Terkini, Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, 3 ahli keluarga pembunuh pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, diberkas pada lewat hari Rabu lalu. Turut dirampas, wang tunai RM20,000 dipercayai sebahagian daripada hasil rompakan.
Betapa pantas dan cekap polis melaksanakan tugas mereka. Itu fakta tidak mampu disangkal.
Berapakah jumlah wang dirompak oleh suspek? Menurut maklumat disalurkan oleh pihak bank, kira-kira RM450,000.
Dalam erti kata lain, setelah merompak dan menembak mati mangsa, pembunuh itu dipercayai sempat menyerahkan RM20,000 kepada keluarganya menetap di Klang, Selangor. Saya percaya, setelah mereka disoal siasat, butiran diri lengkap pembunuh terbabit akan didedahkan kepada semua. Sejak 2 hari lalu, pastinya semua jalan keluar masuk ke negara kita samada pintu sah atau tidak, sedang dipantau secara rapi oleh pihak berkuasa.
Berikut antara maklumat disalurkan kepada saya oleh seorang daripada pembaca blog ini.
'Bro Mazidul, saya penduduk Batu 2 Jln Apas, Tawau sejak tahun 1979. Hanya ada seorang penduduk bernama ARDI berasal dari kampung kami dan bekerja sebagai mekanik. Muka pembunuh itu kami tidak pernah lihat langsung'
Amboi sempat lg bagi duit tu pd famili dia! Harap2 dptlah tgkap pembunuh nie dgn cpt.
BalasPadamPDRM cekap... tak perlu bimbang... perampok/pembunuh tu mesti kena punya!!
BalasPadamMustahil untuk pembunuh ini bergerak bebas, dengan wang sebanyak RM450K, beliau kini BANK bergerak, pastinya ramai pihak berminat, tekong bot pastinya terliur, klu pun takdirnya pembunuh nie sampai ke Indon, uang RM450K tersangat besar nilainya di sana, nyawa pembunuh ini umpama telur dihujung tanduk..
BalasPadamMazidul..saya adalah pembaca n pengunjung tetap blog anda...melihat alamat perompak/pembunuh tersebut, adalah sama dgn alamat tmpt ibubapa saya (kg saya) namun alamat kg batu 2 jalan Apas 2 luas dan terbahagi kepada beberapa bahagian...Jika melihat pada wajah dlm cctv tersebut..saya seakan pernah melihat wajah ni...namun sama dia adalah warga asing / warganegara malaysia..saya kurang pasti sebb kg kami d huni oleh org yg pelbagai etnik yg tidak ada data dlm sistem ketua kg...Nama Ardi...boleh saja d miliki oleh sesiapa...dan saya juga kurang pasti...alamat bt 2 jalan apas 2...d lorong mana..jalan mana..sebb kg tersebut luas....seandainya saya boleh membantu saya ingin sekali membantu....Alfatihah pada mangsa...
BalasPadam