Jumaat, Ogos 31, 2012

JANGAN LAYAN PELANGGAN MACAM ANJING

Ini kisah restoran Thailand terkenal di Damansara dan di Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor.

Sewaktu awal bertapak di Damansara Utama dahulu, servis terhadap pelanggan boleh dikatakan baik. Namun setelah beberapa cawangan lain dibuka, perkhidmatan ditawarkan oleh pekerja merosot.

Kekadang, biarpun dipanggil berulang kali, sebilangan pekerja mengambil pesanan makanan bak langsung tidak mendengar.

"Saya tidak memesan makanan ini, salah"

Itu komplen lazim.

Satu daripada restoran terbabit terletak berhampiran pasaraya Giant Kota Damansara.

Sewaktu makan pada kira-kira jam 8 malam tadi, saya lihat daging merah dipesan dan dihidangkan, hancur bak gumpalan daging  selalunya dihidangkan kepada anjing.

Hati saya terdetak untuk mengemukakan soalan. Lalu saya memanggil seorang daripada pekerja, majoriti berusia remaja.

"Berapa ramaikah pekerja di restoran ini mempunyai permit kerja sah?," itu soalan saya. 

Dia juga bertugas sebagai juruwang.

"Dua orang," balasnya.

Saya kemudian pantas bangun dari kerusi dan mengira jumlah bilangan semua pekerja pada jam 10.45 malam tadi.

Lima belas, termasuk beberapa wanita bertugas di dapur.

"Thailand negara jiran, majoriti rakyat mereka berhijrah ke Malaysia beragama Islam. Namun janganlah layan pelanggan macam anjing. Dahulu susah, sekarang bila sudah kaya, begini rupanya," ujar saya kepada pemilik restoran terbabit.

Dia hanya tersenyum.

"Simpanlah (wang itu)," katanya.

Ketika itu sahabat saya, Azizul Azzemin dari Melaka sedang memanggil juruwang untuk mengira bil juadah dihidangkan.

"Kita makan, kita bayar," balas Azizul dengan wajah selamba.

Saya bersetuju.

Jika majikan melanggar Akta Imigresen 1959/63, tindakan wajar dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Mereka sudah naik lemak.

Menawarkan makanan percuma kepada kami bukan kaedah penyelesaian.
posted from Bloggeroid

22 ulasan:

  1. SMTI: :)) ader unsur2 'kawtim' kasi mulut diam rupanya..:))

    BalasPadam
  2. Betul tu mazidul..deme ni memang dah naik lemak...saya juga ada pengalaman yang hampir sama...berlagak semacam je...

    BalasPadam
  3. Belasah jangan tak belasah... erm... takda gambar ke?

    http://lintauartstudio.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. orang Malaysia sendiri yang bagi tau kalau ada operasi imigrasen, masa tu tutup kedai le, kalau kadai makan kat kampung pun mereka dah ambil alih sebab rajin buka sampai pagi.

    BalasPadam
  5. Saya pun selalu makan kat situ.. dulu ada 1 branch dekat Sunway Damansara tu.. tapi dah tukar nama.. Ada lagi satu branch dekat dgn area Sepah Puteri..

    BalasPadam
  6. Mat Det berkata...

    orang Malaysia sendiri yang bagi tau kalau ada operasi imigrasen,

    ~~> setuju tu..
    perkara2 mcm ni bleh 'dibeli' hanya dgn secawan kopi + sbungkus rokok je !!

    kalu nak tau lebih..
    umpan je dgn ppuan barang 1-2 mlm..
    habiss..
    semua nama2 ketua pengarah..
    nama anak2 bini..
    plat keta/jenis apa..
    alamat rumah..
    siap dgn nama kampung/asal mana..

    gamaknya la !!

    BalasPadam
  7. Nak rasuah pelanggan pula, kurang ajarnya dia!!! Mungkin tokeh restoran tu ingat Malaysia antara negara tertinggi rasuah di dunia, semua rakyatnya sanggup terima rasuah spt pemimpin2 mereka? Syabas tuan kerana tak menerima rasuah...krn rasuah bukan amalan kita rakyat Malaysia...

    BalasPadam
  8. vicchuda? sekali makan terus tak nak makan lagi kat situ...

    mintak nasi goreng ikan masin, sekali datang ikan masin seketul atas nasi... mungkin style baru kot.. dah lama tak pegi makan kat restoran mcm ni... baik terus ke ayuthia atau restoran lain yang sewaktu dengannya...

    BalasPadam
  9. Kita biasa menjangkakan bila kedai tu ramai pelanggan, makanannya sedap dan kita akan meramaikan lagi pelanggan... Tapi, bila ramai sngat situasi begini kerap terjadi...:-)

    BalasPadam
  10. Saya pun agak itu restorannya...sudah bertahun tidak menjejak kaki ke situ slps menu yg dihidangkan tidak menepati citarasa spt awal2 kemunculannya...

    Namun saya rasa bukan utk restoran yg Encik ceritakan tu ja, byk lagi tempat mkn yg skadar ambil lewa dgn pelanggan yg dtg, sbgai pelangan kita bukan mahu diagung2kan, cukup dgn layanan sopan yg tidak berlebihan ( tak perlu la waiter yg smpai 10x nk tanya dh order ke belum..tp order tak mai2 jgk...)


    BalasPadam
  11. Peminat makanan Siam ramai tapi orang Melayu dok asyik offer Nasi Lemak Nasi Lemak Nasi Lemak.... pilihan pun tak banyak dan hebat. Nak g kedai orang Melayu... lidah tukang masak tu mmgnya tebal agaknya takde terasa masin teramat ke.. masam ke. La ni mmg banyak restoran ala masakan Siam, India Utara dll

    BalasPadam
  12. En mazidul .. try ke restoran NAJLAH .. jalan PAYA JARAS, sg buloh. Kami selalu ke situ .. service tip top .. order sekejab je .. dah sampai. Taste ok .. cuma kuantiti sayur tu ciput .. dah di letak atas piring leper .. so kuah tu meleleh le :) ....

    BalasPadam
  13. siap tawaran percuma lagi tu.. aihhh, tak patut..

    BalasPadam
  14. tu lah pentingnya kita sebagai pelanggan utk sentiasa di hormati

    BalasPadam
  15. diorang ni, dahlah income tax tak bayar, roadtax pun tak bayar... pakai kereta mewah atas jalanraya Malaysia... cari makan negara orang tapi buat macam tempat sendiri... kat Siam jadi 3rd class citizen di Malaysia...?
    Tengok kereta towkay Vicchuda dan kereta anak beranak dia.... huhh

    BalasPadam
  16. boleh di katakan 70% restoran melayu adalah milik peniaga thailand. Apakata encik Mazidul cari punca mengapa majoriti restoran melayu, bukan milik warganegara malaysia. Orang kita terlalu minat pada masakan thai, padahal tukang masak mereka pun bukan pandai sangat tentang resepi sebenarnya!.

    BalasPadam
  17. salam ziarah.. ^_^. anda boleh buat tempahan MyQalam Quran Read Pen berkualiti tinggi dan banyak lagi barangan muslim di Muslim Bazaar.

    http://muslimbazaar.mnmall.me/
    atau melalui
    http://lokmanramli.blogspot.com/

    BalasPadam
  18. Kalau betul restoran yang dimaksudkan itu yang nama start dengan V tu - pengalaman saya, mula kenal restoran tu tahun 2000, memang sedap. 2004 saya pegi lagi ke restoran itu, tapi sangat berbeza. Nasi goreng berminyak, dan hangit. Terus dah tak pergi sampai sekarang.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.