Jumaat, Februari 19, 2010

Di Kelantan Mungkin Tiada

Utusan Malaysia memaparkan kes polis Kampar, Perak menyerbu premis perjudian.

65 mesin judi dirampas, 39 lelaki ditahan termasuk pengusaha pusat perjudian terbabit. Turut dirampas, 4,821 token dan wang tunai berjumlah RM2,858.

Seperti biasa, 36 pelanggan dibebaskan selepas kenyataan mereka dirakamkan (baca: polis tiada kuasa untuk menahan reman). Manakala 3 pekerja dan pemilik premis berusia di antara 19 dan 74 tahun direman 5 hari.

Hemat saya, jika itu dianggap kejayaan, setiap minit polis di Malaysia ini mampu menempa kejayaan sama.

Ya! Setiap minit, I mean it.

Cuma barangkali mereka tidak sanggup untuk mengangkut puluhan mesin (baca: komputer meja) ke atas lori. Mungkin juga pegawai penyiasat terpaksa dibebani tugas membuka terlalu banyak kertas siasatan. Mahkamah juga pada masa sama terpaksa membicarakan ribuan kes setiap hari.

Begitulah ‘hebat’ nya kegiatan perjudian elektronik di negara kita. Cakap sahaja samada di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Sarawak. Orang pekak dan bisu mampu tahu lokasi premis beroperasi.

Cuma di Kelantan mungkin tiada.

Mungkin.

 

Ana kahwin Tiga

Urusan pernikahan seharusnya dipermudahkan.

Apapun di Malaysia pasangan ingin bernikah wajib menjalani kursus nikah kahwin diselenggarakan Jabatan Agama Islam atau syarikat swasta, membuat pengesahan status perkahwinan lelaki dan perempuan, mengatur janjitemu dengan kadi dan kemudian baharulah upacara pernikahan disempurnakan.

Keseluruhan proses memakan masa lama, lebih 24 jam. Itu pun andai pernikahan pasangan direstui keluarga kedua belah pihak dan lelaki bernikah kali pertama.

Bagaimana andai timbul masalah?

“Tahun 1994, saya bawa kawan baik, umur 23, kerja bar tender dengan girlfriend dia, 19 tahun, mengandung 2 bulan, nikah di Thailand,” ujar 'Azman', 34 tahun.

Ketika itu mereka semua bekerja di Pulau Langkawi, Kedah.

“Dari Langkawi, kami naik 2 kereta ke Padang Besar tanpa passport (baca: dulu senang, sekarang susah) terus masuk ke Thailand, pergi Masjid Songkhla,” sambungnya.

Azman dan rakan mendapatkan bantuan lelaki dikenali sebagai ‘Abang’ di Kuala Perlis untuk menguruskan pernikahan terbabit.

“Sampai di masjid. ‘abang’ berbincang dengan iman lebih kurang setengah jam. Mas kahwin masa itu, RM22 dan bawa sebentuk cincin. Cukup semua rukun dan syarat, kawan saya dinikahkan imam, sijil nikah dapat on the spot,” jelasnya.

“Kemudian?,” soal saya.

“Lepas nikah kita orang masuk balik ke Langkawi dan terus pergi ke Jabatan Agama Islam Langkawi. Report pernikahan, kakitangan jabatan interview pasangan dan kemudian sahkan surat nikah dia orang,” jawabnya.

“Kalau congak congak, berapa kos semua?,” tanya saya lagi.

“Duit minyak kereta, makan untuk 7 orang, mas kahwin, upah imam dan saksi, less than RM500,” katanya yakin.

Satu daripada laman web menawarkan perkhidmatan menguruskan pernikahan di Thailand boleh dibaca di sini.

Apapun kepada pasangan bercadang untuk bernikah di Thailand (baca: ramai rasanya), berhati-hati kerana dilaporkan banyak sindiket menangguk di air keruh, butirannya di sini.

Baik, berikut berita terkini dilaporkan Harian Metro hari ini.

7 pasangan siswa siswi bernikah di institusi pengajian tinggi awam. Pasangan dilaporkan pelajar, juru nikah dan saksi juga pelajar.

Baca perinciannya di sini.

Macam macam, kan?

Bukan tujuan utama saya menggalakkan lelaki Malaysia bernikah di Thailand, cuma sekadar berkongsi maklumat dengan semua pembaca (baca: Hu! Hu!).

Lelaki (baca: BUKAN semua lelaki), bila hati sudah terpaut dan hendak bernikah, di mana sekalipun mereka akan menyempurnakan hajat biarpun dihalang pelbagai pihak(baca: termasuk isteri tua).

Teringat lagu 'Madu Tiga', nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, 'Bila dua dua merajuk .. Ana kahwin tiga!'

Gambar 'Azman' ketika ditemubual di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

Lumrah Harus Diubah

Lihat kejadian di sekeliling kita.

Sepanjang berkawan, bersahabat, bercinta dan berumahtangga, banyak kejadian pahit manis dilalui 2 insan.

