Khamis, Oktober 24, 2013

IDENTITI PEMBUNUH PEGAWAI BANK DIDEDAHKAN


Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, polis telah mengesan rumah suspek dan berhubung dengan isteri serta adiknya.

Adik suspek berkata, pembunuh itu berasal dari Sulawesi, Indonesia dan menggunakan kad pengenalan palsu. Mudahnya syarikat membekalkan pengawal keselamatan kepada bank terbabit dikelirukan selama kira-kira setahun. Bagaimanakah dia boleh diberikan hak untuk menggunakan senjata? Walhal syarikat menggajikan suspek, syarikat terkenal.

Suspek kini masih diburu.

Saya telah menjangkakan fakta itu dari awal, klik di sini.

Untuk pengetahuan semua, hanya warganegara Malaysia dan Nepal dengan permit lengkap dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Warga INDONESIA berstatus penduduk tetap TIDAK LAYAK bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara kita.

Noktah.

10 ulasan:

  1. Yup.. Siasat jgn x siasat.. jgn malukan org Sabah :)

    BalasPadam
  2. pelik juga.. kalau guna kad pengenalan palsu.. mcmmana lepas tapisan polis utk jawatan pengawal keselamatan. krn semua pengawal keselamatan perlu dihantar maklumat peribadinye utk semakan pihak polis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa ic nye mmg brpemilik cuma individunya bukan pemilik sebenar.. dan icnye tiruan..

      Padam
    2. tpi xkan la dorang xble detect benda 2 .. baru orang 2 pkai ic lama bha kan ..!!

      Padam
    3. tak pelik jika mereka yang sepatutnya melaksanakan tugas tidak bertanggungjawab!
      Begitu juga bila majikan yang hanya mementingkan untung tanpa mengambil kira yang mereka sebenarnya menjual perkhidmatan keselamatan lantas mencari sumber termurah tanpa pedulikan implikasinya.
      Makanya, permantauan berkala terhadap syarikat keselamatan juga adalah perlu.

      Padam
  3. PDRM sepatutnya memberikan penjelasan bagaimana suspek ini - ARDI BIN HAMZA berjaya melalui tapisan Cawangan Khas untuk dibenarkan membawa dan mengunakan senjata api dalam tugasannya...

    BalasPadam
  4. BERSANGKA BAIK - "Syarikat dalam proses mendapatkan lesen tambahan untuk pengawal-pengawalnya. Permohonan telah dihantar beberapa bulan lalu, tetapi masih belum dapat maklumbalas pihak KDN."

    "The firm was also found to have not conducted proper security screening on its security guards and did not obtain carry and use licenses for a number of armed guards." - NST

    BERITA MENULIS: Kompeni sekuriti tu tak mohon lesen senjata api untuk SEMUA pengawal dia.. dema main bagi je la kot.. contoh skrip dialog yang mungkin berlaku:
    Pegawai Atasan: "Pernah tembak senapang..?"
    Pengawal: "Pernah, Tuan!" (sambil angguk)
    Pegawai Atasan: "Awak bawak surat ni pergi stor senjata amik pump-gun"

    BalasPadam
  5. Jangan kata security guard pakai IC tiruan, ada orang yang mengaku "RAKYAT MALASYA" ni dah pakai "IC" biru mereka nak untuk pergi interview jadi cikgu sekolah KERAJAAN MALAYSIA... so jangan marahla kami di Kementerian Pendidikan ni garang-garang dan cerewet nak mampus bila buat semakan permohonan jadi guru ni... memang banyak kena ditapis ...orang gila, gila seks kanak2, gay, mak nyah, kaki songlap...sebab itu kita nak sangat sijil berhenti sekolah rendah, sekolah menengah, sijil asal universiti, siap call sekolah dan universiti tu lagi...dengan harapan tak terlepas le manusia setan-setan ni untuk mengajar sekolah kerajaan...

    BalasPadam
  6. Ni FB pembunuh ni https://www.facebook.com/ardi.putrakatela siap post gambar duit banyak2 & post terakhir pd hari kejadian...nak balik kg...
    yg lagi seram, rakan2 dlm FB nya ramai yg sebangsa & kerja kat malaysia dlm syarikat keselamatan jugak... mintak PDRM siasat btol2 sampai ke akar umbi...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.