Selasa, Oktober 22, 2013

PERANGKAP MAUT MASIH BELUM DIKAMBUS DEK JABATAN PERHUTANAN DAN TNB

Sewaktu saya menghubungi Pegawai Perhutanan Daerah Selangor Tengah, AG Shafie pada 4 Oktober 2013, beliau memaklumkan jabatan terbabit, dibantu Tenaga Nasional Berhad, TNB akan mengambus kolam memancing ikan haram digali di bawah kabel bervoltan tinggi di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Untuk rekod kolam terbabit beroperasi secara HARAM kira-kira selama 8 tahun.

Klik di sini untuk membaca kenyataan AG.

Nampaknya setakat ini tindakan itu tidak dilaksanakan lagi. Perhatikan beberapa gambar dirakamkan di lokasi dimaksudkan semalam, 7 hari selepas kolam sepatutnya ditutup secara total.


Malah kelihatan beberapa kanak-kanak dipercayai Orang Asli turut bermain di tepi tebing bekas kolam memancing ikan haram itu. Tentunya tanpa pemantauan kolam itu boleh menjadi perangkap maut buat mereka semua.


Kepada pembaca mengikuti perkembangan kes selama ini pastinya berasa hairan. Kolam terbabit digali dek taukeh menjana keuntungan sekian lama tetapi akhirnya pihak berkuasa terpaksa mengambus kolam itu.

Hakikatnya, terlalu mudah taukeh Cina menangguk di air keruh di Selangor. Lakukan kerja untuk meraih keuntungan biarpun melanggar undang-undang dan berhenti apabila kes sebenar dipaparkan di media atau media sosial.

TNB dan Jabatan Perhutanan, saya masih menunggu tindakan dijanjikan sebelum ini.

1 ulasan:

  1. Memang x hairan pun kelau nak harapkan kerajaan Selangor, baik BN dan juga Pakatan Rakyat sekali pun. Tetapi semenjak PRU12 dan Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat, segala kerja-kerja yg melibatkan rakyat telah dianaktirikan dan tidak dipantau langsung oleh yg duduk selesa di atas kerusi empuk di pejabat Kerajaan Selangor.

    Cuba lah lihat kawasan perumahan penuh dengan lubang maut di jalan, itu tidak termasuk poster-poster lucah/along/haram yg menambahkan 'kecantikan' kawasan perumahan. Itu belum masuk lagi penguatkuasaan yg tidak pernahnya sekata yg mana tempat parking dan laluan pejalan kaki di halang oleh meja makan, sampah yg tidak berkutip dengan sepenuhnya, rumput yg panjang yg mana dipotong sebulan sekali, longkang yg tersumbat tidak berservis dan lampu jalan yg tidak bernyala diwaktu malam. Itu belum masuk lagi dengan pembukaan pusat-pusat hiburan,pusat urut/spa yg baru, sedangkan dahulu PBT selangor menyatakan tiada lesen baru akan dikeluarkan untuk pusat-pusat sebegini. bagaimana pulak ceritanya tu??

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.