Pelajar perempuan Pusat Tahfiz Amal, PTA, Yan, Kedah berusia 14 tahun di bawah ini didapati menjual balm panas di stesyen minyak Petron di Bukit Beruntung, Selangor pada kira-kira jam 12 tengahari tadi.
Jauh sungguh lokasi dia diperhambakan oleh 'tuan' nya. Teringat saya kisah drama bersiri, Kunta Kinte ditayangkan pada penghujung tahun 70 an dahulu.
Jauh sungguh lokasi dia diperhambakan oleh 'tuan' nya. Teringat saya kisah drama bersiri, Kunta Kinte ditayangkan pada penghujung tahun 70 an dahulu.
Biarpun berulangkali kes eksplotasi kanak-kanak didedah dan dihebahkan oleh media utama dan sosial namun usaha terbabit hanya sia-sia. Kes perhambaan kanak-kanak ini telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Berikutan itu akhbar Harian Metro memaparkan berita kononnya Jabatan Agama Islam Kedah, JAIK akan menutup pusat itu, klik di sini.
Namun ternyata, itu hanya cadangan tetapi tidak terlaksana. Nampaknya pihak pengurusan PTA itu ternyata lebih berkuasa berbanding kuasa dimiliki oleh JAIK dan YANG AMAT BERHORMAT Menteri Besar itu sendiri.
Pelajar PTA didapati masih menjaja barangan keluaran SM Amin di seluruh negara. Klik di sini untuk membaca luahan hati blogger berasal dari Kedah.
Melalui sumber di Negeri Jepalang Padi, saya difahamkan Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd Tajudin Abdullah ( Klik di sini) mengenali SM Amin dan tahu berhubung kegiatan dalang utama di sebalik eksploitasi PTA itu. Sebuah 'istana' milik SM Amin terletak di Tasik Beris, SIK, bukan di London.
Menjelang pemilihan ahli Majlis Tertinggi UMNO, beberapa perkara pelik saya perhatikan jelas Datuk Mukhriz kepingin terus berkorban untuk kepentingan rakyat negara ini tetapi GAGAL menangani kes perhambaan kanak-kanak tercetus di negeri sendiri sejak memegang jawatan Menteri Besar.













