ke pejabat pada setiap minggu. Berikutan usaha itu, sejak 15 Disember 2013, syarikat berjaya mengumpul lebih 42,000 kilogram barangan kitar semula," ujar Saiful.


Tambahnya lagi, perlaksanaan program kitar semula juga diperkembangkan ke peringkat sekolah. Dua bank tempatan akan membantu kira-kira 450,00 pelajar Islam untuk membuka akaun Tabung Haji dan mereka kemudian akan membawa bahan kitar semula bernilai RM2 ke sekolah.  


"Hasil kajian kami, sekiranya setiap pelajar membawa 1 kilogram barangan kitar semula seminggu, 4 kilogram dikumpulkan sebulan sekaligus kita mampu menghasilkan 60 tan pelbagai barangan kitar semula sehari. Justeru kita mampu menaikkan kadar kitar semula daripada 5% kepada 10%. Kami juga membuka Pusat Pemprosesan Bahan Kitar Semula di Jalan Dato Kumbar, Alor Setar, berkapasiti maksimum 200 tan sehari. Sebuah pusat dilengkapi mesin menyempurnakan proses kitar semula menelan belanja RM2.5 juta. In Sha Allah, pusat sama bakal dibuka di Sungai Petani, Kulim, Kangar dan Pulau Langkawi. Bulan April 2014, kami akan melengkapkan Pulau Tuba dengan mesin pemproses barangan kitar semula dibeli dari Thailand untuk mengolah sisa makanan menjadi sumber biogas serta baja. Oleh itu, kami percaya hasrat sifar sampah berpeluang dilaksanakan," jelas ayah sepuluh anak itu.

Ujar Saiful, kedai kitar semula juga akan beroperasi di Alor Setar. Hasil jualan barangan kitar semula dihantar oleh remaja akan ditukar dengan kad tambah nilai untuk telefon bimbit.


"Apakah antara masalah didepani dalam busines pengurusan sampah?," soal saya.

"Saya tidak melihat busines ini bermasalah, malah satu peluang keemasan untuk kami menyumbang kepada masyarakat. Contohnya, kami berpeluang membantu pelajar miskin hasil daripada barangan dianggap tidak bernilai dan dibuang. Tanpa disedari, dalam tempoh tertentu, pelajar miskin terbabit dalam program kitar semula akan meraih wang terkumpul di dalam akaun Tabung Haji mereka," balas beliau.


Secara peribadi, Saiful merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di atas kerjasama dihulurkan.

"Kini, Kedah tidak lagi digelar 'darul sampah'," bisik Saiful sebelum temu bual berakhir.

Environment Idaman turut terbabit mengeluarkan baja kompos, hasil pemprosesan barangan organik dikitar semula.


Klik di sini untuk melayari laman web Environment Idaman Sdn. Bhd, sekaligus memperoleh informasi lebih terperinci mengenai syarikat terbabit.

Untuk makluman pembaca, laman web terkini sedang diperkemaskan. 

Tinjau laman Facebook syarikat, klik di sini.

8 ulasan:

  1. Alhamdulillah satu transformasi yang dilaksanakan secara bersungguh2 oleh MB Kedah yang baru...

    BalasPadam
  2. Semoga impian kita, mengitar semula semua sampah tercapai.. Selamat berjaya Envi Idaman du bawah pimpinan CEO berkaliber dan berwawasan, En Saiful Anuar Zainal.. Doa kami semua sentiasa bersama-sama anda.

    BalasPadam
  3. Satu usaha murni yang patut disokong dan digalakkan. Selamat maju jaya Envi Idaman. Saya tertarik konsep ini seperti dalam rancangan Al Khawater di TV Alhijrah. Budaya Masyarakat Jepun yang pembersih dan menganggap orang orang yang terlibat dalam bidang pemperosesan sampah adalah hero masyarakat dan dipandang mulia. Operator sampah digelar Jutera Pembersihan dan menikmati gaji USD8000 sebulan dan mempunyai lifestyle sama macam pekerja profesional lain. Patutlah suasana diJepun bersih dan menarik. Semoga negeri Kedah yang majoritinya masyarakatnya Melayu Islam menjadi negeri contoh mempunyai persekitan yang bersih dan menarik.

    BalasPadam
  4. Ulasan yang sangat2 menarik
    Tahniah pada syarikat yg menjalankan tugas dgn amat baik
    Moga usaha murni ini jadi ikutan oleh ramai lagi syarikat2 lain
    Syabas! Enviroment Idaman!

    BalasPadam
  5. Salam Saudara Mazidul,
    Sekadar pandangan peribadi saya yang tinggal di Sg Petani, Syarikat ini telah menjalankan amanah dengan amat baik. Sekitar Sg petani sentiasa dibersihkan oleh pekerja2 Env Idaman, Tahniah dari saya..

    BalasPadam
  6. wah bagus..boleh g kedah lagi ni.dulu menyampah sb banyak sampah...

    BalasPadam
  7. salam mazidul, adik saya keja e-idaman.
    itu jer.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.