Khamis, Oktober 31, 2013

KISAH PERJALANAN ARJUNA DARI RAHA MENJADI PENGAWAL KESELAMATAN HARAM DI MALAYSIA (SILA HEBAHKAN)


Saya tertarik dengan komen dicatatkan oleh warganegara Indonesia, menggunakan nama samaran Arjuna Sang Perantau di facebook. Lalu hati saya terbuka untuk mengenalinya secara lebih dekat.

Dia berasal dari Raha, Kabupaten Muna, Sulawesi Tenggara.


Klik di sini  untuk membaca maklumat berhubung  kabupaten  itu.


Dia telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata perempuan, masih kecil. Manakala isterinya, Nayla, bekerja sebagai jururawat di Pusat Kesihatan Masyarakat di Raha.


Nama sebenar Arjuna,  La Ode Muhammad Arjuna Matadjo seperti tercatat di passport miliknya.


Sewaktu di kampung, dia pernah bekerja sebagai petani dan juga pengawal keselamatan.


Berikutan kegigihannya bekerja, dia mampu memiliki motosikal atau digelar spedar motor di Indonesia.


Arjuna juga gemar menunggang kuda apabila berpeluang dan di Muna, kuda dilagakan atau lebih dikenali sebagai 'adu kuda', sebagai hiburan.


Arjuna kemudian berhirah ke tanah bertuah, Malaysia untuk memburu serta mengecapi kehidupan lebih selesa sekaligus bertujuan menyara kehidupan keluarganya di kampung. Seperti dicatatkan di laman facebooknya,  dia mengaku membeli Mykad palsu berharga RM350.


Dia mendakwa, MyKad palsu dibekalkan oleh individu dari Malaysia tetapi secara logik akal, Arjuna pastinya dibawa masuk ke negara kita diuruskan oleh rakyat Indonesia sendiri. Ayah kepada seorang anak itu, anak kampung. Masakan dia mengetahui selok-belok perjalanan di negara asing ini.

Diuruskan oleh kenalan, Arjuna kemudian menggunakan MyKad palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia.


Penampilannya terlalu jauh berubah.

Dia kini berkuasa untuk memeriksa dokumen milik rakyat tempatan ingin memasuki premis dijaga. Arjuna juga sudah mula menghisap rokok dibeli dengan gaji lebih lumayan diraih berbanding pendapatan tatkala  membanting tulang, bekerja di kampung. 


Bukan itu sahaja, malah  Arjuna sudah pandai berjudi dan melayan cerita porno (dimuattkan di facebooknya). Isteri di kampung tiada akses internet sekaligus tidak berpeluang melawati facebook suami.


Di sepanjang tempoh berada di Malaysia, Arjuna penah bertugas di beberapa syarikat kawalan keselamatan berbeza. Terlintas di fikiran saya, tidakkah pihak pengurusan syarikat terbabit mengetahui identiti sebenar Arjuna?

Mudahnya ditipu dek lelaki dari Muna atau syarikat menggajikan warga asing secara tangkap muat.


DNS Security?


Sesekali pulang ke kampung halaman, sanak saudara pasti  teruja melihat penampilannya lebih bergaya.


Bandingkan gaya Arjuna dengan gambar di bawah ketika dirakamkan bersama anak dan isteri. Bagaikan langit dengan bumi.


Di bawah pula gambar Arjuna bak menunggu rezeki turun dari langit  berikutan hidup dalam keadaan tidak begitu selesa di tanahair sendiri.


Kini telefon bimbit dan kacamata hitam menjadi penemannya, dibelinya dengan menggunakan gaji hasil  bertugas sebagai pengawal keselamatan HARAM di negara ini.

Diulang, pengawal keselamatan HARAM. Jika terbabit dalam kejadian jenayah di Malaysia, dia pasti akan menghilangkan diri dengan sekelip mata, menyusup keluar ke Muna.


Saya berharap Arjuna diberkas oleh pihak berkuasa kerana selama ini memandang remeh undang-undang di negara berdaulat. Jika ingin mencari rezeki di sini, carilah secara sah. Untuk rekod, Arjuna, seorang daripada rakan facebook pembunuh pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor, kini masih bolos.

