Rabu, November 27, 2013

WANITA BERBOGEL DENGAN BAYARAN RM60

Kebanyakkan wanita warga asing sanggup berbogel sambil mengurut pelanggan, lelaki hidung belang di Malaysia, hanya kerana wang.

2 hari lalu, wanita Thailand dan China berusia di antara 20 dan 45 tahun diberkas di Batu Pahat, Johor kerana menawarkan perkhidmatan urut tubuh ke tubuh dengan bayaran RM60. Jika pelanggan menagih seks, mereka perlu menambah RM50 lagi. Mungkin majoriti pembaca wanita blog ini mencemekkan muka tetapi kejadian itu kenyataan.


[ Sumber : Utusan Malaysia ]

Klik di sini untuk membaca berita lengkap.

Tatkala bertugas di Beijing, China, saya dimaklumkan, ramai gadis tempatan bekerja sebagai pelayan pelanggan, GRO di pusat hiburan seawal usia 17 tahun. Kira-kira 5 tahun kemudian mereka akan terbang ke negara kita dengan menggunakan pas lawatan sosial dan kemudian mengintai peluang bertugas sebagai GRO atau tukang urut samada diuruskan sendiri atau dengan bantuan sindiket.

Di Malaysia, GRO berusia 25 tahun masih dianggap muda jika dibandingkan dengan GRO tempatan, segelintir mencecah usia awal 30 an. Justeru tentunya GRO warga asing terbabit dijadikan pilihan tepat terutama di kalangan pelanggan berbangsa Cina. GRO itu dikatakan lebih 'terlatih' untuk memenuhi kehendak pelanggan berikutan pengalaman diraih tatkala bertugas di negara asal. 




[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Andai bekerja di pusat urut, biarpun tidak terlatih dalam bidang itu, mereka tentunya lebih mesra pelanggan berbanding pekerja baru. Mereka bijak mempamerkan sikap manja sekaligus menggoda hati pelanggan untuk menagih servis seks sebagai tambahan. Tidak hairan jika sebilangan pelanggan menjadi ketagih berkunjung ke pusat urut biarpun tubuh tidak begitu lenguh. Bahasa perantaraan tidak menjadi halangan, asalkan jejari lembut menjalar mengusap badan dan dalam tempoh di antara 45 minit dan sejam, nafsu pelanggan berpeluang dilampiaskan. Puas tetapi tubuh menjadi lebih lenguh.

Ramai isteri barangkali tidak langsung menyedari hakikat, suami mereka ketagih berkunjung ke pusat urut. Tiada petanda jelas. Jika suami ke pusat hiburan, mereka mengambil masa lebih lama dan jika cuai, gincu bibir GRO mungkin terpalit di baju maka mudah isteri mempersoalkan bukti itu. Di pusat urut, berbeza.  Selepas memuaskan nafsu, pelanggan mandi untuk menghilangkan sisa minyak dilumurkan ke tubuh. Tiada bukti ditinggalkan sewaktu pulang ke rumah.

Saya difahamkan oleh kenalan, sebilangan warga tempatan sanggup menggunakan waktu singkat makan tengahari untuk dibelai oleh pekerja pusat urut di kawasan berhampiran tempat kerja. Mengenyangkan perut, soal kedua.

Jika wanita warga asing diberikan tugas mengurut 3 pelanggan sehari, hasil diraih, RM330 dan tentunya sebahagian daripada pendapatan itu dikongsikan bersama taukeh mereka. Justeru tidak hairan apabila, pusat urut bercambah di Malaysia kerana suasana menang menang tercipta.

Selasa, November 26, 2013

PAS FOR ALL ROCK N ROLL


Sila tonton klip video di bawah dimuatkan di Youtube.


Sejuk hati apabila mendengar berita PAS akan tetap melaksanakan hukum hudud biarpun dibantah keras oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.


[ DIskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Cuma timbul persoalan setelah menonton klip video di atas. Mengapakah kumpulan rock terloncat-loncat, berpusing-pusing sambil menjerit seperti disampuk dek jin, dijemput oleh penganjur membuat persembahan di pentas Karnival PAS for all?

