Selasa, Oktober 29, 2013

APAKAH TINDAKAN PERLU DILAKUKAN JIKA TERSEREMPAK PENGAWAL KESELAMATAN WARGA ASING DI TEMPAT KERJA ATAU DI SEKITAR TEMPAT TINGGAL?

Sudah hampir seminggu kejadian kes pengawal keselamatan warga Indonesia menembak mati pegawai Ambank berlaku. Setakat ini, pembunuh itu masih lagi bebas dan diburu oleh polis.


Biarpun memiliki ratusan ribu ringgit wang tunai di tangan, penjenayah itu tetap manusia. Dia pastinya runsing, isterinya seorang daripada 3 individu diberkas oleh polis pada 23 Oktober lalu. Pasti banyak maklumat telah dikumpulkan oleh pihak berkuasa Malaysia dalam usaha gigih untuk memberkas suaminya. Tatkala dalam pelarian, pembunuh berstatus ayah itu  tentu mengenangkan nasib 3 anaknya yang masih kecil, tinggal di negara mangsa menjadi korban kekejamannya.


Barangkali setiap saat, dia terbayang-bayangkan wajah anak bongsunya, menjadi mangsa keadaan berikutan tindakan ganasnya di negara berdaulat ini. Apapun, anak itu masih lebih beruntung kerana mempunyai ibu dan ayah. Tidak seperti 2 anak mangsa bunuh, Norazita  Abu Talib, kehilangan ibu mereka kasihi buat selamanya.

Tidak dapat dinafikan, kes ini mencetuskan kesedaran di kalangan masyarakat dan pihak berkuasa di Malaysia. Betapa kita berada dalam situasi bahayanya, jika kehadiran pengawal keselamata warga asing tidak dikawal serta dipantau secara rapi.

Namun saya percaya masyarakat mampu membantu.

Apakah tindakan paling wajar perlu kita lakukan jika masih terserempak pengawal warga asing di tempat kerja atau di sekitar kawasan tempat kita tinggal?

1. Tanya pengawal itu, di manakah negara asalnya? Jika dia BUKAN berasal dari Nepal,  pengawal keselamatan itu ternyata bekerja secara haram dan melanggar undang-undang.

2. Hubungi nombor telefon kecemasan, '999' dan minta pihak pengendali talian untuk menghantarkan kereta peronda polis ke lokasi.

3. Jika ditanya, kes apa? Nyatakan secara jelas, terdapat pengawal keselamatan bukan warganegara Malaysia atau Nepal di kawasan berhampiran. 

"Mengikut surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, KDN, pengawal keselamatan ini bertugas secara haram sekaligus melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana dia bukan warganegara Malaysia atau Nepal. Justeru sebagai rakyat Malaysia yang sah, saya mohon dia ditangkap".

Itu ayat paling sesuai untuk diungkapkan.

Pihak polis akan bergegas ke lokasi kejadian dan melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi. 

Saya pernah melaksanakan saranan ini, klik di sini.

Jika pengawal keselamatan disyaki bertugas secara tidak sah mendakwa warga Indonesia berstatus penduduk tetap, dia juga tidak layak bekerja sebagai pengawal keselamatan kerana bukan warganegara Malaysia.

Itu undang-undang dan bukan bersifat selective.

"Saya berasal dari Sabah/Sarawak"

Jika itu dakwaannya, secara hormat minta dia memaklumkan, siapakah Perdana Menteri Malaysia pertama?

Semua rakyat Malaysia lazimnya tahu nama Tunku Abdul Rahman. Jika dia masih lagi terpinga-pinga, suruh dia menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku.

Kalau kantoi, kita tahu siapakah dia sebenarnya.

Sila sebarkan informasi ini.


6 ulasan:

  1. Tuan...saya percaya ramai yang x berani nak buat tindakan mcm ni...

    BalasPadam
  2. dah lama keadaan ini berlaku tapi tak siapa ambil peduli hingga jadi kes begini,pergi mana pun baik dari jb hingga ke kl byk kot warga asing,bekas banduan,penagih dadah,nepal lari kilang terus masuk guard,bangla indon Pakistan tu dah biasa dah kalau Pakistan siang jual aiskrim mlm tido keje guard.......saya 7 tahun bertugas sebagai pegawai keselamatan dan inhouse amat kesal kepada syarikat keselamatan yang sengaja dan ambil lewa tentang undang2 yang menyebabkan org seperti kami tak nak kerja lagi si sector ini.syarikat keselamatan lebih berminat kepada orang bodoh,tak berpendidikan dan org seperti diatas kerana bler jimat kos.bila ambil pekerja tempatan tak dibayar betul,epf tak potong,socso pun tak de (tapi kerja bahagian keselamatan) harap kerajaan kesian org 2 tempatan yang masih boleh bekerja dan bertindak keras terhadap persatuan dan company 2 yang setakat ambil pekerja macam agen Singapore.....sedih2......

    BalasPadam
  3. Insyaallah akan dibuat...ambil iktibar dr kes ari tu...ckp cara baek je...tp klu jumpa si ardi tu...tk tau la nk ckp apa...insyallah dpt yg terbaek dr saya....

    BalasPadam
  4. Salam Tuan, Perseolannya kini pembunuh ini bukan sekadar Pengawal Keselamatan tetapi Pengawal Keselamatan Bersenjata. Bagaimana seorang asing mempunyai IC palsu boleh mendapatkan lesen membawa senjata? Apakah prosedur tapisan pihak berkenaan kelulusan lesen ini amat lemah hingga perkara ini boleh terlepas? atau sekiranya tanpa lesen senjata bagaimana pihak bank dan syarikat keselamatan boleh membiarkan orang seperti ini bekerja membawa senjata? Berapa ramai lagi Pengawal asing bersenjata (bakal penjenayah yang tidah kisah idenditi mereka di kesan) seperti ini berada di luar sana? Selamat kah kita berurusan dengan pihak bank lag??? Tuan Mazidul tolong highlight perkara ini

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.