Jumaat, Oktober 18, 2013

APAKAH ANTARA KEUNIKAN LELAKI THAILAND INI?


Makan ikan talapia black pepper di Restoran 105 di Bangkok, Thailand.


Selepas membuat liputan kisah 5 pengayuh basikal warganegara Malaysia bersama rakan rakyat Thailand. Kayuhan bermula dari Koffee Bike Cafe'. 


Satu satunya pengayuh basikal wanita Malaysia,Suryiati Tampit berasal dari Bentong, Pahang tatkala liputan dibuat. 


Lelaki Thailand di bawah, Narodom Akrapitak, 39 tahun, memiliki keunikan tersendiri.


Dia mempunyai 40 basikal pelbagai jenis dan jenama dengan harga mencecah RM15,000 sebuah.


Temui pemilik kilang pengeluar sos dan tangkal ini kelak di siaran program Malaysia Hari Ini.

BIAR P. KAMALANATHAN MENJAWAB SOALAN SARAVANAN MENGENAI KEGIATAN KORBAN DI SEKOLAH

Saya masih ingat, sebaik kes Sekolah Kebangsaaan Seri Pristana, Sungai Buloh didakwa menyediakan bilik air sekolah, sebagai kantin sementara, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanatghan bingkas mengeluarkan kenyataan.

Dengan kadar segera Kamalanathan kemduian mengeluarkan arahan supaya  operasi bilik air bersih, bukan tandas terbabit ditutup. Akhirnya kes itu didedahkan dan tiada isu sebenarnya.  

Kini tersebar rakaman audio di Youtube mengenai seorang individu menggelar dirinya Saravanan menempelak Guru Besar sekolah kerana menganjurkan aktiviti  korban di sekolah.



Saya menerima salinan pekeliling di bawah dihantar oleh rakan facebook namun tulisan dokumen tidak berapa jelas.


Tentunya sebagai Timbalan Menteri, Kamalanathan tanpa sebarang masalah berhak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes ini.


Khamis, Oktober 17, 2013

JINAK JINAK BURUNG MERPATI DI BANGKOK

Hari ini agak memenatkan bagi saya, jurukamera, Rohaizat Roslan serta Azahar Yusop. Kami bersama menyusuri Sungai Chao Praya di Bangkok, Thailand.

Di bawah bot kami naik dengan menggunakan pas sehari dengan harga 150 Baht. Setiap penumpang membeli pas terbabit berpeluang menyusuri Sungai Chao Praya di antara jam 9.30 pagi dan 10 malam.




Kisah perjalanan kami, In Sha Allah bakal saya kongsikan bersama semua di Majalah 3 kelak. Kira-kira 1 jam 20 minit perjalanan memudik sungai, kami berhenti di satu daripada 16 jeti disediakan.


Azahar dan Rohaizat, biarpun penat kelihatan ceria tatkala terlihat sekumpulan burung merpati berterbangan.

 

Untuk menarik perhatian, Azahar membeli sebungkus makanan  bijian dengan harga 10 Baht dan kemudian diberikan kepada ratusan burung kelaparan.




Benarlah pepatah orang tua, jinak jinak burung merpati. Bila terlalu hampir, terbang melarikan diri. 

Berikut buktinya. 



Azahar masih lagi bujang, berusia 34 tahun, anak kelahiran Melaka. Barangkali dalam kejadian itu, dia mempelajari fakta mengenai kehidupan. Gadis juga kekadang bersikap seperti burung merpati. Setiap pertemuan, belum tentu dua manusia itu mampu disatukan.

Melihat kekecewaan ditempuh oleh dua kru terbabit, saya mencuba nasib. Sebaik bijian saya genggam ditaburkan, burung merpati mula terbang  merapati.


Beberapa ekor burung kemudian hinggap di tangan saya tanpa dipanggil.



Begitulah rezeki manusia.  Tidak mengapa Azahar, kita harus berlajar menerima kekecewaan dalam hidup ini. Mungkin kekecewaan itu hanya bersifat sementara sahaja.


Kira-kira jam 3 petang, kru Majalah 3 menaiki bot lebih kecil untuk menyusuri parit besar di Bangkok. Kami ditemani kakitangan kerajaan bertugas di ibu negara Thailand.


Lihat betapa beraninya wanita di bawah melompat masuk ke dalam bot.


Hebatkan?

Tambang menaiki bot itu hanya 20 Baht seorang, kira-kira RM2 sahaja.  Dari kiri, Timbalan Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Wizani Rosmin, 36 tahun, saya dan anak kelahiran Batu Pahat, Johor, Mohd Hamzah Jupri.


"Majoriti penumpang menggunakan perkhidmatan bot untuk pergi dan pulang bekerja. Keselesaan perkara kedua bagi mereka,"  ujar Wizani.


Lebih pelik, lelaki pengutip tambang hanya bertugas sebaik bot bergerak.

"Hairan, mengapakah dia tidak mengutip wang bayaran tambang sebelum semua penumpang menaiki bot?," soal Wizani.


Tentunya saya tidak mempunyai jawaban kepada soalan dilontarkan oleh anak kelahiran Muar, Johor itu. Saya perhatikan, lelaki bertopi keledar itu cekap meniti di ruang sempit di tepi bot sambil mengutip tambang daripada penumpang naik.


Barangkali dia percaya, jika terjatuh ke dalam parit mengalirkan air hitam pekat, kepalanya akan tetap terselamat.


Selasa, Oktober 15, 2013

DI INDONESIA SUSPEK PENAGIH DADAH BOLEH DITEMBAK


Mengikut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di antara tahun 2009 dan Ogos 2013, 114 penjenayah warga tempatan ditembak mati. Paling ramai, penjenayah berbangsa Melayu, 56 orang, diikuti India, 41, Cina 23 serta warga Sabah serta Sarawak, 4 orang.

Apabila berlaku kes penjenayah warga Indonesia maut ditembak oleh polis Malaysia, maka kedengaran bunyi salakan dari negara seberang. Tohmahan kemudian dilontarkan kononnya, polis kita bersifat trigger-happy, taksub menggunakan senjata api, memuntahkan peluru untuk menembak mati rakyat Indonesia. 

Lebih 10 tahun lalu, saya berada di Jakarta, melaksanakan tugasan awal sebelum program 999 disiarkan buat pertama kali. Saya dan jurukamera diberikan peluang membuat liputan  kes jenayah di negara jiran bersama ramai kru televisyen, TV tempatan. Hampir setiap malam, kami berkumpul di Blok H sambil menunggu kes jenayah berlaku. Tatkala itu, saya bekerjasama beberapa wartawan membikin liputan kes  jenayah dari stesyen TV, Indosiar. Hampir setiap hari, saya hanya tidur kira-kira 2 jam sahaja. Selebih masa dalam tempoh 24 jam didedikasikan untuk berada di sekitar pejabat Indosiar, bersiap sedia untuk bergegas ke pelusuk Jakarta untuk merakamkan berita jenayah.

"Di sini, perompak menunggu korban (mangsa) di luar bank. Sebaik korban keluar dari bank bersama wang dikeluarkan, tersangka (suspek) datang menghampiri mereka, mencederakan muka menggunakan senjata tajam dan kemudian memboloskan diri," ujar rakan wartawan, Don.

Saya difahamkan, gaji bulanan wartawan penyiaran di Indonesia pada waktu itu hanya sekitar RM700 sahaja namun tuntutan kerja mereka amat mencabar. 

"Pengguna narkoba (dadah) di sini bisa ditembak tetapi sasarannya harus dari pinggang ke bawah sahaja," tambah Don.