Adakah kerana tajuk 'PAS for all' di dalam bahasa Inggeris, jadi diwajibkan persembahan rock? Banyak pihak barangkali mengajukan soalan sama di alam siber ini tetapi mungkin belum bertemu jawaban TEPAT.

Untuk rekod, 'Tuhan Harun' didapati amat meminati lagu rock, klik di sini.


Rock and roll you all!


USAH BIARKAN OPERASI 'SEJUK'

"Sebelum ini terdapat 4 pengawal keselamatan wanita warga Filipina bertugas di sebuah kilang di Selangor Science Park 2, Cyberjaya," ujar pengadu.

Namun sejak pihak berkuasa mula membuka mata sekaligus melaksanakan pelbagai operasi membanteras pengawal keselamatan haram, mereka dilaporkan bercuti.

"Maklumat dalaman mengatakan, apabila operasi sudah 'sejuk' kelak, mereka akan kembali bekerja semula," tambahnya.

Pengawal keselamatan haram itu menggunakan MyKad palsu, kononnya berasal dari Sabah.

"Saya difahamkan, suami dan ahli keluarga mereka juga menggunakan MyKad palsu. Pengawal keselamatan warga asing itu dibayar gaji secara tunai kerana mereka tidak boleh membukan akaun bank," ujar pengadu lagi.

Seorang daripada wanita itu dilaporkan bernama Elpie Tahan tetapi nama tercatat di Mykadnya, Amil Intan.


Sejak berlaku kes pegawai operasi Ambank ditembak mati tempoh hari, majoriti fokus media, lambakan pengawal keselamatan haram warga Indonesia walhal ramai rakyat Filipina juga telah berjaya menyusup masuk ke Malaysia, kononnya bekerja untuk menjaga keselamatan harta benda dan nyawa.

Sebelum ini, 20 pengawal keselamatan haram warga Filipina dihadapkan ke mahkamah kerana memiliki Mykad palsu dan milik orang lain, klik di sini.

Dalam operasi bersepadu pihak berkkuasa di Kelana Jaya, Selangor pada 13 November lalu, seorang daripada pengawal keselamatan haram Filipina diberkas mendakwa, harga sekeping MyKad palsu, RM300 sahaja. Sindiket membekalkan MyKad palsu itu dikatakan beroperasi secara aktif di Sabah dan dijual kepada mereka setelah masuk ke negara ini.

Klik di sini.

Maksudnya, terdapat individu tidak dikenali identiti melacurkan dokumen pengenalan diri menyerupai MyKad asli.


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Alhamdulillah, setakat ini pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan berusaha gigih, menangkap pendatang haram sekian lama bersarang di Malaysia. Mereka tidak seharusnya dibenarkan membina koloni di negara berdaulat, semakin ramai, semakin berkuasa.

Jika diteliti, kini warga asing memonopoli pelbagai bidang pekerjaan di sekeliling kita. Sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan pembantu rumah. 

MELANCONG DAN MEMBELI-BELAH KE HO CHI MINH CITY VIETNAM BERSAMA MAZIDUL II (PERTUKARAN TARIKH)


Tarikh : 7-10 Jun 2014

Pakej 4 hari 3 malam, termasuk kos penerbangan MAS, penginapan, makan 3 kali sehari, pengangkutan di Ho Chi Minh dan tips, berharga RM1,740. 

Jika peserta membayar deposit RM500 sebelum 31 Januari 2014  harga lebih ISTIMEWA ditawarkan, RM1,650 sahaja.

Depositkan bayaran terbabit ke akaun CIMB 0514-0005445-056 (Ideal Travel) dan kemudian WhatsApp/Tel  012 6277 300 dengan kadar segera untuk mengesahkan penyertaan.

MAS membenarkan peserta membawa pulang ke Malaysia barangan seberat 20 kilogram tanpa masalah.

Semua peserta akan dibawa berkunjung ke Sungai Mekong dan Chu Chi Tunnel selain membeli-belah sakan bersama saya. Usah bimbang, semua tidak perlu membazirkan masa kerana saya akan membawa peserta ke lokasi tepat untuk membeli barangan dikehendaki.

