Ramai antara pembaca barangkali pernah mendambakan pengalaman terbang di udara menggunakan pesawat ringan seperti Cessna 172 di atas.
Saya ingin membuka peluang itu kepada semua.
Cessna 172 berkapisiti 3 penumpang dan seorang juruterbang. Dua penumpang duduk di bahagian belakang manakala seorang lagi akan duduk di kerusi co-pilot di cockpit.
Untuk menikmati Air City Tour, semua penumpang akan diterbangkan dari Subang Skypark, Subang ke ruang udara Petaling Jaya, pusat bandaraya Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Batu Caves, Bukit Lanjan dan kembali ke Subang.
Sewaktu tempoh penerbangan selama kira-kira 1 jam, penumpang berpeluang merakamkan gambar dari udara dan di dalam pesawat bersama ahli keluarga atau rakan dalam keadaan selesa.
Hubungi saya terlebih dahulu dan In Sha Allah, pembaca akan berkata ...
"Oh! Tidak sangka, berpeluang saya menaiki Cessna 172"
"Oh! Tidak sangka, berpeluang saya menaiki Cessna 172"
Pesawat lazimnya diterbangkan pada ketinggian 1,500 kaki. Pada ketinggian itu, penumpang berpeluang memuatnaik gambar dirakamkan di udara ke facebook atau media sosial lain.
Menarikkan?
"Kekadang kita juga menerbangkan VIP ke pelBagai lokasi mengikut keperluan," tambah juruterbang beranak 4 itu.
"Kekadang kita juga menerbangkan VIP ke pelBagai lokasi mengikut keperluan," tambah juruterbang beranak 4 itu.
Pengalaman indah dan unik itu pasti akan terpahat di minda setiap penumpang. Cessna 172 diterbangkan oleh rakan saya, juruterbang berpengalaman lebih 10 tahun dengan pesawat terbabit.
"Kalau pengantin ingin terbang menggunakan helikopter untuk pergi ke rumah pasangannya pada hari persandingan di Lembah Klang pun boleh. Lazimnya, setiap pasangan berkahwin mempunyai impian istimewa pada hari bersejarah itu. In Sha Allah, kita boleh membantu menzahirkan impian itu," kata juruterbang berusia 41 tahun itu.
Selain daripada itu, jika berlaku kecemasan, pesakit boleh diterbangkan menggunakan pesawat sama ke lokasi diperlukan termasuk di Asia Tenggara. Perkidmatan membawa jenazah juga ditawarkan.
"Menggunakan pesawat sama membawa penumpang?," soal saya.
"Bukan, pesawat lain," balas beliau.
Sila maklumkan saya, WhatsApp 019 390 2899 atau melalui emel mazidulakmal@yahoo.com sekiranya memerlukan perkidmatan sewa khas jet dan helikopter.
berapa kos sekali penerbangan Air city tour???
BalasPadam