Namun sebaik pertelingkahan berlaku, kerapkali hanya perlakuan dan kenangan buruk menerjah jiwa dipertikaikan keduanya.

Seolah-olah peristiwa manis langsung tidak pernah tercipta di antara mereka.

Itu lumrah manusia, lumrah harus diubah andai manusia ingin kekal bahagi.

Khamis, Februari 18, 2010

Mykad Is YourKad

Ada pihak mencadangkan setiap warga asing di negara ini diwajibkan memakai pas atau lencana khas dilengkapi ciri keselamatan bertujuan mempermudahkan pihak berkuasa memantau status mereka.

Cadangan bernas tetapi kerajaan terlebih dahulu wajib memastikan dokumen antaranya MyKad, pasport antarabangsa (baca: MyKad dilengkapi cip keselamatan 64k) dan visa negara ini ‘kebal’ (baca: forgery proof), tidak boleh dipalsukan. Selagi dokumen terbabit boleh dipalsu dan diubahsuai warga tempatan atau asing, mewajibkan pemakaian pas atau lencana khas hanya akan memperkayakan individu atau syarikat diberikan hak mencetak dokumen itu. Jika MyKad boleh dipalsukan, apatah lagi pas!

Isu pemalsuan Mykad didakwa banyak berlaku di Sabah, pelbagai komen dilontarkan rakyat tempatan.

“Aku pun ndak faham bah macam mana dia orang boleh dapat itu MyKad, hairan”

Itu hanya satu daripada komen.

Mungkin pelayar dari Negeri Di Bawah Bayu boleh berkongsi pengalaman mereka berhubung pemalsuan MyKad. Menurut laman web ini, warga India berpengaruh di Sabah turut terbabit menggunakan dokumen palsu.

Pengalaman menyertai ratusan operasi membanteras pendatang tanpa izin, PATI sebelum ini sudah cukup menyakinkan saya, sindiket memalsukan MyKad mengaut keuntungan tidak terkira.

Ada ‘Mykad’ (baca: palsu) di jual dengan harga di antara RM200 dan RM17,000 setiap satu. Pelanggan mereka, PATI. Kelompok tidak memiliki dokumen sah atau tinggal lebih masa di Malaysia.

Tahun 2006, Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen termasuk MyKad di Subang Jaya, Selangor, baca di sini.

Saya percaya, sindiket mampu meraih keuntungan besar akan terus mencari ruang dan peluang. Imbuhan diraih bukan kecil mampu mencecah jutaan ringgit dalam tempoh singkat.

Seperkara lagi, saya melihat majoriti pihak berkuasa di Malaysia berhempas pulas membanteras kehadiran PATI selepas mereka berjaya membolosi sempadan negara kita samada melaui jalan laut (baca: menggunakan pengangkutan seperti tongkang. bot pancung dan bot besar) atau udara.

Maka timbul persoalan, sejauhmanakah efisyennya sistem pemantauan pintu masuk negara ini? Di lapangan terbang? Di pelabuhan? Di jeti?

Selain daripada pintu masuk tidak sah (baca: haram) sukar dikawal.

Aku Tuan Tanah

Saya amat berterima kasih kepada setiap pelayar (baca: lama dan baharu)  sudi menjengok blog ini saban hari. Sebahagian daripada mereka sudah hampir 2 tahun menjadikan TANAH ini sebagai tapak diskusi.

Pelbagai isu dan subjek disentuh dan dihuraikan di TANAH sama (read: di sini).

Sebilangan daripada bloggers bertemu di TANAH ini telah lama mengenali antara satu sama lain. Mereka rakan taulan, seperti adik-beradik. Justeru tidak janggal jika mereka melontarkan komen peribadi di kalangan mereka di TANAH ini bukan menjadi penghurai kepada setiap komen dihantar blogger lain.

Justeru berikan komen berhubung tempelan dan BUKAN terlalu taksub menghuraikan komen orang lain secara terperinci di TANAH ini kerana TANAH ini ada tuannya.

AKU.

Komen blogger Ibnu Marzuki al Firdaus berikut menarik perhatian saya.

'Jangan terpengaruh sangat dengan blogger lain dalam bentuk perli!

jika tak, how kita nak solve problem bodoh (buang bayi non stop) ni dengan berkesan...'

Berikut respon saya.

Saya berhak menentukan dengan siapa saya harus percaya atau sebaliknya. Setiap stail penulisan berbeza, itu hakikat.

'How to solve problem (whatever)'?

Berapa banyak problems berjaya awak selesaikan (read: solved) setakat ini?

NOTA Baharu tersedar, tidak semua orang perlu dilayan karenahnya. Everybody, please say bye! bye! to that bugger.

'Bella' ( Ring A Bell?)

Ramai orang memujuk dia untuk pulang ke pangkuan keluarga, dia berdegil. Dia mendakwa kononnya hidup bahagia di samping suami tersayang. Hasil pernikanan tanpa berwalikan ayah, dia kini mengandung hampir  7 bulan, anak bersama suami berasal dari Pulau Lombok berusia 26 tahun, Hazif Sukma.