Makanan HALAL dan enak disediakan justeru tiada peserta rombongan akan kebuluran atau berasa sangsi dengan status halal makanan.



[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

September lalu saya membawa 25 peserta dan Alhamdulillah, semua berpuas hati dengan servis ditawarkan. Mereka terdiri daripada lelaki bujang, anak dara, pasangan suami isteri dan warga emas.

"Amat menyeronokkan, berasa selamat, selesa dan lebih daripada kami jangkakan"

Itu antara komen mereka.

Klik di sini.

Bilangan peserta, 40 orang sahaja.

Jika berminat, sila emelkan butiran lengkap diri (nama penuh, no MyKad, nombor telefon bimbit) ke mazidulakmal@yahoo.com. 

Isnin, November 25, 2013

STATUS MENGATAKAN TITAH SULTAN JOHOR MENUKAR CUTI KEPADA JUMAAT DAN SABTU KONONNYA BODOH TELAH DIPADAMKAN

Begitulah kaedah ramai keyboard warriors di alam maya.


Pada 23 November, 2 individu di atas sakan mengutuk titah Sultan Johor, klik di sini. Melalui pemantauan, dalam tempoh kira-kira 48 jam, status serta semua komen itu dipadamkan.

Klik di sini.



Mengapa?

Kecut telur, ternyata bird bird masuk ke dalam.

Kini mereka berdua mungkin berasa lega kerana tiada tindakan dilaksanakan. Lain kali boleh menjadi keyboard warriors lagi.


[ Diskaun 40% untuk pengiklan di blog ini, klik DISKAUN ]

Itulah antara sifat lazim ramai pengguna media sosial. Kepala lutut terlebih dahulu digunakan untuk berfikir dan bertindak sebelum kepala sebenar dilengkapi otak digunakan sepenuhnya.

Ahad, November 24, 2013

TENGKU ADNAN HARUS MELIHAT LEBIH DARIPADA SAMPAH DI KUALA LUMPUR


Saya terbaca artikel seruan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta warga kota mengubah sikap agar menitikberatkan aspek kebersihan Kuala Lumpur.

Klik di sini.

Hemat saya, selain daripada sampah, Tengku Adnan juga harus mengarahkan pihak berkuasa membersihkan pencemar pemandangan lain di Bukit Bintang. 

Peminta sedekat warga China.


Penjual tisu warga tempatan berkongsi hasil kutipan 50-50 bersama wanita Indonesia, tentunya bukan pasangan sah untuk bergerak ke pelbagai lokasi. Tren terkini itu dipraktikkan di Lembah Klang.


Peniaga haram warga Myanmar selamba beroperasi di kaki lima.


Kehadiran kutu rayau dan pengemis tempatan tidak bernoktah. Mereka menganggap Bukit Bintang lubuk wang kerana dikunjungi oleh ramai pelancong asing.


Gelandangan tidur sehingga ke petang.


Pengemis warga asing, klik di sini.


Klik di sini.


Tolong 'bersihkan' sekali semua pekerja wanita warga asing menawarkan perkhidmatan urut dan seks di lokasi sama.

Semak.


Klik di sini.

SOROK KAKI RAIH SIMPATI


Warga Kemboja di atas mengemis di kaki lima di hadapan deretan kedai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ternyata dia tidak fasih berbahasa Melayu.

"Mana kaki?," soal saya.

Pantas dia mengeluarkan kaki palsu dari bahagian belakang, dibalut dek plastik lut sinar.


Teknik sama dipraktikkan oleh ramai pengemis warga Kemboja untuk lebih berupaya meraih simpati masyarakat menghulurkan sumbangan. Pengemis ini berkata, dia menetap di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor dan datang ke ibu kota untuk meminta sedekah.


Sekelip mata dia menyarungkan kaki palsunya.


Saya perhatikan beberapa penjaga kedai dan pelancong asing terpinga-pinga melihat kejadian itu.