Jumaat, September 28, 2012

MAXIS LEBIH PRIHATIN BERHUBUNG SISI GELAP ...

Sungai Bil, Slim Village, Perak, kampung kelahiran saya terletak dalam jajahan daerah Batang Padang. Untuk rekod, Sungai Bil menjadi tumpuan pelancong sejak era 60 an lagi.


Air sungai mengalir jernih, dingin dan jika mandi di awal pagi, kesejukan air gunung itu bak menggigit tulang di tubuh. 

Di waktu tengahari, keadaan berbeza.

Dua minggu lalu, saya dan adik bongsu, Mushairil Azmil bersama kru Penyingkap Fakta, Min, menjala ikan di kampung untuk dipelihara di dalam akuarium.


Antara ikan ditangkap, tengas, sebarau, seluang dan selimang.


Di kedai menjual ikan hiasan, sebarau dan tengas dijual dengan harga di antara RM20 dan  RM40 seekor.

Begitulah resam di bandar, walhal di kampung saya, ikan terbabit hanya dimasak gulai dan digoreng rangup untuk hidangan keluarga.

Biarpun keindahan Sungai Bil terserlah, malangnya, kampung kaya dengan khazanah alam itu memiliki sisi gelap tersendiri dan saya terpaksa mengakuinya.

Walaupun menjadi tumpuan pelancong terutama pada setiap hujung minggu, tiada tandas sempurna untuk digunakan oleh pengunjung.  Sampah sarap juga didapati berselerak di beberapa lokasi.

Majlis Daerah Tanjung Malim mendakwa Sungai Bil bukan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu, biarpun dinobatkan sebagai satu daripada lokasi pelancongan di Perak.

Pelik dan ajaib.

Tambah malang lagi, tiada kemudahan talian telefon tetap dan mudah alih  di kampung sama. 

Berikutan itu, saya pernah menulis berhubung isu terbabit berulang kali sebelum ini, klik sahaja di sini, di sini dan di sini.


Eh! Ada lagi, klik di sini dan juga di sini.

Kira-kira jam 12 tengahari tadi, saya menerima panggilan daripaa Azmil.

"Minggu lepas, beberapa pekerja Maxis datang ke kampung kita. Mereka berkata sebelum bulan Disember 2012, Sungai Bil akan dibekalkan dengan kemudahan perkhidmatan jalur lebar," kata kakitangan Kementerian Belia dan Sukan itu, teruja.


Dia adik lelaki tunggal saya dan pada hujung minggu kerap pulang ke kampung bersama emak dan adik perempuan, Maizatul Azlin, untuk membersihkan rumah dan halaman peninggalan arwah abah.

Di entri ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada blogger juga jurutera berpengalaman,  The Red Rambutan kerana bertindak membantu saya mengusulkan masalah kekangan komunikasi didepani oleh penduduk kampung dan pelancong datang ke Sungai Bil kepada pihak kementerian bertanggungjawab.


Selepas ini, sambil mengekori dan melihat Azmil menjala ikan, saya bakal berpeluang mengemaskini blog, status Facebook serta berkomunikasi menggunakan Zello TETAPI terlebih dahulu, talian jalur lebar harus ditukar daripada Celcom ke Maxis.

Tidak salah ...


Bertukar ke talian dibekalkan oleh syarikat telekomunikasi lebih prihatin. Mungkin Celcom memandang remeh keperluan penduduk kampung dan saya, selama ini.

Mari kita lihat fakta.

Pengasas Maxis Behad  ...


Tan Sri T. Ananda Krishnan

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly.


Barangkali kedua mereka tidak mengambil tahu mengenai keperluan penduduk kampung saya, soal remeh  untuk difikirkan oleh mereka berjawatan besar tetapi ternyata kakitangan Maxis cuba memenuhi tuntutan sesama manusia.

Celcom is unable to connect people of Sungai Bil as the company usually claims kononnya 'Connecting people'.

Justeru, terima kasih Maxis. Jika kakitangan Maxis terbaca entri ini, sila sebarkan kepengetahuan pihak pengurusan atasan.

"Penduduk kampung Sungai Bil berapa ramai? Mungkin sebab bilangan mereka sedikit, sebab itu tiada syarikat telekomunikasi ingin membekalkan perkhidmatan mereka," ujar kenalan saya sebelum ini.

Hell ... ooooooooo!

Terfikir, setiap kali tiba waktu mengundi, orang tua uzur di kampung saya, sanggup dipapah menaiki kereta untuk dibawa ke pusat mengundi.

Cuba cakap ...

"Penduduk kampung Sungai Bil berapa ramai? Mungkin sebab bilangan mereka sedikit, sebab itu tidak perlu mengundi"

Pooorah!

