Khamis, Mac 06, 2014

DR AFIF BAHARDIN DIKECAM SEBAIK KENYATAAN RASMI DIKELUARKAN


Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN (PKR) Seberang Jaya, Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin akhirnya bersuara. Kira-kira jam 10 pagi tadi, dia mendakwa kononnya kenyataan dicatatkan di akaun Tweeter, diputar belit oleh UMNO dan Barisan Nasional, BN.

Klik di sini.

Penjelasan ADUN itu bagaimanapun dikecam hebat oleh masyarakat.


Doktor usah kalut.

Saya percaya, kenyataan mengundang kontroversi itu bukan SEMUA dikecam oleh orang UMNO dan BN. Tidak pula logo parti UMNO dipahat di dahi mereka. 

Baca keluhan sebilangan ahli keluarga polis terkorban, Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohid, 55 tahun, di sini.


Anak perempuan Raja Aizam, Raja Nor Atiqa, turut tidak berpuas hati dengan catatan Dr Afif. Dia mungkin bukan ahli UMNO atau penyokong tegar BN tetapi yang pasti Nor Atiqa adalah manusia. Manusia punyai hati dan perasaan. Begitu juga semua ahli keluarga mangsa dibunuh oleh penjenayah itu.

Facebook Raja Nor Atiq, klik di sini.


Hemat saya, sebagai ahli politik, Afif harus LEBIH berhati-hati tatkala mengeluarkan kenyataan terbuka. Mengguris perasaan masyarakat, BUKAN satu tindakan bijak, biarpun dilakukan oleh individu bergelar doktor. 

Saya percaya, sebilangan saudara-mara penyokong PKR juga bertugas sebagai pegawai atau anggota polis.


8 ulasan:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
  2. betul kata pepatah.. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata

    BalasPadam
  3. Mentaliti ahli politik yang sakit malah tumpul jiwa untuk bersama merasai sensitiviti ahli keluarga yang ditimpa musibah...

    BalasPadam
  4. dia ni Doktor ke dogtor? Biasa la ahli politik shallow minded!!. Bila da terkena, kamjat tak tentu hala...melatah, dan dan hang pusin ayat..dogtor,,,dogtor

    BalasPadam
  5. Terlajak kata? bersedia dengan caci maki..hahaha

    BalasPadam
  6. Kalau pemimpin PR buat kenyataan begitu terhadap anggota polis, bukan sesuatu yang menghairankan, tapi kalau mereka membela Polis yang rata-ratanya Melayu, itu luar biasa....

    BalasPadam
  7. Ak skali bace pn tahu tu ayat sindiran,zzz sedih dengan iq masyarakat melayu...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.