Mohon hebahkan kandungan entri ini, agar syarikat terkini menggajikan Arjuna sebagai pengawal keselamatan haram mengambil tindakan wajar.   

Klik di sini untuk melawati facebook Arjuna.

15 ulasan:

  1. Rasanya dah banyak yang Mazidul dedahkan, TAKKAN la xdak tindakan susulan KDN/POLIS/JPN/Jab. Imigresen....mungkin inilah kelemahan pentadbiran negara kita, banyak sangat jabatan...jabatan ni boleh periksa je, nak tangkap jabatan lain...nak makan rasuah jabatan lain...nak pantau jabatan lain lak...

    BalasPadam
  2. setuju sgt ayat2 ni...

    "Rasanya dah banyak yang Mazidul dedahkan,
    TAKKAN la xdak tindakan susulan KDN/POLIS/JPN/Jab. Imigresen"...

    ada kemungkinan KDN/POLIS/JPN/Jab. Imigresen xkenal pun siapaa bro mazidul ni..
    atau KDN/POLIS/JPN/Jab. Imigresen xtau pun adanya blog bro mazidul ni ?
    atau munkin jugak buat2 xnampak.. xtau apa2 pun.. !!

    BalasPadam
  3. akak juga mohon utk share diblog akak..kesian tgk anak bini dia...suaminya gelap mata bila nampak sedikit kemewahan dibumi Malaysia

    BalasPadam
  4. Saya pernah borak dengan warga indo, dia tak takut dengan penguatkuasa di Malaysia sebab mereka boleh dibeli. Sakit hati saya mendengarnya. Pendapat saya, penguatkuasa Kat Malaysia Ni buat kerja seperti pahat dengan penukul. Bila gertak baru kelam kabut. Sedih betul rasanya bila mereka Ni kerja tak ikhlas.. Tapi tak semua Ada yang amanah Dan jujur . Kepada pengguatkuasa Malaysia , sayangilah Malaysia seperti ibu bapa anda.

    BalasPadam
  5. KUPASAN MAZIDUL SENTIASA TERBAIKKKKKK!!!!!!!!!!!

    BalasPadam

  6. Pihak berwajib jangan leka dengan slogan Malaysia boleh, sehingga semuanya boleh tidur lena

    BalasPadam
  7. Syarikat yang mengaji pengawal keselamatan haram yang menembak mati pegawai bank adalah KAWALAN PRIMA SDN BHD..sejak 2010 ada kejadian pengawal tertembak rakan sendiri semasa di hostel namun kejadian tidak mengakibatkan kematian saya bekas pekerja syarikat itu semasa kejadian berlaku saya masih lagi bekerja,sepatutnya KDN dari dulu batalkan lesen syarikat KAWALAN PRIMA terlalu cuai dalam aspek pengawalan senjataapi demi allah sya tidak memfitnah.

    BalasPadam
  8. saya bekerja di bank, br smlm ada pegawai polis dtg check arm guard..br nmpk ada pemeriksaan slama hmpir 10 tahun sy bekerja di bank:-p namun sekadar tangkap muat, hanya catat ic dgn buku lesen senjata tanpa lakukan pemeriksaan teliti ic..kenape tidak dibawa portable biometrik untuk semak maklumat dlm ic?? Fizikal mungkin sempurna tp dlm mungkin kosong(ic palsu)..mohon juga memakai pakaian seragam polis, jgn dtg preman untuk elakkn penyamaran sbgai polis sehingga berlaku rompakan..td pun guard tersebut hanya bercakap melalui pintu kaca kerana takut bukan polis..(kad kuasa penjenayah boleh buat)

    BalasPadam
  9. Sebenarnya penguatkuasaan undang2 di Malaysia ni masih di tahap yang tidak memuaskan. Kita tak tegas, tapi bila orang luar buat onar mulalah kita bising dan ambil tindakan. Kalau diikutkan, berterabur warga asing ni di bumi Malaysia. Sampai kadang-kadang terfikir, kita ni duduk dekat negara mana agaknya...
    Saya bukanlah mengkritik tak bertempat tapi mana yang tak betul tu perlulah kita sama-sama betulkan. Marilah kita sama-sama berusaha mempertahankan keharmonian negara kita.

    BalasPadam
  10. saya akan letak link di blog saya ...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.