Saya tiba di Melaka pada 7 Oktober lalu. Waktu siang, agak sibuk membuat liputan mengenai Sungai Melaka, sepanjang 39 kilometer. Biarpun tubuh kurang sihat, saya tetap melangkah dibantu oleh kru Majalah 3 dan kakitangan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka.
Pada waktu malam, saya meronda Bandaraya Melaka dan terserempak beberapa pondan memperdagangkan tubuh di deretan rumah kedai di Jalan Tun Ali.
Mereka garang dan taksub memaki hamun jadi saya mengambil inisitif merakamkan gambar mereka untuk memudahkan Jabatan Agama Islam Melaka mencegah kegiatan maksiat dipamerkan secara terang-terangan. Saya yakin, kegiatan seperti ini bukan berlaku dalam tempoh terdekat.
Sukar sungguhkah untuk menangani masalah ini?
Kalau diletakkan penguatkuasa Jabatan Agama di dalam van di lokasi terbabit pada setiap awal pagi, tentunya telor bapok masuk ke dalam untuk manggamit pelanggan di situ. Masakan penguatkuasa harus menunggu arahan YAB Ketua Menteri untuk bertindak. Beliau mempunyai tugasan lain untuk dilaksanakan sebagai pemimpin negeri.
Kalau diletakkan penguatkuasa Jabatan Agama di dalam van di lokasi terbabit pada setiap awal pagi, tentunya telor bapok masuk ke dalam untuk manggamit pelanggan di situ. Masakan penguatkuasa harus menunggu arahan YAB Ketua Menteri untuk bertindak. Beliau mempunyai tugasan lain untuk dilaksanakan sebagai pemimpin negeri.
Di bawah, gambar pondan bermulut lancang dan berdada bidang, kelihatan menyeramkan. Ada baiknya dia mengekalkan identiti diri sebagai lelaki. Tatkala berada agak jauh, terjerit-jerit tetapi apabila didekati, cabut bak lipas kudung, menaiki tangga rumah kedai untuk menyembunyikan diri.
Dalam perjalanan pulang daripada makan malam di Umbai, saya dan kru singgah di 7-Eleven di sebelah Kondominium Pasir Emas, kira 200 meter dari Balai Polis Bandar Hilir.
DVD cetak rompak dijual secara terbuka memberikan gambaran bagaikan tiada undang-undang di lokasi itu. Justeru ada baiknya jika pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melaksanakan tindakan.
Apakah tanggapan pelanggan keluar masuk ke kedai serbaneka itu jika terlihat peniaga begitu angkuh meremehkan undang-undang?
Tidak salah jika Ketua Balai Polis berhampiran menghantar unit peronda ke lokasi sama dan arahkan penjual untuk berhenti memasarkan DVD cetak rompak.
Bertindak atau tidak, pilihan pihak berkuasa.
gelaja pondan memang dah lama berleluasa...ditangkap diberi bimbingan bile dilepaskan kembali menjadi pondan...caj bayaran PERKHIDMATAN mereka hanya RM10 sebab pernah dengar mereka menawar pada BAKAL PELANGGAN...
BalasPadamseronok berbual bersama ketika makan malam di Restoran Terapung...terima kasih
BalasPadamhttp://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/10/10/khalwat-raids-against-islamic-principles/
BalasPadamTolong baca ni!!
Dalam kes pondan, pegawai penguatkuasa tidak perlu mengintai sebab mereka sediakala bersidai. Kalau lensa kamera saya boleh merakamkannya, what is the problem?
PadamSamada, hendak melaksanakan undang-undang atau sebaliknya.
That's all.
Wahai Pak Haji dan Abg Sarjan...
BalasPadamJangan hanya mendengar dan mengkritik. Kalian harus mendengar dan bertindak. Jangan sampai kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...
Masih lagi menunggu topik hangat..
BalasPadam"Misteri cincin hijau"..
Saudara mazidul,
BalasPadamSaya suka membaca blog saudara. Tapi entri ni macam bias kepada ketua menteri melaka apabila permasalahan dilontarkan kepada agensi penguatkuasa dan ditekankan ketua menteri ada kerja yang lebih penting. Tetapi, entri pusat tahfiz amal, permasalahan dilontarkan kepada ketua menteri dan bukan agensi penguatkuasa. Nampaknya saudara mazidul sedang membantu kempen.
Anyway, sekadar pemerhatian.
Terima kasih.
Saya tidak menulis untuk menggembirakan sesiapa dan tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam politik.
PadamSaudara mazidul,
BalasPadamHanya pemerhatian saya yang dhaif. Memang tidak semestinya betul. Saudara mazidul lebih tahu niat saudara. Maafkan saya, harap tidak menyinggung saudara. Sekadar melontarkan untuk perhatian saudara.
Saudara mazidul memang seorang yang berani dan mempunyai semangat patriotik, saya doakan saudara sentiasa di dalam peliharaanNya dan diberikan kekuatan untuk terus berblog bagi menegakkan kebenaran.
Salam aidilfitri.