Selasa, Oktober 15, 2013

DI INDONESIA SUSPEK PENAGIH DADAH BOLEH DITEMBAK


Mengikut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di antara tahun 2009 dan Ogos 2013, 114 penjenayah warga tempatan ditembak mati. Paling ramai, penjenayah berbangsa Melayu, 56 orang, diikuti India, 41, Cina 23 serta warga Sabah serta Sarawak, 4 orang.

Apabila berlaku kes penjenayah warga Indonesia maut ditembak oleh polis Malaysia, maka kedengaran bunyi salakan dari negara seberang. Tohmahan kemudian dilontarkan kononnya, polis kita bersifat trigger-happy, taksub menggunakan senjata api, memuntahkan peluru untuk menembak mati rakyat Indonesia. 

Lebih 10 tahun lalu, saya berada di Jakarta, melaksanakan tugasan awal sebelum program 999 disiarkan buat pertama kali. Saya dan jurukamera diberikan peluang membuat liputan  kes jenayah di negara jiran bersama ramai kru televisyen, TV tempatan. Hampir setiap malam, kami berkumpul di Blok H sambil menunggu kes jenayah berlaku. Tatkala itu, saya bekerjasama beberapa wartawan membikin liputan kes  jenayah dari stesyen TV, Indosiar. Hampir setiap hari, saya hanya tidur kira-kira 2 jam sahaja. Selebih masa dalam tempoh 24 jam didedikasikan untuk berada di sekitar pejabat Indosiar, bersiap sedia untuk bergegas ke pelusuk Jakarta untuk merakamkan berita jenayah.

"Di sini, perompak menunggu korban (mangsa) di luar bank. Sebaik korban keluar dari bank bersama wang dikeluarkan, tersangka (suspek) datang menghampiri mereka, mencederakan muka menggunakan senjata tajam dan kemudian memboloskan diri," ujar rakan wartawan, Don.

Saya difahamkan, gaji bulanan wartawan penyiaran di Indonesia pada waktu itu hanya sekitar RM700 sahaja namun tuntutan kerja mereka amat mencabar. 

"Pengguna narkoba (dadah) di sini bisa ditembak tetapi sasarannya harus dari pinggang ke bawah sahaja," tambah Don.

Di Malaysia, polis dilarang untuk menembak penagih dadah sesuka hati. Hanya jika nyawa pegawai atau anggota bak telur di hujung tanduk barulah penggunaan senjata api dibenarkan. 

Polis Indonesia melaksanakan gerak kerja berbeza. Justeru tidak hairan jika di TV Indonesia, kita berpeluang menonton visual  penagih dadah berjalan terhingkut-hingkut dengan betis atau paha berlubang dan berdarah bergerak ke kenderaan polis sebaik tamat operasi membanteras penyalahgunaan dadah.

"Tersangka telah dilumpuh (ditembak) menggunakan besi panas (peluru)," lapor wartawan mereka.

Di Malaysia, jika polis menembak penagih dadah sewenang-wenangnya, mereka mengundang bahana. Tersilap langkah, pegawai atau anggota terbabit ditahan, disiasat, dibicara dan kemudian dihukum. 

Sewaktu membuat liputan di Jakarta pada Mac 2010, saya masih ingat kejadian terserempak dengan 'Shila', seorang daripada bapok berkeliaran bebas di Taman Lawang. Di jalan sehala di tengah ibu negara Indonesia itu, tanpa segan silu Shila mempamerkan buah dada  palsunya. Setiap pemandu dan penumpang kenderaan melalui jalan terbabit berpeluang menonton persembahan istimewa. Sebaik wang dihulurkan, dia menari di ruang hadapan kenderaaan dan sesekali datang menghampiri, menggesel-geselkan buah dadanya ke tangan penumpang di letakkan di cermin tingkap.


Klik di sini untuk membaca satu daripada kisah amat sukar untuk dilupakan. Selain daripada penjenayah, bapok dari negara jiran juga didapati berkunjung ke Malaysia untuk mencari makan.


Baca kisah mereka, saya rakamkan sebelum ini.

Klik di sini.


1 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.