Di Malaysia, polis dilarang untuk menembak penagih dadah sesuka hati. Hanya jika nyawa pegawai atau anggota bak telur di hujung tanduk barulah penggunaan senjata api dibenarkan. 

Polis Indonesia melaksanakan gerak kerja berbeza. Justeru tidak hairan jika di TV Indonesia, kita berpeluang menonton visual  penagih dadah berjalan terhingkut-hingkut dengan betis atau paha berlubang dan berdarah bergerak ke kenderaan polis sebaik tamat operasi membanteras penyalahgunaan dadah.

"Tersangka telah dilumpuh (ditembak) menggunakan besi panas (peluru)," lapor wartawan mereka.

Di Malaysia, jika polis menembak penagih dadah sewenang-wenangnya, mereka mengundang bahana. Tersilap langkah, pegawai atau anggota terbabit ditahan, disiasat, dibicara dan kemudian dihukum. 

Sewaktu membuat liputan di Jakarta pada Mac 2010, saya masih ingat kejadian terserempak dengan 'Shila', seorang daripada bapok berkeliaran bebas di Taman Lawang. Di jalan sehala di tengah ibu negara Indonesia itu, tanpa segan silu Shila mempamerkan buah dada  palsunya. Setiap pemandu dan penumpang kenderaan melalui jalan terbabit berpeluang menonton persembahan istimewa. Sebaik wang dihulurkan, dia menari di ruang hadapan kenderaaan dan sesekali datang menghampiri, menggesel-geselkan buah dadanya ke tangan penumpang di letakkan di cermin tingkap.


Klik di sini untuk membaca satu daripada kisah amat sukar untuk dilupakan. Selain daripada penjenayah, bapok dari negara jiran juga didapati berkunjung ke Malaysia untuk mencari makan.


Baca kisah mereka, saya rakamkan sebelum ini.

Klik di sini.


Isnin, Oktober 14, 2013

JANGAN TUNGGU LAGI


YBBM 2 DISEMPURNAKAN

Alhamdulillah, Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul, YBBM 2  berlangsung secara lancar semalam di antara jam 9 pagi dan 5 petang di Kelab Gold Seri Selangor, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sekalung penghargaan khususnya kepada Jabatan Perdana Menteri di atas kesudian menghantar majoriti peserta ke Bengkel YBBM. 


Banyak lagi gambar dirakamkan, sila klik di sini.

Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat saya, Mohd Farid Hamzah dan Shah Clunk kerana sudi membantu.


Bengkel  ( separuh hari)  YBBM 3 bakal berlangsung di lokasi sama, pada 3 November 2013 dengan kadar yuran ISTIMEWA.

Hanya RM299 sahaja dan dibuka kepada 50 peserta. Sila hubungi Mohd Farid di talian 017 605 2290 atau WhatsApp 019 390 2899.


Sekalung penghargaan dirakamkan kepada Rozana Muaz Haqeem kerana sudi menaja kek buah buahan untuk semua peserta Bengkel YBBM

Untuk menikmati  pelbagai jenis kek enak disediakan oleh Rozana, sila hubungi 019 276 7454 dan klik di sini. 


Sabtu, Oktober 12, 2013

JAMIL KHIR BAHAROM KATA AMBIL TINDAKAN TETAPI KERAJAAN NEGERI MASIH BUTA HATI


Itu kata menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Manakala Jabatan Agama Islam Kedah mendakwa tidak mempunyai kuasa untuk memberhentikan kes perhambaan kanak kanak berlaku di Pusat Tahfiz Amal, Yan, KEDAH.

Kelihatan berlaku PERCANGGAHAN di situ.

Pemimpin tidak buta hati dan jiwa pasti dapat melihat kezaliman sesama manusia dan seharusnya bertindak.

Usah sesekali gentar dengan kuasa manusia kerana kalian akan dihisab tatkala di Padang Mahsyar kelak. Setakat manusia boleh dikelirukan, bukan Allah.

Saya akan terus mendedahkan fakta sebenar.