Khamis, Oktober 31, 2013

JOEMAR OMAR? OSMAN SALLEH? WARGANEGARA INDONESIA PEMILIK MYKAD PASLU? DAN BEKERJA SEBAGAI ...


Nama tercatat di kad tanda nama, Osman BIN Salleh dan dipercayai bertugas sebagai pengawal keselamatan. 

Nombor MyKad  840713-12-5207. 

Angka 12 di tengah menunjukkan dia, kononnya berasal dari Sabah.

Melalui pemeriksaan maklumat, saya dimaklumkan oleh sumber berkredibiliti, nombor MyKad terbabit TIDAK wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.


Jika diteliti informasi dicatatkan di facebooknya, dia memiliki dua akaun bank. Untuk membuka akaun di institusi perbankan, setiap pelanggan warganegara Malaysia perlu menyerahkan MyKad kepada kakitangan bank untuk urusan pembukaan akaun.

Begitulah peraturannya.

Dokumen apakah digunakannya sewaktu membuka akaun bank?  Tentunya MyKad. Apakah status dokumen itu?


Namun peliknya, lelaki terbabit, warganegara INDONESIA, mendakwa berasal dari Den Pasar, Bali. 

Mengikut undang-undang di Malaysia, warganegara Indonesia TIDAK dibenarkan menjadi pengawal keselamatan. Apatah lagi diberikan akses kepada senjata api.


Klik di sini untuk melawati akaun facebook Joemar Omar.  Itu nama digunakannya. Jadi, siapakah Omar BIN Salleh? Warganegara Indonesia tidak menggunakan perkataan BIN.

Status laman sosialnya tidak dikemaskini sejak 23 Oktober, tarikh pegawai operasi Ambank ditembak mati di Subang Jaya, Selangor.

Barangkali satu kebetulan.

Bahasa digunakannya tatkala berkomunikasi di facebook juga sama dengan bahasa perhubungan pembunuh berasal dari Sulawesi, kini masih diburu oleh polis.



Klik di sini dan di sini untuk melawati facebook pembunuh di atas (polis mengesahkan akaun terbabit miliknya)


Saya telah menghubungi Jabatan Korporat Komunikasi Sapura dan memaklumkan kakitangan bertugas mengenai kes ini. Difahamkan, pengawal keselamatan bertugas di premis syarikat terbabit berada di bawah kendalian pemilik bangunan.

28 ulasan:

  1. Banyaknya datang dari Sabah......knaper yer? Sabah dgn isu IC nyer satu kebetulan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab semua beranggapan loghat pertuturan sabah sama macam loghat org indonesia..

      Padam
    2. janganlah salah anggap..sapa2 pun bleh letak kat IC tu asal dari sabah... kononnya bahasa drng sama..jd sindiket ambik kesempatan ltak asal dari sabah...

      kesian org sabah jd mangsa...

      masih ramai yg x faham sebenarnya... IC palsu ni IC yg dibuat atau di tiru menyerupai IC asal.... serupa mcm org klon kad kredit...

      Padam
    3. MyKAD adalah berkualiti tinggi yang tidak mungkin dapat dibuat oleh org luar.
      Ia mestilah menggunakan KAD Asal barulah boleh dapat MyKAD asli.

      Padam
  2. Pegawai imigresen makan rasuah tu je jawapannya. Pengkhianat negara terlalu ramai!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak lu.............. Gua Pegawai Imigresen.......... Apa kene mengena ngan Imigresen? Bab pengeluaran IC ni takde kuasa Imigresen pun.......... Cakap guna otak bro............ Jangan guna tempurung kepala lutut.........

      Padam
    2. Alai....Kesian pula dengan imigresen...orang yang tak ada kena mengena pula yang kena bantai...Kalau korang salahkan JPN masuk akallah sikit tu tapi tu pun kalau dia orang yang buat....Kemungkinan ada sandiket yang buat untuk kepentingan tertentu, bukan saja soal wang tapi sesuatu yang lebih besar.....

      Padam
    3. aku ase mamat ni xckap pun imegresen berkenaan dengan kes ni,,cie cume kate bnyak mkan rasuah..so ade kebenarannya die cakap..jgn melenting bro

      Padam
  3. aku nampak lagak & gayanya bukanlah spt pengawal keselamatan...
    tp lebih mirip kpd pengawal peribadi la pulak...
    pengawal peribadi yg udah pergi kursus berbulan2 kat Korea sana nun haa...
    aku ckp mcm tu sebab slalu la tgk citer2 polis korea ni !!

