
Urusan pernikahan seharusnya dipermudahkan.
Apapun di Malaysia pasangan ingin bernikah wajib menjalani kursus nikah kahwin diselenggarakan Jabatan Agama Islam atau syarikat swasta, membuat pengesahan status perkahwinan lelaki dan perempuan, mengatur janjitemu dengan kadi dan kemudian baharulah upacara pernikahan disempurnakan.
Keseluruhan proses memakan masa lama, lebih 24 jam. Itu pun andai pernikahan pasangan direstui keluarga kedua belah pihak dan lelaki bernikah kali pertama.
Bagaimana andai timbul masalah?
“Tahun 1994, saya bawa kawan baik, umur 23, kerja bar tender dengan girlfriend dia, 19 tahun, mengandung 2 bulan, nikah di Thailand,” ujar 'Azman', 34 tahun.
Ketika itu mereka semua bekerja di Pulau Langkawi, Kedah.
“Dari Langkawi, kami naik 2 kereta ke Padang Besar tanpa passport (baca: dulu senang, sekarang susah) terus masuk ke Thailand, pergi Masjid Songkhla,” sambungnya.
Azman dan rakan mendapatkan bantuan lelaki dikenali sebagai ‘Abang’ di Kuala Perlis untuk menguruskan pernikahan terbabit.
“Sampai di masjid. ‘abang’ berbincang dengan iman lebih kurang setengah jam. Mas kahwin masa itu, RM22 dan bawa sebentuk cincin. Cukup semua rukun dan syarat, kawan saya dinikahkan imam, sijil nikah dapat on the spot,” jelasnya.
“Kemudian?,” soal saya.
“Lepas nikah kita orang masuk balik ke Langkawi dan terus pergi ke Jabatan Agama Islam Langkawi. Report pernikahan, kakitangan jabatan interview pasangan dan kemudian sahkan surat nikah dia orang,” jawabnya.
“Kalau congak congak, berapa kos semua?,” tanya saya lagi.
“Duit minyak kereta, makan untuk 7 orang, mas kahwin, upah imam dan saksi, less than RM500,” katanya yakin.
Satu daripada laman web menawarkan perkhidmatan menguruskan pernikahan di Thailand boleh dibaca
di sini.
Apapun kepada pasangan bercadang untuk bernikah di Thailand (baca: ramai rasanya), berhati-hati kerana dilaporkan banyak sindiket menangguk di air keruh, butirannya
di sini.
Baik, berikut berita terkini dilaporkan Harian Metro hari ini.
7 pasangan siswa siswi bernikah di institusi pengajian tinggi awam. Pasangan dilaporkan pelajar, juru nikah dan saksi juga pelajar.
Macam macam, kan?
Bukan tujuan utama saya menggalakkan lelaki Malaysia bernikah di Thailand, cuma sekadar berkongsi maklumat dengan semua pembaca (baca: Hu! Hu!).
Lelaki (baca: BUKAN semua lelaki), bila hati sudah terpaut dan hendak bernikah, di mana sekalipun mereka akan menyempurnakan hajat biarpun dihalang pelbagai pihak(baca: termasuk isteri tua).
Teringat lagu 'Madu Tiga', nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, 'Bila dua dua merajuk .. Ana kahwin tiga!'
Gambar 'Azman' ketika ditemubual di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor