Khamis, Oktober 24, 2013

NORAZITA TIDAK PERLU DITEMBAK


Pada hemat saya, pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor,  Norazita Abu Talib, 37 tahun, tidak perlu ditembak. Jika sekadar ingin merompak wang di dalam peti besi bilik kebal, pengawal keselamatan bank kini berstatus perompak hanya perlu mengacukan senjata pump gun digunakan ke arah beberapa kakitangan di sekitar, ambil wang dan kemudian beredar dengan segera.

Dilaporkan, ketika kejadian singkat itu berlaku, mangsa tidak melawan.



Semua wang disimpan di dalam peti besi itu diinsurankan. Sebagai pekerja bank lebih 16 tahun, mangsa tentunya arif, lebih baik membiarkan wang itu dirompak berbanding mempertaruhkan nyawa sendiri. Barangkali ibu kepada 2 anak itu  tidak mempunyai pilihan kerana dia ditembak pada jarak dekat mengakibatkan kepala kirinya bersepai.


Saya percaya, suspek, Ardi Hamza, 37 tahun, berasal dari Tawau, Sabah, tidak merancang rompakan itu secara teliti. Dia hanya sempat mengaut sejumlah daripada wang di dalam peti besi dan memasukkan wang terbabit ke dalam beg sandang dipakainya. 

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Rahim Jaafar, Ardi didapati memiliki kad pengenalan palsu.

Malam tadi tersebar berita, dia berjaya diberkas di LCCT namun berita itu belum disahkan oleh pihak polis. 

Takziah kepada keluarga mangsa.


Klik di sini


18 ulasan:

  1. Takziah buat keluarga mangsa. Semoga penjenayah tersebut di berkas dan di jatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

    BalasPadam
  2. Zalim sgt!!!!
    Sedih sgt tgk. Takziah buat keluarga arwah, Al Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin

    BalasPadam
  3. takziah buat keluarga arwah.. kami pasti pihak polis berjaya memberkas penjenayah yg tidak berhati perut itu..

    BalasPadam
  4. Takziah buat keluarga arwah... semoga perompak terbabit mati ditembak polis...insyaAllah...

    BalasPadam
  5. Takziah buat keluarga arwah.. kami pasti pihak polis dapat memberkas penjenayah yang tidak berhati perut itu.

    BalasPadam
  6. Harap perompak tu dpt ditangkap hidup2. Tanya dia mana dpt kad pengenalan palsu tu. Bagi hukuman mati kepada sesiapa yg terlibat supaya perkara sedemikian dpt dielakkan drpd berulang.

    BalasPadam
  7. Inalillahiwainnailaihirajiun.. saya sebagai ibu kepada 2 anak sedih membaca berita ini. Betapa kejamnya perompak ni. Tak cukup dengan mengambil wang, nyawa insan yang tak bersalah pun diambilnya.
    Semoga penjenayah ni mendapat hukuman yg setimpan, di dunia dan di akhirat.

    BalasPadam
  8. Suami hilang kekasih..anak2 hilang dakapan hangat seorg ibu..betapa peritnya dugaan mereka..

    Tangan ibu yg mengusap rmbut mereka, lesap sekelip mata..cinta indah seorang isteri, teragut..siapa sgka..mgkin waktu kjadian si suami sedang menunggu diluar bank utk mbawa cinta hatinya pulang kerumah..namun hanya jenazah yg mmpu dipulangkn ke tanah..Ya Allah..Kau tempatknlh arwah dikalangan yg terpilih..disisi Mu..amin...

    BalasPadam
  9. Sedih... Al-Fatihah buat arwah. Moga Allah permudahkan perjalanan arwah di sana juga Allah beri kekuatan kepada suami, anak2 serta kaum keluarga untuk menerima dugaan yang hebat ini.

    Zaman sekarang kerja apa pun terdedah kepada risiko.

    BalasPadam
  10. Sedih..itu je ke?..apa perlu di buat..mainkan peranan anda..mungkin sedikit saja tapi besar ertinya kepada mereka..kalau manager bank itu buatlah sesuatu..pikirkanlah..kalau owner security itu buatlah sesuatu..jgn biarkan org awam berfikir negatif tentang anda semua..dah berlalu jadi iktibar..kpd ahli keluarga yang terlibat sabar dan bersyukur dgn ujian ini sebab org tidak beriman tidak akan diuji..Ujian anda hebat..hanya untuk org hebat seperti anda..semoga tabah..

    BalasPadam
  11. kesian dia.kalau tengok pada video tu, dia xperasan pun perompak tu.tiba2 je kena tembak..alfatihah untuk dia.

    BalasPadam
  12. Syarikat yang mengaji pengawal keselamatan mestilah buat semakan dengan JPN. bukan main ambil jer.... Menteri KDN yang baru boleh bertindak...

    BalasPadam
  13. arwah satu batch sekolah dulu, tp dia hanya sampai form 3 sahaja...

    BalasPadam
  14. hanya 2 orang officer ke bilik kebal..patut 3 orang g kan...cash officer, branch operation manager and 1 mana2 senior officer.

    BalasPadam
  15. kerajaan kena pantau sekarang dah banyak pengawal keselamatan warga asing,x de tauliah untuk menggunakan senjata,

    BalasPadam
  16. suspek mmg berasal sari sulawesi. ada keluhan dari rakannya yg menyatakan kesal dengan perbuatan suspek

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.