Kira-kira jam 10 pagi semalam, kakitangan Jabatan Perhutanan, penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ dan petugas Tenaga Nasional Berhad, TNB dilaporkan berkumpul berhampiran kolam memancing ikan beroperasi tanpa lesen di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.
"Kakitangan Jabatan Perhutanan, berseragam serba hijau berada di lokasi. Petugas TNB telah memotong sambungan bekalan elektrik secara haram buat kali kedua ke kolam memancing ikan itu pada 2 Oktober lalu. Terdengar berita, Jabatan Perhutanan tidak mempunyai bajet untuk menimbus kolam itu. Jadi TNB telah menawarkan perkhidmatan kontraktor mereka untuk melakukan kerja memberhentikan secara total kegiatan di situ," ujar sumber saya.
Saya kemudian menghubungi Pegawai Perhutanan Daerah Selangor Tengah, AG Shafie melalui panggilan telefon.
"Seramai 19 kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah Selangor tengah berpejabat di Cheras berkunjung ke lokasi semalam," ujar anak kelahiran Papar, Sabah itu.

Semua struktur binaan di kolam memancing beroperasi TANPA LESEN akhirnya diroboh menggunakan jentolak milik kontraktor TNB. Berikut gambar dirakamkan oleh sumber saya pada jam 9 malam tadi. Itu tapak struktur kayu tempat kutipan wang dibuat sebelum ini.
"Tatkala gambar dirakamkan, sebilangan individu datang mengail secara percuma," ujar sumber lagi.
Tindakan lebih tegas oleh pihak berkuasa itu dilakukan rentetan pendedahan dan teguran di entri terdahulu, klik di sini. Kakitangan TNB kemudian memaklumkan saya melalui emel, berhubung tindakan awal dilaksanakan, klik di sini. Terima kasih kerana berkongsi maklumat bersama saya.
"Apakah status sebenar tanah di bawah kabel bervoltan tinggi itu?," soal saya kepda AG.
"Seorang individu memohon untuk menggunakan tanah dianggarkan seluas 1 ekar itu untuk tujuan membuka tapak semaian pada tahun 2006. Permohonan itu diluluskan oleh Jabatan. Namun sehingga tahun 2008, tiada sebarang aktiviti dijalankan kerana pemohon tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak TNB dan MBPJ. Memang saya lihat, talian kabel elektrik di atas kolam terlalu rendah, barangkali kurang 10 meter dari paras tahah," jelas beliau.
Tambah AG, 3 lelaki berada di lokasi semalam, bukan pemohon dilesenkan oleh Jabatan Perhutanan.
"Pemohon sebenar bertemu saya pada awal tahun ini dan bertanya mengapakah lesen tanah itu tidak boleh diperbaharui. Dia memaklumkan saya, tiada kegiatan dijalankan lagi. Lalu saya bertanya, siapakah pengusaha kolam memancing ikan di lokasi sama? Tatkala itu, kita menyedari terdapat masalah berlaku di situ. Melalui siasatan dijalankan oleh pihak Jabatan, terdapat beberapa individu telah menipu Jabatan Perhutanan dan menggunakan tanah itu tanpa pengetahuan pemegang lesen sebenar," kata pegawai mula berkhidmat di Jabatan Perhutanan Selangor Tengah pada Oktober 2010.
Menurut AG, kelulusan penggunaan tanah terbabit telah dibekukan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Jadi, apakah tindakan Jabatan Perhutanan seterusnya?," tanya saya.
"Jabatan memberikan tempoh sehingga 14 Oktober untuk pengusaha (haram) memunggah keluar kayu dan memindahkan ikan diternak. Pagar dikekalkan agar tanah sama tidak diceroboh lagi. Selepas tarikh itu, Jabatan Perhutanan dengan kerjasama TNB akan menimbus kolam terbabit," terang beliau.
Kata beliau, ini kes terpencil pertama berlaku di daerah pemantauan Jabatan Perhutan Selangor Tengah.
Terima kasih kepada AG kerana sudi memberikan penjelasan berhubung fakta kes ini.
Apapun, ternyata sejak tahun 2006, jabatan terbabit langsung tidak melaksanakan pemantauan. Lalu tanah dipohon disalahgunakan. Jika tidak, pasti mereka mengetahui berhubung penyalahgunaan tanah itu.
Apapun, ternyata sejak tahun 2006, jabatan terbabit langsung tidak melaksanakan pemantauan. Lalu tanah dipohon disalahgunakan. Jika tidak, pasti mereka mengetahui berhubung penyalahgunaan tanah itu.
Hairan, kan?
Saiz kolam, bukan sekecil kuman. Pada hemat saya, 50 ekor gajah tidak bermasalah untuk berkubang di situ.
Barangkali sudah tiba waktunya jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM menyiasat kes didakwa terlepas pandang buat sekian lama ini. ANDAI wujud unsur rasuah, tindakan tegas perlu dilaksanakan oleh badan terbabit.
Lebih 8 tahun, bukan jangka waktu pendek. Tindakan pengusaha membuka kolam memancing haram itu sekaligus mengundang bahaya mampu mengancam nyawa pemancing selama ini. Pengusaha hanya mementingkan wang sedangkan pelanggan barangkali tidak mengetahui risiko berada di lokasi itu.
Alhamdulilah.. Taniah dan Syabas pada pihak berkuasa dan yang paling utama BRO MAZIDUL yang tak jemu mendedahkan fakta ini. Sudah pasti ada yang panas hati atas tindakan ini. Semoga bro di rahmati Allah dan dilindungi dari dengki khianat manusia durjana..
BalasPadamSelalunya apabila kita buat report kepada pihak yang berkenaan, mereka pandang rendah dan terlampau lewat untuk mengambil tindakan. Macam kawasan perumahan di Damansara Damai, telah berkali-kali laporan dan permintaan bantuan untuk membaiki jalan dan kawasan parking di sekitar Damansara Damai semenjak jalan tersebut diserahkan kepadam MBPJ, malangnya hanya dipandang sepi, Kalau ada pembaikan pun hanyalah melakukan tampalan yang akan rosak kembali dalam tempoh sebulan. Begitu juga dengan lampu di laluan diwaktu malam, jalan di kawasan Damansara Damai terlalu merbahaya kepada penunggang basikal dan motorsikal terutamanya di waktu malan dan awal pagi kerana terlampau banyak kenderaan berat dan besar diletakkan dikawasan yg tidak sepatutnya (kawasan gelap/di persimpangan jalan)
BalasPadamApabila masa mengundi tempoh hari telah dijanjikan segalanya, tetapi sehingga kini tiada apa-apa yg berlaku bahkan segala iklan haram dan iklan Along pon bersepah di sana-sini terutamanya di blok rumah dan sekarang ini telah tersebar sebuah iklan 'Wanted' berserta nama oleh sindiket Along/samseng di sekitar Damansara Damai