Hakikatnya, penduduk kampung saya juga manusia seperti mereka bermastautin di bandar dan bandaraya. Di era teknologi maklumat ini, talian telefon dan jalur lebar dianggap kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, diperlukan oleh semua. Lagipun seperti saya nukilkan sebelum ini, ketiadaan talian telefon bakal menyukarkan komunikasi calon YB untuk berkempen sewaktu Pilihan Raya ke 13 pada Februari 2013 kelak. 

Februari? Hahahahahahahahahaha! Itu sekadar telahan saya sahaja.


Kepada sahabat saya, Kopral  Mohd Azayusrin Kasri, selepas ini andai berkunjung kembali bersama keluarga ke Sungai Bil, tidak perlu lagi berdiri di atas tayar kereta Kembara, hanya kerana ingin berhubung dengan rakan lain.


Buek malu den ajo!

14 ulasan:

  1. Jika Sungai Bill itu sama seperti Triang (saya serahkan kepada en Mazidul untuk mancari info tentang bandar ini ^^, ) maka saya rasa bukan sahaja Maxis segala mak nenek talian pun ada..termasukla talian internet...

    BalasPadam
  2. Suasana yang nyaman di kg Sg. Bil amat menarik di mata saya tapi di mata pihak berkuasa kabuurrr...teruskan informasi sebegini, tapi saya percaya bila hari dah dekat pilihanraya nanti, komunikasi akan ada di kg ini.

    BalasPadam
  3. smoga lepas ni bro boleh update status smbil menyelam sungai bil ;)
    smoga itu bukan janji kosong

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Saya pun dah lama tukar dr Celcom ke Maxis sebab...saya ni pengguna papa kedana yang barangkali hanya sesuai guna maxis sahaja.

    Tahniah! Akhirnya, impian jadi nyata. Moga2 pengguna kaw lain yang hadapi masalah sama juga tak perlu musim pilihanraya utk dapat kemudahan begini

    BalasPadam
  5. SMTI- Syukur dan Tahniah tuan!

    Daripada pemantauan kami, pihak Maxis akan mengambil pendekatan 'Femtocell' (stesen kecil rumah) yang mana mungkin stesen kecil ini akan dipasang dikawasan rumah ibubapa Encik Mazidul, kerana mereka mungkin tidak mahu berbelanja ratusan ribu RM untuk memasang menara perhubungan seperti yang boleh dilihat di kebanyakkan tempat (Menara "Merah Putih"). Kebaikkannya selain dari pengguna akan menikmati rangkaian 3G/2G/EDGE serta panggilan talifonmudahalih serta SMS/MMS, pihak Maxis juga mungkin akan membayar sewa bulanan kepada tuan rumah,

    Dan sedikit kekurangan ialah sistem kecil ini terhad kepada 5 orang pengguna sahaja dalam satu masa, jadilah daripada tak de langsung. yang penting janji ditepati... he he

    BalasPadam
  6. Glamour Kidol!!

    Kampung tempat saya mengajar ni dah ada pencawang Celcom..nampaknya celcom giat untuk menambah keuntungan tapi saya tetap setia dengan maxis ..terpaksalah jadi orang yang ketinggalan dicelah-celah orang yang sudah kehadapan

    BalasPadam
  7. saya pengguna maxis dari tahun 2000 lagi... bukan sbb tak nak tukar pakai line lain, tapi sbb maleh nak tukar kot, service pun ok je takde apa masalah pun walau harga mungkin mahal sikit berbanding lain2

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. memang benar maxsis lebih baik daripada celcom, bayangkan kediaman saya hanya lebih kurang 4km dari bandar pun rangkaian celcom selalu tiada line,,bikin panas..

    BalasPadam
  9. kat tempat saya pon maxis je ada 3g bersama highspeed. yg lain hampeh...

    BalasPadam
  10. oleh kerana kepanasan sudah tahap gaban akhirnya saya mengucapkan selamat tinggal kepada celcom dan saya beralih kepada maxis masalah selesai...

    BalasPadam
  11. encik mazidul,pada pendapat saya penduduk kg encik mazidul mmg memerlukan talian komunikasi tp bg saya syarikat MAXIS hanya mahu keuntungan dr penguna...kalau nk pakai line maxis hanya sekadar untuk call in n out itu tidak menjadi masalah,tetapi perkhidmatan jalur lebar maxis sangat mendukacitakan,tambahan pula untuk melayari jalur lebar kawasan kg bil kena ada acces 3G.Sedangkan negeri perlis pon x dak perkhidmatan 3G,mcm mn penduduk perlis mahu layari internet.ini terbukti jikalau encik mazidul meninjau dlm twitter @maxislitten byk yang complain pasal jalur lebar termasuk saya sendiri,malah segala masalah yg di utara kan kepada petugas maxis agak lambat tindak balas.saya bukan nk "kondem" maxis tp itu hakikat sebenar....maxis hanya mahu keuntungan dr penguna sahaja.

    BalasPadam
  12. alhamdulillah akhirnya kampungku ada talian juga. .

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.