Isnin, Oktober 21, 2013

KAMAL AFFANDI HASHIM : PATAH SAYAP BERTONGKAT DAGU

Saya sempat berhubung dengan sahabat, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim sebelum terbang ke Bangkok, Thailand,  Isnin lalu.

Di KLIA, saya disapa oleh individu tidak saya kenali.

"Bagaimanakah keadaan Kamal?," soal lelaki terbabit.

Saya menjelaskan kepadanya, Kamal ada berhubung dengan saya melalui panggilan telefon sebelum itu.

"Kali terakhir diperiksa, gumpalan urat saraf terlebih di kepala saya mengecut daripada 23 sentimeter ke 18 sentimeter tetapi di sekeliling gumpalan itu, membengkak. Sepatutnya saya menjalani pembedahan sebelum Hari Raya Aidiladha tetapi saya meminta ditangguhkan selepas 15 Oktober. Bimbang jika berlaku kejadian tidak diingini pada hari raya," jelas Kamal kepada saya.



Untuk pengetahuan semua, Kamal pernah menjalani pembedahan menggunakan kedah Cyber Knife pada awal 11 Oktober 2012  berikutan penyakit  Anterio-Venous Malfunction, AVM. Klik di sini untuk membaca kes itu.

Sebaik kisah penderitaan Kamal dipaparkan di blog ini, pelbagai pihak menghulurkan bantuan untuk menampung kos pembedahan kali pertama, kira-kira RM41, 000. Pihak insuran dilaporkan tidak menanggung kos itu kerana AVM bersifat congenital, wujud sejak dilahirkan.

"Sejak pembedahan pertama kira-kira setahun lalu, rawatan susulan tetap dilaksanakan di Beacon Hospital. Sebilangan kenalan bertanya, mengapakah saya tidak mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dengan kos lebih murah?  Untuk pengetahuan, Beacon Hospital menawarkan teknologi terkini rawatan AVM. Tidak hairan,  jika ramai pesakit dari luar negara juga dirawat di hospital sama. Apapun, rawatan susulan selama ini juga memerlukan wang untuk saya menjelaskan bil. Saya memang tidak gemar bersifat meminta-minta. Jadi, saya cuba menenuhi setiap jemputan berceramah di seluruh pelusuk Malaysia biarpun dalam keadaan kurang bermaya. Bezanya, sebelum ini barangkali saya boleh berkongsi ilmu berhubung  pencegahan  jenayah 6 kali sebulan. Dengan keadaaan tubuh uzur dan kerap gagal mengawal koordinasi beberapa bahagian tubuh, jumlah ceramah terpaksa dikurangkan kepada dua atau tiga kali sahaja. Wang itu saya gunakan untuk membayar bil hospital secara berperingkat," jelas anak kelahiran Johor itu.

Sebagai sahabat, saya mengakui hakikat, Kamal memang sentiasa mempamerkan wajah ceria, biarpun hanya Allah tahu kesengsaraan dilalui beliau kini. Pada masa sama, saya yakin biarpun patah sayap, beliau sanggup bertongkat dagu untuk memenuhi undangan berceramah jika diperlukan oleh masyarakat.

Itu antara kaedah Kamal untuk menyambung nyawa.  

Hubungi Kamal di talian 019 210 9999.

"Ada tikanya, saya berasa ingin muntah dan tidak berupaya mengangkat telefon, apapun saya akan cuba berhubung," ujarnya.

Lihat gambar di bawah tatkala Kamal berada di hospital, dirakamkan pada 18 Oktober lalu.


Kamal masih mampu tersenyum kerana itulah sifat semulajadi beliau. Gemar berjenaka biarpun sedang dilanda derita.

Siang berceramah, malam di hospital.



Klik di sini  untuk melawati laman fan club  Kamal.


In Sha Allah, saya percaya, masih ramai rakyat Malaysia mahupun pemilik syarikat korporat sudi untuk bersama meringankan beban ditanggung oleh Kamal.



Kepada pembaca ingin memberikan sumbangan wang tunai,  sila depositkan ke akaun Kamal Affandi Hashim PUBLIC BANK 4007 85 2927.

Sila WhatsApp saya di talian 019 309 2899 jika mempunyai sebarang pertanyaan. Perkembangan kes ini akan saya kongsikan bersama semua pembaca, mengikut peredaran waktu.



3 ulasan:

  1. Saya berjumpa dengan KA semasa penampilan pertamanya di khayalak umum secara rasmi selepas pembedahan tahun lepas. Kelihatan dia sangat bersemangat walaupun ramai yg tahu dia sebenarnya sedang sakit.

    BalasPadam
  2. saya sendiri walaupun demam biasa pun tidak mampu untuk tersenyum apatah lagi utk kesana kemari.
    Semoga dia sentiasa tabah menghadapi ujian dariNya dan semoga dia cepat sembuh.

    BalasPadam
  3. Beberapa kali berjumpa beliau kerana bekerjasama untuk program Projek 3R dan 3R. Memang tak dapat dikesan langsung kesakitannya. Semoga terus kuat dan mampu memberi bakti.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.