"Mana awak punya rumah?," soal pengawal keselamatan sewaktu saya memasuki kawasan perumahan di SS2, Petaling Jaya, Selangor.
Wajahnya garang, tanpa senyuman namun penampilan sebegitu gagal menakutkan saya.
"Sebab apa pula saya kena bagi tahu di mana saya punya rumah?," soal saya kembali.
"Saya sini punya security guard," balasnya.
Daripada loghat percakapannya, sudah cukup memberikan saya maklumat berhubung identiti warga asing itu.
"Awak Bangladesh punya orang?," tanya saya dengan nada serius.
"Ya," jawabnya.
"Ok. Ini Malaysia punya undang-undang cakap, Bangadesh punya orang tidak boleh bekerja menjadi security guard, faham? Kalau sekarang, saya panggil polis, polis boleh tangkap awak, betul? Kalau polis boleh tangkap awak, sebab apa mahu tanya saya punya rumah di mana? Awak siapa?," soal saya.
"Betul," balasnya.
Tiada lagi saya lihat warga garang dipamerkan pada awalnya.
Tidak pernah pula saya mendengar nama syarikat Security Services. Jika itu nama syarikat, pasti tidak terkenal berbanding nama syarikat pembunuh di bawah, pernah berkhidmat selama kira-kira setahun.
"Sekarang awak cerita dari awal, bila datang ke Malaysia? Dulu kerja apa? Kemudian kerja apa? Bagaimakah awak boleh bekerja manjadi security guard di sini," pinta saya.
Mujur dia tidak langsung membantah.
"Saya tahun 2008, Malaysia mari, kerja itu construction sana Kuala Lumpur. Saya punya kaki itu kayu ada jatuh, sudah sakit. Sana kerja 3 tahun, Johor Bahru pergi, kerja itu electronic factory, 2 tahun tetapi saya kaki lagi sakit. Saya punya kawan, Nepal mari, cakap, ada itu kerja senang. Jadi security guard tapi gaji banyak murah. Satu ribu satu ratus satu bulan. Satu ratus bayar itu sewa rumah," jelasnya.
Lelaki Nepal, bekas pekerja kilang itu juga menurutnya kini turut bertugas sebagai pengawal keselamatan bersamanya.
"Awak punya permit kerja, (dalam bidang) construction? Boleh kerja security guard ke?," soal saya kepada ayah 3 anak itu.
"Tidak," jawabnya ringkas.
Benar, kerana dia menyalahgunakan permit dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sekaligus melanggar Akta Imgresen 1959/63 sejak 3 bulan lalu.
Tatkala saya asyik menemu bual pengawal haram berasal dari bandar kecil, 700 kilometer dari Dhaka itu, melintas seorang gadis remaja. Bayangkan penduduk setempat mungkin tidak langsung mengetahui identiti pengawal haram itu kerana mereka hanya melihat lelaki berseragam dimomokkan bertugas menjaga keselamatan harta benda mereka. Dia bebas bergerak di kawasan penempatan itu, siang dan malam. Walhal dia berkebarangkalian menggugat keselamatan anak gadis seperti itu dan kemudian memboloskan diri. Jika dia merompak rumah mewah kononnya 'dijaga', pihak berkuasa bakal sukar mengenal pasti identitinya yang sebenar.
"Berapa ramai lagi, kawan awak kerja security guard (haram) di sini?," tanya saya tenang.
"Semua ada 7 orang, siang 3 orang jaga, malam 4 orang," jelasnya.
Selesai mengumpulkan maklumat terperinci, saya kemudian menghubungi Ketua Balai Polis Seapark, Inspektor Gunam Resul Gunam Mohamad dan memohon pemeriksaan dilaksanakan dengan kadar segera terhadap semua pengawal keselamatan bertugas di kawasan perumahan itu.
Amat bermakna bagi rakyat Malaysia apabila pihak kerajaan mengambil tindakan tegas.
BalasPadamUtk pengetahuan Bro...kelemahan ini berpunca dari sikap sambil lewa semua pihak...
BalasPadampihak syarikat keselamatan ingin meraih untung yg lebih dengan itu pihak syarikat keselamatan memilih bangladesh...pakistan...indonesia bg mengantikan tenaga tempatan dan pengawal dari nepal...
Pihak pelanggan pula...suka tangkap muat aje...janji murah....indon ke bangla ke janji ada pengawal...
Pihak berkuasa pula...selagi pengawal indon...bangla...pakistan ni membayar perlindungan cukup bulan....selagi tu la dilindungi.....cuba perhatikan...bila cukup bulan pihak berkuasa pasti menghampiri pendatang untuk collect...tempat mesti gelap....
Pihak Kementerian pula... suka kuatkuasa undang2 aje...tapi pemantauan dibuat dari bilik berhawa-dingin...perhatikan di sekolah...kompleks kerajaan...hospital....kriteria penganugerahan kontrak ke atas syarikat keselamatan bagaimana...semuanya di buat mengikut kadar harga yang murah sahaja tanpa membuat pemeriksaan pada syarikat yg akan di anugerahkan...
Pihak KDN....kelulusan Lesen Kawalan Keselamatan ni dah terlalu berlambak...cukup2la ....byk pihak FRANCHAISKAN LESEN MEREKA...mana pemantauan...bila berlaku malapetaka....pihak KDN akan senaraikan segala kesalahan syarikat tersebut...klu tiada kes...PEJAM MATA....
Utk pengetahuan...bermula 2014...gaji pengawal keselamatan agak lumayan...jika masih tiada lg pemantauan dari pihak berkuasa....sektor kawalan keselamatan pasti di banjiri indon....myanmar...bangla...pakistan....nigeria...janji pihak berkuasa boleh di kaburi oleh WANG.....
terbaik ulasan tuan
BalasPadam"bila cukup bulan pihak berkuasa pasti menghampiri pendatang untuk collect...tempat mesti gelap...."
BalasPadamaku kurang faham la...
apa itu "gelap terang.. gelap terang.."
mohon pencerahan...
xmau la kasi gelap.. kasi terang la !!
Tempat tersorok..cth tepi banggunan...pasti 2-3 biji moto pak polisi berhenti sedang menemuramah para pendatang....takkan buat sekatan HALAL dalam gelap....
Padamwayang box office:-
BalasPadamhttp://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/kawalan-prima-licence-revoked-but-operating-as-usual
salam macam mn sy nak report sekiranya sy dapati guard di kawasan rumah sy ni tidak ikhtiraf dan salah mengikut undang2..
BalasPadam