Hemat saya, pemikiran gadis itu pendek, sementah usianya, 15 tahun. Nama jolokannya Bella. Ring a bell? Salsabilah Yunan, bekas pelajar tingkatan 3, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.

Kata orang, cinta itu buta, dalam kes ini, Bella buta hati. Baca kisah awal dia melarikan diri mengikuti Hazif ke Pulau Lombok, Indonesia di sini.

Bella tidak dipanah petir tetapi ada sesuatu mengubah fikirannya. Dia dilaporkan akan kembali ke Malaysia dari pulau di timur Indonesia itu, Selasa minggu hadapan dengan bantuan Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dan 2 pertubuhan bukan kerajaan lain.

“Pak cik bercadang nak buat nasi goreng dan rendang daging kegemaan Bella,” kata Yunan Mat Ayat gembira.

Biarpun Bella menimbulkan masalah mengguris perasaan, Yunan tetap berdoa proses kepulangan anaknya dipermudahkan Allah. Lebih setengah tahun, dia mendakwa merana, tidak mampu tidur lena, terlalu merindui Bella.

Kata orang, anak lelaki lebih degil berbanding anak perempuan, dalam kes ini sebaliknya terbukti. Benar kata pujangga menjaga sekandang kerbau lebih mudah berbanding menjaga anak gadis.

Apapun, percayalah, di masa akan datang akan ada banyak lagi Bella, gadis remaja tempatan melarikan diri (baca: bukan dilarikan) mengikut perasaan akibat termakan pujukan lelaki Indonesia.

Wak! Wak! Engkau guna ilmu apa sebenarnya? Jemput jempak (ilmu hitam)? Bagi malu orang Lombok lah engkau ...

Rabu, Februari 17, 2010

Laporan Polis





Pengadu berusia 34 tahun 3 bulan, berbangsa Melayu dan warganegara Malaysia. Pekerjaan dicatat sebagai 'PENGENDALI LAMAN WAP' (baca:  memang dieja sebegitu)

Berikut antara kandungan laporan polis dibuat pengadu.

'LAPORAN DITAIP SENDIRI OLEH PENGADU: .

1. PADA 12 FEB 2010 6 PETANG DI RUMAH KAWAN SAYA DI PRESINT 9, PUTRAJAYA, SAYA BUKA LAMA WEB TV9.COM.MY PROGRAM SEMANIS KURMA (EPISOD 45 KAHWIN SENYAP & EPISOD 41 KAHWIN LARI) & KES SYARIAH (BERKENAAN NIKAH SIAM), SAYA AGAK TERKILAN DENGAN PANDANGAN TETAMU USTAZ ZAWAWI &  CARA PENGACARA USTAZAH BAHYAH MENGENDANDALIKAN PROGRAM INI SEOLAH2 NIKAH SIAM ITU HINA SANGAT & INI BOLEH MENGAIBKAN SESIAPA SAJA YANG TERLIBAT. TAMBAHAN CARA MEREKA INI AKAN BUAT LEBIH RAMAI LAGI TERKELIRU &  AKHIRNYA AMBIL JALAN BERZINA PULAK BERBANDING KAHWIN DI LUAR NEGARA, LANTAS KES BUANG BAYI YANG HARI INI KITA NAMPAK SEMAKIN BIADAP SEHINGGA MEMBAKAR BAYI MENJADI-JADI.

OLEH ITU SAYA TAK TERAGAK2 MENGESYAKI KEMUNGKINAN MEREKA INI AGEN YAHUDI YANG INGIN MENGACAU BILAUKAN NEGARA WALAUPUN NAMPAK BAIK DEPAN MATA & SAYA HARAP MEREKA DISIASAT. JIKA SABIT, MASUKKAN MEREKA KE DALAM ISA. BUKAN ITU SAHAJA, KEPADA YANG TRAUMA/MENDAPAT MALU AKIBAT PORGAM INI, SAYA SENDIRI DAN YANG LAIN-LAIN (JIKA SUDI) AKAN BAWA ISU KE MAHKAMAH & SAMAN MEREKA SEBAB MEMALUKAN PIHAK TERTENTU.

( ... seterusnya ketidakpuasaan hati berhubung perkara lain)

2. PADA 5 FEB 2010 6 PETANG DI RUMAH KAWAN SAYA DI PRESINT 9, PUTRAJAYA, SAYA BUKA LAMAN WEB AIRASIA.COM & HAIRAN KENAPA LINK DAFTAR MASUK SENDIRI TAK BOLEH BERBANDING BAHASA INGGERIS. SAYA DAH TEGUR MEREKA NAMUN TIDAK DIPEDULIKAN. SAYA SYAK MEREKA INI BERSIFAT PERKAUMAN, CAKAP PASAL ISU INI , SAYA HARAP PIHAK BERKUASA MENEGUR JUGAK SIKAP ...'