Rabu, Oktober 23, 2013

MAYAT PELAJAR DISUMBAT DI DALAM BEG HIJAU

Ng Yuk Tim, 15 tahun, dilaporkan mengenali teman lelakinya melalui Facebook.   


Mayat Tim ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian berwarna hijau, dicampakkan di tepi jalan di Klang, Selangor. Suspek, teman lelakinya, operator mesin diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada kira-kira jam 6.30 petang semalam. 



[ Sumber : Berita Harian ]

Siasatan awal mendapati, mangsa berasal dari Desa Tun Razak, Cheras dan baru selesai menduduki Peperiksaan Menengah Rendah itu,  dibunuh di rumah suspek di Kelana Jaya.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Rahim Jaafar berkata, suspek, 23 tahun,  membawa polis ke lokasi mayat ditemui. 


"Terdapat kesan luka dan pendarahan di kepala dan tangan mangsa," tambah beliau.

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat, antaranya untuk menentukan samada Tim dirogol atau tidak.

Lebih menarik, dalam kes ini, suspek melalui akaun Facebooknya, turut menyebarkan berita 'kehlangan'  rakannya itu dan memohon orang ramai membantu mencari mangsa.


[ Sumber : The Star Online ]

Klik di sini untuk membaca laporan menarik dipaparkan oleh akhbar The Star. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Mangsa, individu di bawah umur, berusia kurang 16 tahun dan masih kanak-kanak. Justeru setiap tindakannya bukan berlandaskan pemikiran orang dewasa. Kita sebagai ibu bapa seharusnya lebih berhati-hati untuk mengawal pergerakan terutamanya anak gadis kita sayangi. Tanpa diduga, bahana berkebarangkalian menjelma.

Di manakah anak kita pada ketika ini?

Klik di sini.


5 ulasan:

  1. seriau baca.... slh besar apa sampai nk bunuh org tu.... mudah betul manusia menjthkan hukum...

    BalasPadam
  2. Bagi ibu bekerja inilah delima paling berat yang terpaksa ditanggung, saya rela biarkan anak berada bersama neneknya dikampung dekat dengan mata saudara-mara dan jiran2 yg mengambil tahu.

    BalasPadam
  3. keadaan jenayah di negara kita sekarang sangat membimbangkan

    BalasPadam
  4. Sy sebagai ibu terase amat sedih dgn kejadian spt ini... sy tk dpt bygkn bagaimana perasaan ibu mangsa ...mesti beliau trauma sepjg hayat

    BalasPadam
  5. x aman dah malaysia kan ??
    ada yg cakap malaysia masih aman ke ??
    pelik ..............
    nak kuar rumah takut
    nak pergi kedai sorang2 takut
    nak pergi kerja punn takut

    aman ke ???
    nak tunggu sampai malaysia jadi seperti negara lain baru nak ambil tindakan dan kuatkuasakan undang2 ??
    pelik ...........

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.