Ahad, September 02, 2012

BAGAIMANAKAH AIR ... MEMBANTU UNTUK MENYAKINKAN KITA BERCAKAP DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI?

Tidak selesa apabila berdiri di hadapan khalayak ramai? 

Itu bukan masalah individu tetapi situasi didepani ramai. Biarpun berpakaian serba bergaya, ramai antara kita berasa panik atau berperasaan tidak menentu apabila perhatian ramai tertumpu ke arah kita.

Walhal pancaindera digunakan khalayak hanya mata. Mereka tidak datang menghampiri kita, jauh sekali mengeletek atau menyentuh tubuh.  

Cuba fikirkan.

Saya tidak mempunyai kelayakan doktor falsafah dalam bidang komunikasi tetapi setakat ini berpengalaman berulang kali berdiri di hadapan khalayak samada di dewan atau mengacarakan program secara langsung.

Saya hanya seorang practitioner.

Dalam entri ini saya berkongsi sedikit maklumat berhubung petua untuk mengurangkan perasaan gementar bersama semua pembaca. Jika kaedah saya gunakan selama ini bercanggah dengan cara orator atau pengucap awam lain, maafkan saya.

Samada disedari atau tidak, saya telah mengimplementasikan kaedah sama sejak lebih 17 tahun lalu. Barangkali berguna andai saya catatkan di sini.

Saya akur, tidak kelihatan sesegak majoriti lelaki lain tetapi saya sentiasa percaya Allah menganugerahkan kelebihan kepada setiap makhluk ciptaan Nya.

Sebelum berdiri di hadapan orang ramai, saya lazimnya akan meminum air mineral. Tindakan itu untuk saya memastikan tekak tidak kering. Tekak kering selalunya membuatkan kita berasa tidak selesa seperti jika keadaan apabila terlalu banyak bercakap di bulan Ramadan. Pada masa sama,  rongga di dalam mulut kita juga turut kering, begitu juga dengan lidah. 

Jadi pastikan kita menyimpan sebotol air mineral di dalam beg jika kita dijadualkan bercakap samada sebagai juruacara majlis, penceramah atau penglipur lara.

Hahahahahaha!

Mereka mengenali saya, pasti tahu, saya gemar berkongsi pelbagai cerita, biarpun di meja restoran mamak. Namun lazimnya saya akan bertanya ...

"Aku pernah cerita dengan engkau kisah ....?"

Maklumlah, rakan saya ramai dan lokasi saya bertemu mereka juga berbeza. Ada waktunya, saya hanya bertindak sebagai penglipurlara tanpa bayaran.

Saya suka bercerita.

Bercerita memberikan saya peluang kepada untuk menggunakan pelbagai perkataan baru dan lama. Perkataan saya pelajari hasil pembacaan dan sekaligus mencuba mencari maksud tepat perkataan terbabit agar dapat digunakan secara baik dan mudah difahami oleh rakan pendengar.

Maksudnya, bercakap di hadapan khalayak bukan perlakuan enteng bagi semua orang. Bak kata orang putih, you had to be different in order to dominant. Kita harus kedengaran dan kelihatan berbeza atau istimewa jika ingin menonjol dalam apa jua bidang kita ceburi, demi untuk menambat hati pendengar atau klien.

Sebelum ini saya pernah beberapa kali didekati oleh kenalan bergiat dalam bidang insuran, MLM dan mereka ingin melaburkan wang simpanan KWSP. 

Berapakah wang awak peruntukkan untuk perbelanjaan dapur? Hiburan? Hobi? Berapakah pula perbelanjaan awak untuk itu dan ini? Berapa banyakkah wang untuk ... bla bla bla bla sebulan?

Akhirnya, saya ditanyakan soalan cepu emas.

Berapakah gaji awak sebulan?

Seperti saya terlalu kepingin  untuk berkongsi fakta itu bersama dia. Sebagai insan sekian lama bergiat dalam bidang komunikasi, saya sudah dapat menjangkakan usul seterusnya ...

"Saya mencadangkan awak memperuntukkan sekian sekian wang untuk membeli skim insuran ..."

Apakah masalah sebenarnya?

Tidak ada masalah. Jika dia agen insuran bertauliah, dia ingin saya membayar sejumlah wang untuk saya dan ahli keluarga dilindungi sekiranya berlaku kecelakaan Pada masa sama, dia bakal meraih komisyen. Namun kaedah untuk  menyakinkan saya itu tidak begitu berkesan kerana teknik itu sediakala wujud di fikiran saya. Lalu pernah saya terfikir sebelum ini, mungkinkah ada teknik lain lebih berkesan? Teknik ringkas, dia tidak perlu bercakap panjang sehingga terlalu banyak cawan minuman dipesan membuatkan pemilik restoran mamak tersenyum sampai ke telinga sekaligus menampakkan gigi putih  mereka.

Seperkara lagi, apabila bercakap dengan pelanggan atau audien, pastikan air liur tidak terlalu banyak berkumpul, menggelembung putih di tepi kiri dan kanan bibir. Biarpun bibir itu seksi bak delima merkah, masih tidak molek kelihatan jika dibiarkan sebegitu.

Maksudnya sewaktu bercakap di khalayak ramai, cuba jaga penampilan diri. Bertubuh gemuk, kurus, tinggi atau rendah bukan persoalan. Jika kita gemuk, audien mengetahui fakta itu. Begitu juga jika kita bertubuh kurus, rendah atau tinggi.

Sebelum berdiri di hadapan orang ramai, pastikan kita berfikiran positif. Ya, POSITIF macam lambang campur itu.

Yakinkan diri, kita harus berani tampil selamba dan bergaya kerana kita mempunyai sesuatu untuk dikongsikan bersama audien sedang menunggu. 

Pada masa sama, kita juga amat mengetahui the subject matter, subjek bakal kita persembahkan kepada mereka.

Hellllllloooooo cakap mudah, bagaimanakah kaedah untuk berfikiran positif jika kami terlalu baru dalam bidang komunikasi?

InsyaAllah dalam entri seterusnya, bakal saya catatkan petua untuk itu semua buat tatapan mereka sudi membaca.

Oh! Bermula hari ini, pembaca boleh mengemukakan soalan berhubung topik ini dan topik seterusnya melalaui WhatsApp 0192445354.

... tetapi kenalkan diri terlebih dahulu dan gunakanlah sebijaknya.

14 ulasan:

  1. Smti: Saya suka topik 'pengucapan awam' ni.. Saya amat kagum dengan setiap orang yg dianugerahkan Allah dgn kelebihan ini... Sbb saya jenis yg mudah ' ketaq lutut' bila berhadapan dgn orang awam..;))

    BalasPadam
    Balasan
    1. betoi tucik amelia.. sy pun jenih ketaq lutut jugak.. mujuq la kalau berucap depan perhimpunan suara tak jadi ketaq sama..

      apa pun topik ni memang sangat saya suka.. tima kasih cik Mazidul.

      Padam
  2. Terima kasih kerana berkongsi tips ini. Di dalam kerjaya, saya juga perlu membuat presentation kepada audien, maka tips ini amat berguna. Looking forward untuk tips seterusnya.

    BalasPadam
  3. Terima kasih untuk tips ini.. Saya sering kali mempunyai masalah untuk bercakap di hadapan orang ramai

    BalasPadam
  4. Saya seorang manusia pemalu dan pendiam ketika kecil. Tapi ditakdirkan saya mendapat kerja pertama di agensi yg memerlukan saya banyak bercakap. Mula2 memang 'ketaq lutut' bila berhadapan dgn puluhan malahan ratusan khalayak. Tapi lama2 jadi syok bercakap depan org ramai pula, tapi dlm rumah sendiri, bersama famili, saya bukan peramah sangat.

    Masa mula2 perlu bercakap di depan org ramai dlm majlis2 rasmi dulu, saya akan buka kaca mata, tanpa kaca mata saya tak begitu jelas siapa di hadapan dan itu menambah keyakinan saya utk bercakap di hadapan org..Tapi itu masa mula2 mencuba berkomunikasi dpn org ramai, bila lama2 pakai kacamata power 1,000 pun dah tak rasa apa2 lagi. Bagi mengelakkan org jemu, saya sentisa menyelitkan cerita lawak dlm setiap penampilan saya di depan org ramai. Nasib baik saya suka cerita dan komik lawak dpt banyak idea di dlm nya, selain itu saya kumpul dan bukukan apa2 cerita lawak yg saya perolehi dari org lain yg boleh membuat org ketawa bila mendengarnya.

    Tapi sekarang saya yg pendiam dan pemalu ini menghadapi masalah: kalau dah mula bercakap depan org, susah nak cari di mana tempat utk berhenti. Sehingga selalu benar tuan MC akan menyelitkan nota kecil: "Boleh ringkaskan sikit tak..masa mencemburui kita..."

    BalasPadam
  5. Terima kasih di atas perkongsian info dan pengalaman..

    Adakalnya memang saya akui agak gementar untuk bercakap di khalayak ramai.. Tapi apabila kita dah terbiasa dengan keadaan tersebut, perasaan gementar tersebut dapat dikurangkan secara beransur-ansur..

    P/s: Saya sedang mencari penaja untuk menganjurkan pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2.. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi penaja Pertandingan ini, sila klik (Klik Di Sini)

    BalasPadam
  6. Saya setuju pasal air..sangat setuju

    Saya juga setuju tentang nak jadi lebih yakin untuk bercakap dikhalayak ialah dengan praktis. Sebab ianya memang berhasil.

    BalasPadam
  7. pada yang nak menjual, tanya sikit, mendengar lebihkan..insyaAllah dapat la sale..banyakkan encik encik encik dgn nama mereka , sbb tiada yang indah didengar melainkan nama kita sendiri, pantang, saya saya saya sepanjang perbualan, sure cepat org nak blah..hihihi

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum..
    En Mazidul,

    SMTI
    saya suka topik ni..

    BalasPadam
  9. SMTI-saya selalu bercakap dengan equipment je, tapi memang kena minum air banyak.

    BalasPadam
  10. Encik Mazidul,

    SMTI..info yg menarik..
    terima kasih.

    BalasPadam
  11. Salam wbt.

    SMTI. Entri yang amat berguna. Terima kasih Tuan Mazidul atas perkongsian ini!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.