Khamis, Oktober 31, 2013

PENGAWAL KESELAMATAN BERPISTOL MEROMPAK KEDAI EMAS

Barangkali dia sudah bosan melihat transaksi penjualan emas berharga mahal setiap hari kepada pelanggan, di lokasi dia ditugaskan menjaga keselamatan premis dan pekerja. Dia kemudian membuat keputusan merompak sedulang emas dianggarkan bernialai RM100,000 menggunakan senjata api.

Senjata api sepatutnya digunakan oleh pengawal keselamatan itu untuk memastikan kedai emas dijaga tidak digugat keselamatan oleh penjenayah.

Kejadian berlaku di Setapak, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 10 pagi tadi. Lebih menarik, akhbar The Star memaparkan berita, pengawal keselamatan itu didakwa berasal dari Sabah tetapi memiliki Mykad PALSU.

Lagi?

Jika perompak itu memiliki dokumen palsu, bagaimanakah dia diberikan akes menggunakan pistol oleh majikannya?

Klik di sini.


Mungkinkah pengawal keselamatan terbabit belajar dari kes terdahulu? Rompakan Ambank oleh pengawal keselamatan lain sehingga mengakibatkan kematian pegawai operasi bertugas, Norazita Abu Talib.

Andai kes seperti ini berlaku secara berterusan, pasti akan membimbangkan masyarakat. Khuatir jika pengawal keselamatan di sekeliling kita tidak menjamin keselamatan malah menjadi ancaman kepada kesejahteraan diri.

Baca laporan akhbar Harian Metro, klik di sini.

Saya tertarik dengan laporan berita di bawah mendedahkan nama syarikat, majikan kepada pengawal keselamatan bertukar penjenayah.


Siapakah orang kuat di sebalik syarikat itu? Klik di sini.

Apabila lesen syarikat beroperasi dibatalkan oleh KDN,  pasti ramai pengawal keselamatan kini menjadi penganggur.



Datuk Zahid berkata, semua operasi syarikat Kawalan Prima Sdn. Bhd kini tidak sah dan senjata api milik syarikat terbabit telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Klik di sini.

5 ulasan:

  1. Dedah sebelum semakin parah ... lemahkah penguatkuasaan dan pemantauan? apa respon kerajaan terhadap pendedahan saudara beberapa tahun lalu?

    BalasPadam
  2. Tuhan nak tunjukkan kepada pemimpin dan rakyat bahawa memang negara Malaysia dalam masalah. Tapi dinafikan oleh pemimpin pemimpin yang korup

    BalasPadam
  3. aduh semua mengaku dari sabah. parah. slanga pun berbeza.senang2 mengaku org sabah.

    BalasPadam
  4. Dari sumber berita harian hari ini, syarikat haprak bekerja adalah nico security base kt s. alam..cepat pulak sebar nama syarikat dlm media arus perdana mgkin backup xkuat kot:-p haprak nie br bekerja di tomei sebulan tp dh 2 bulan di nico security..namun sekurang2 6 bulan bekerja di syarikat security plus 2-3 bulan proses permohonan br leh dpt lesen senjata..kenape br 2 bulan dh boleh pgg senjata? (6 bulan untuk syarikat sama, kalu tukar syarikat, jd kosong balik) kalu syarikat nie bersalah, revoke jgk lesen company nie..haprak nie ic sabah tp betul ke? Kot kena org indon lg..

    BalasPadam
  5. bukan dari syarikat amour security ke, dipercayai warga filipina (dh kena tangkap).. adakah KDN batalkan juga lesen syarikat tersebut?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.