Rabu, Oktober 02, 2013

KOLAM MEMANCING IKAN HARAM AKHIRNYA DISITA OLEH JABATAN HUTAN

29 September lalu saya menulis entri berhubung kolam memancing ikan haram beroperasi sejak lebih 8 tahun lalu, klik di sini.

Dalam hal ini, pemancing tidak bersalah kerana mereka tidak mengetahui status sebenar premis terbabit. Cuma pengusaha bersifat degil. Biarpun premis telah 'diperiksa' sebelum ini, kolam memancing terbabit masih terus beroperasi.


Sebelum ini penguatkuasa MBPJ saya dapati tidak serius melaksanakan tindakan. Struktur disahkan haram tetapi tidak dirobohkan sepenuhnya. Kalau gerai burger beroperasi tanpa lesen, pantas gerai dan peralatan perniagaan disita.

Sikap double standard jelas dipraktikkan.

Pelik.

Hakikatnya, tanpa bekalan elektrik, premis haram itu tentunya tidak mampu beroperasi. Kakitangan TNB telah memotong bekalan elektrik disambung secara haram sebelum ini. Ajaibnya tatkala saya melakukan tinjauan 3 hari lalu,  premis terbabit masih mempunyai bekalan elektrik.

Maksudnya, sejak Mei lalu, sewaktu premis sama diperiksa oleh kakitangaT TNB, tiada pemantauan dijalankan. 
[ Klik di sini ]

Hanya selepas blog ini mendedahkan fakta sebenar, tindakan diambil. Semalam saya menerima emel dihantar oleh Pengurus Kanan Unit Media Sosial & Digital TNB. Terima kasih kepada Encik Saiful Ameen Harun kerana sudi memaklumkan saya berhubung perkembangan tindakan telah dan bakal dilaksanakan.

Sila rujuk kandungan emel di bawah.

Perkara : 

Aduan aktiviti kolam memancing melibatkan talian penghantaran di Damansara Perdana. Tanah tersebut adalah dimiliki oleh Jabatan Hutan manakala TNB telah diberi hak Izinlalu (ROW).

Tindakan yang telah diambil :

Lawatan tapak telah diadakan pada 30 September 2013 bersama pihak Jabatan Hutan. Punca sambungan elektrik haram telah dipotong oleh TNB dan kawasan aktiviti memancing berkenaan telah disita oleh Jabatan Hutan.

Tindakan yang akan diambil : 

Berikutan mesyuarat di tapak pada 1 Oktober 13 bersama Jabatan Hutan, MBPJ dan Suruhanjaya Tenaga, operasi meroboh keseluruhan struktur  haram di kawasan kolam memancing tersebut akan dijalankan pada hari Khamis 3 Oktober 13.


Saiful Ameen Harun
Senior Manager, Digital & Social Media Unit
Corporate Affairs & Communication Department
Tenaga Nasional Berhad
Level 6 TNB HQ Jalan Bangsar 59200 Kuala Lumpur.

Saya percaya, semua pembaca tahu, saya tidak dibayar untuk melakukan tinjauan ke lokasi dan kemudian berkongsi fakta di blog ini. Pada masa sama, TNB tidak pernah memberikan diskaun bil elektrik rumah saya.

Usaha ini saya lakukan di atas kesedaran media sosial jika digunakan secara bijak mampu merubah keadaan.

9 ulasan:

  1. "bukan kerja saya" moto anggota pihak berkuasa. jika di lihat dari segi perundangan, lebih dari dua kesalahan telah berlaku pertama pencerobohan tanah, membina bangunan, sambungan utiliti secara haram, kutipan wang (tiket) penggunaan kemudahan, (kemungkinan) berjaja makanan & minuman, mengupah PATI sebagai penjaga premis. Mungkin Tuan boleh tambah lagi. Pengusaha terebut sepatutnya ditahan dan siasatan perlu dan jika di dapati bersalah hukuman PATUT dikenakan. Sebagai pengajaran utk yg ingin ceburi perniagaan haram begini dan benchmark penguatkuasaan.

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada Abg Mazidul
    Kebanyakkan PBT, TNB, SYABAS dan yg lain2
    Bertindak mengikut aduan
    Ada aduan baru ada kerja
    Bila aduan diambil tindakan tiada pemantauan
    Kena ada aduan baru ada kerja
    Bila Aduan dibuat memakan masa yg agak lama
    Ada kalanya pengguna merasa bosan
    Dgn media sosial ini kita harus bijak menggunakannya
    Jgn disalah gunakan

    BalasPadam
  3. kalau takde tekanan, kalo takde hebahan, kalau tak kecoh, mmg takde tindakan.. SYABAS BRO MAZIDUL

    BalasPadam
  4. Salam Saudara

    Saya ingin cadangkan saudara siasat tentang iklan2 peminjam wang atau along yang banyak di mana2.. jika dulu kerajaan cadangkan semua no telefon didaftarkan untuk mengenalpasti pemilik2 no telefon along2 ni.. tapi sekarang semua senyap.. iklan2 masih juga ditampal..adakah kedai2 telefon meletakkan maklumat palsu pada pemilik nombor telefon ini. mintak saudara dapat bongkarkan perkara ini..

    BalasPadam
  5. Syabas Bro Mazidul. Memang benda mcm ni biasa terjadi. Harus siasat kenapa selepas aduan dibuat tindakan yang diambil seperti melepaskan batuk ditangga. Saya percaya, kalau Bro tak dedahkan benda ni buat kali yg kedua, tempat ni akan terus beroperasi mcm biasa. Saya juga setuju dengan Bro Mazidul pasal MBPJ ni, kalau peniaga goreng pisang ke, burger ke, keropok lekor ke laju je diorang sita. Walhal berapa sangat la keuntungan yg diorang dapat dari berniaga mcm tu. Dan yang sedihnya kebanyakkan peniaga tu org Melayu. Tp yang untung besar mcm kolam ni pejam sebelah mata pulak.
    Anyway sekali lagi Syabar Bro. Teruskan usaha murni ni.

    BalasPadam
  6. sapa laaa nak salahkan PBT .....
    kes highland tower pun .... jika tidak silap saya ... PBT pun tak bersalah .. atas alasan kekebalan undang undang (maaf jika saya silap....)

    maybe sbb tuh ... still boleh nampak rumah bina tepi gunung atau cerun bukit ..... bila berlaku bencana .... keluar laaa statement ... "akibat hujan berterusan laaa" .... "aliran air hujan dr bukit berdekatan laaaa " ... huhuhu ....
    tp siapa yg beri kelulusan ??

    BalasPadam
  7. salam.. pada pendapat saya mungkin merobohkan keseluruhan struktur belum lagi memadai. kerana masih wujud kolam disitu. dan masih ada ikan disitu. jika saya disituasi seorang pemancing. saya akan tetap kesitu untuk memancing tambahn kawasan sudah 'free' tiada bayaran.. ikan dapat juga.

    jadi untuk mengelakkan ianya bangun semula.. kolam yang mampunyai tadahan harus dimusnahkan. punca pembiakan ikan juga perlu dilupuskan. apabila tiada ikan ... tiada lah pemancing.. tiadalah perniagaan haram disitu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.