Jumaat, Oktober 25, 2013

KONGSIKAN LOKASI PENGAWAL KESELAMATAN HARAM BERTUGAS DI MALAYSIA

Semalam, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, KDN membatalkan lesen syarikat PEMBEKAL pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank di Subang Jaya, Selangor.

Syarikat itu dikenali ramai, cuma KDN tidak mengumumkan nama syarikat dimaksudkan. Namun saya percaya orang awam dan kakitangan bank mengetahui perincian syarikat terbabit.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api," ujar Timbalan Ketua Setiausaha Kanan KDN, Datuk Alwi Ibrahim.

Dalam keadaan terdesak, syarikat sama kemudian mengemukakan permohonan untuk melakukan tapisan keselamatan bagi suspek, sehari selepas kejadian pembunuhan berlaku.

Pelik sungguh.

Saya berharap KDN secara telus akan mendedahkan kepada umum nama syarikat pembekal pengawal keselamatan kini menjadi suspek membunuh  itu kepada umum. Apakah mahu disembunyikan? Fakta itu pentng untuk diketahui oleh semua rakyat Malaysia kerana kehidupan kami dikelilingi oleh pengawal keselamatan.

Sila baca laporan ringkas Sinar Harian, klik di sini.


Melalui maklumat saya perolehi daripada KDN, hanya warganegara Malaysia dan rakyat Nepal lengkap memiliki permit kerja SAHAJA dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. 

Maksudnya, jika di kawasan perumahan atau di sekitar tempat kerja, pembaca mengetahui pengawal keselamatan bekerja tidak memenuhi syarat itu, ertinya mereka semua bertugas secara haram. Saya tahu, pasti ramai antara kita berpengalaman terserempak atau setiap hari melihat pengawal keselamatan warga Bangladesh, Pakistan, India atau Indonesia namun selama ini hati tidak terbuka untuk mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa. Mereka itu bekerja secara tidak sah sekaligus menyalahgunakan permit kerja serta melarikan diri daripada majikan asal. Begitulah kelazimannnya selama ini.

Bayangkan, selama ini mereka kononnya berkuasa di pintu masuk utama itu sebenarnya tidak layak berada di situ. Tanpa mengetahui undang-undang, mereka selamba meminta kita meninggalkan kad pengenalan atau lesen memandu di pos pengawal. Pos pengawal dihuni dek pengawal keselamatan haram. Orang ramai tidak mengetahui fakta, menuruti arahan itu tanpa persoalan lalu meninggalkan dokumen pengenalan diri mereka. Pengawal keselamatan sah sekalipun hanya dibenarkan mencatatkan butiram diri kita, bukan menyimpan kad pengenalan. Tidak seperti hak diperuntukkan kepada pihak berkuasa seperti polis, penguatkuasa Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara. 

Mari bersama kita dedahkan kepada KDN, lokasi pengawal keselamatan haram bertugas. Kongsikan di ruang komen entri ini. Catatkan butiran tepat agar memudahkan tugas penguatkuasa KDN melakukan Ops Cantas Pengawal Keselamatan Haram.

4 ulasan:

  1. Kebanyakan kondo menggunakan khidmat pengawal keselamatan warga asing selain nepal :(

    BalasPadam
  2. kalau dedahkan ada tindakan ker? KDN tidoq lena

    BalasPadam
  3. Mungkin big bos syarikat tersebut "org besar" Atau ternama, tu yg payah kdn nak sebut, tunggu laa ada yg di "kambing hitam" kan

    BalasPadam
  4. Usah dipolitikkan semua kes di Malaysia ni...syarikat yang terlibat adalah KAWALAN PRIMA SDN. BHD. BUKANNYA NAMA SYARIKAT SEPERTI DI HEBAHKAN....BERANI KERANA BENAR....BERANI BERUBAH

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.