    BalasPadam
  4. macam kes saya tahun lepas (saya pernah memberitahu encik Mazidul) saya pernah kehilangan IC, IC saya dijumpai oleh warga asing dan dia sewenang2nya menggunakan IC saya utk bekerja sebagai Pencuci di syarikat Tenaga Bersih di Ampang, mujur saya dapat mengesannya ketika memeriksa akaun KWSP saya secara online, di mana saya dapati ada caruman yang lebih dari syarikat Tenaga Bersih, saya membuat laporan Polis dan mengambil sendiri IC saya di syarikat terbabit.Pengurus syarikat itu memberitahu bahawa pekerja yang menggunakan IC saya itu berasal dr Sarawak... tetapi saya tidak fikir ianya benar.

    BalasPadam
  5. ADAKAH INI PESERTA "PROJEK IC" YANG DIGEMBAR-GEMBURKAN OLEH SESETENGAH PIHAK SATU KETIKA DAHULU DAN KINI??

    BalasPadam
  6. Q-ri adalah salah satu contoh orang bebal cuba nak jadi pandai di internet. Dia seorang dari ribuan yg serupa dengan dia. Mazidul dah tulis ic tu disahkan tiada dalam sistem, apa jadahnya kena mengena dgn imigresen. Inilah bukti manusia juga ada yang bebal. Tak faham sebab tak membaca ayat yang mudah ditulis mazidul, tapi berangan nak lampiaskan kemarahan berlapik kebebalan. Tahniah kerana anda menyumbang statistik kebebalan negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul tu... ramai yg x faham logik yg mudah.... ingat indon2 tu bodoh sgt ke nak lalu imigresen.... dia masuk ikut tongkang..datang sini beli IC palsu... ltak nama ltak alamat...dah siap jd org malaysia.... bukan dia pi JPN mintak buat IC or pgi imigresen pg buat paspott.... kdg2 drg ni cakap ikut sedap mulut je

      Padam
    2. ko nak marah kenapa? jabatan imigresen dan undang-undang nya memang longgar, bebal dan sengal. kalau pandai, takde la ramai warga asing berleluasa di malaysia nih, sambil menambah statistik jenayah. apa kerja yang korang buat? makan gaji buta jer ker? haha.. top management imigresen memang ada yg di dakwa di mahkamah atas sebab pecah amanah. itu la namanya pengkhianat negara. ada kuasa, tapi salah guna..

      kelemahan imigresen di cover oleh pihak polis. aku kesian dengan incik2 polis kena kerja lebih tolong cover kebodohan dan kelemahan imigresen malaysia. elok di potong gaji staff jabatan imigresen ni, dan bagi bonus lebih pada pihak polis, haha..

      Padam
    3. hahaha..pedas ayat bro hazrey tu tapi tepat dan padu..ini padah orang malas baca pastu terus komen..hahaha

      Regards,
      -Strider-

      Padam
    4. Shah ni lagi satu bebal yang menonjol.......... ko tau kerja imigresen macam mana? Orang nak melancong dan mintak keje, pastu syarat cukup, ko nak halang jugak ke? bangang................. contoh la......... ko sakit perut nak berak, tapi ko tahan boleh ke?

      Padam
  7. mcm mana depa bka saving account kalau xdak dlm system??

    BalasPadam
  8. Siasat hingga root caused, direct and indirect.Tapi siapa yang nak mengaku tak buat kerja. Kerja buat tapi seperti melepas batuk ditepi tangga.

    BalasPadam
  9. I/C palsu ini kerja penyangak.......asal orang Sabah lagi konon....! Orang Sabah tulen tidak perlu i/c palsu lah ....badukang !!!

    BalasPadam
  10. akaun fb si penyangak ini telahpun ditutup. moga2 pihak berkuasa kita berjaya memberkasnya secepat mungkin

    BalasPadam
  11. aku pernah nak buka akaun ban CIMB tapi x dpt sbb cip mykad aku rosak..maknanya sistem x leh detect..tapi wak ni boleh lak buat 2 akaun bank dengan guna IC palsu yg tiada data dalam sistem JPN...apa cer ni...mana satu yg benat dan betul ni..macam masing2 nak lepas diri saja..terbongkar banyak perkara ni......Al-fatihan Norazita..ada hikmah disebalik kejadian ni...moga rohnya dicucuri rahmat amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. my husband bukak account maybank, cip mykad x leh baca tp boleh jugak bukak account.. my husband jd pelik

      Padam
    2. ada sesetengah bank yg x strict kot... my husband g bukak account maybank, cip mykad x leh baca tp boleh jugak bukak account.. pelik jugak kdg2

      Padam
    3. Boley ajer bukak Acc kalo cip Rosak.. Bankers Akan mintak secondary document mcm lesen ke bil API bil air..

      Padam
  12. mesti ade pembelot negara yg lindung indon ni.. kalau x jantan, betina..
    dia mesti masih ada di skitar klang... duit tengah byk.. bertahun dia menyorok dalam rumah pon sanggup kot.. kesan semua rakan² suspek.. termasuk betina... Tugas utk para penggodam.. godam whatsapp, facebook, line, kakaotalk semua.. detect gps.. detect gprs..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.