Selasa, September 18, 2012

WAJARKAH FILEM INNOCENCE OF MUSLIMS DITONTON? TANYALAH USTAZ

Saya yakin, majoriti bangunan Kedutaaan Amerika Syarikat di negara dihuni penduduk Islam kini dikawal ketat oleh pihak polis gara gara penerbitan filem pendek anti-Islam, Innocence of Muslims, menghina maruah junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W.

Rusuhan mula tercetus pada 11 September lalu, antaranya melanda negara Arab, Pakistan, Afganistan, Indonesia, Nigeria dan Australia.



Ana Gurji, 21 tahun, pelakon filem dirakamkan di California, Amerika Syarikat terbabit dilaporkan menelan pil tidur akibat tekanan.


Ana memegang watak isteri muda kepada watak lelaki, George dalam filem arahan Nakoula Basseley, 55 tahun  atau lebih dikenali sebagai Sam Bacile (gambar lelaki di atas).

Nakoula, penganut Kristian Koptik diberkas oleh polis di Los Angeles namun menghairankan, dia disoal siasat berhubung kes penipuan bank pada tahun 2009.

"Saya tidak tahu, Sam Bacile memperdayakan saya dengan menukar watak George kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah kerana bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu," ujarAnna seperti dilaporkan oleh akhbar The Mail Online.

Saya percaya, umat Islam berfikiran logik. Jika benar Anna diperdaya, dia tidak akan menjadi mangsa kecaman dunia biarpun setakat ini lebih 20 bangunan kedutaan Amerika Syarikat diserang masyarakat Islam berang.

Saya berasa amat yakin, paparan dengan bajet pembikinan kurang US1 juta itu sememangnya dirancang untuk menghina Nabi Muhammad sekaligus mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Mengapakah You Tube menyiarkan filem itu?

Untuk rekod, You Tube, anak syarikat Google telah menyekat paparan filem sama di negara dihuni penganut Islam terbesar di dunia, Indonesia, klik di sini untuk membaca laporan Utusan Malaysia.

Di Malaysia, filem terbabit masih boleh ditonton sehingga entri ini ditulis.

Malam tadi saya dan beberapa rakan bertemu pendakwah, Ustaz Zaharuddin Zainal Al-hafiz di restoran mamak di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Thaif, satu kawasan terletak di antara Mekah dan Madinah. Nabi pernah dihina, dicaci, dibaling batu dan dilemparkan najis oleh penduduk beragama Majusi, Nasrani dan Yahudi di situ. Sampai satu ketika Jibrail turun dan bertanya kepada nabi. Ya Rasulallah, adakah kamu hendak aku mengangkat bukit Uhud ini dan dihempapkan ke atas penduduk Thaif  berikutan tindakan mereka terhadap kamu? Nabi berkata, wahai Jibrail tidak perlu engkau mengangkat bukit Uhud.  Mereka tidak beriman tetapi mungkin anak cucu mereka kelak akan beriman kepada Allah. Kalau kini  mereka  dihempap maka tiada lagi zuriat mereka untuk beriman kepada Allah. Akhlak Nabi memang begitu. Kalau kita, ada pistol, pasti kita tembak. Sewaktu orang dari kelompok sama sakit, nabi Muhammad menziarahi dia. Bertanya, sihat ke? Apabila pesakit bertemu dengan nabi Muhammad, dihina olehnya sebelum itu tanpa diiringi oleh sahabat, tersentuh hati dia. Itu antara kaedah Nabi berdakwah," ujar Ustaz Zaharuddin.


Kru Penyingkap Fakta, Boy, Azayusrin dan rakan Gazali Abdul Rahman khusyuk mendengar.


"Apakah komen ustaz berhubung filem Innocence of Muslims didapati menghina Nabi Muhammad?," soal saya ringkas.

"Pada pandangan peribadi saya, pengarah filem itu bertujuan membangkitkan kemarahan umat Islam. Tindakan mereka menyerang bangunan kedutaan Amerika Syarikat mengakibatkan orang Islam  berkebaranglian dicop sebagai pengganas. Sekaligus Islam didakwa agama mengalakkan keganasan dan bukan menyeru ke arah keamanan dan kesejahteraan. Mungkin juga kes ini membabitkan kumpulan Freemason atau Trinity. Mereka cuba mencetuskan persengketaan di kalangan penganut agama Islam dan Kristian.  Freemason, kelompok tidak beragama dan penyembah syaitan serta iblis. Jika penganut agama Islam dan Kristian berperang, objektif  dirancang tercapai kerana mereka tidak beragama. Pengikut Freemason  bersekutu dengan Dajjal, bakal keluar pada akhir zaman," tambah Ustaz.

Ustaz Zharuddin terus berkongsi pandangan dan fakta.

"Di zaman Rasulallah, seorang Arab Badwi, bukan beragama Islam masuk ke dalam masjid, rumah Allah dan kencing. Sahabat melihat kejadian itu berasa amat marah kerana tempat suci agama Islam dicemari. Namun Nabi Muhammad memgambil tindakan berbeza, dia sendiri membersihkan najis terbabit. Itu satu lagi akhlak Nabi untuk menunjukkan Islam itu tidak bertindak melulu, Islam itu agama aman sejahtera," jelas beliau.

"Apakah tindakan paling sesuai khususnya kita di Malaysia untuk mengatakan kami tidak bersetuju  berbanding terbabit dalam rusuhan seperti  berlaku di banyak negara sekarang?," soal saya lagi.

"Kita sebagai orang Islam tidak perlu terkejut dengan provokasi dilakukan oleh pengarah filem terbabit.  Kita semua sedia maklum, memang musuh Islam sentiasa mencari kelemahan dan kesalahan umat Islam untuk mereka menyerang kembali umat Islam dengan pelbagai tohmahan. Pada masa sama, jika kita berdiam diri, kita bermaksud bersetuju dengan kandungan filem diterbitkan. Tindakan kita tidak boleh terburu-buru dengan membunuh orang kafir sewenang-wenangnya. Nabi tidak pernah mengajar kita untuk membunuh. Dalam Islam, niat tidak pernah menghalalkan cara. Kita harus merujuk kepada sumber dalil, Al-Quran dan nas juga ijtihad daripada ulamak muktabar sebelum bertindak.

"Penggal sahaja kepala pengarah filem itu? Tindakan itu kini dilaungkan di seluruh dunia. Wajar?," tanya saya.

"Dalam satu kejadian, sahabat nabi, Saidina Umar Ibn Al-Khattab terlihat maruah seorang wanita Islam digugat oleh kelompok kafir. Dia berasa amat marah lalu mengistiharkan perang terhadap kelompok pengacau terbabit. Jika kita teliti, kejadian itu hanya membabitkan maruah diri seorang wanita Islam berbanding kejadian secara jelas menaikkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila nabi Muhammad, kekasih Allah dihina, justeru kita tidak boleh menyalahkan mereka ingin memenggal kepala pengarah itu. Di Malaysia, kita boleh menghantarkan memorandum bantahan melalui pihak kedutaan Amerika Syarikat," kata imam Masjid Ibnu Khaldun, Sungai Besi, Kuala Lumpur  itu.

"Ustaz, filem pendek itu kini disiarkan oleh You Tube dan boleh diakses di Malaysia. Wajarkan filem itu ditonton oleh umat Islam? ," soal saya.


"Sekiranya filem itu ditonton tanpa ilmu dan aqidah kukuh, andai kata hati terdetik mengiyakan bahan penghinaan dipaparkan dalam filem terbabit,  dibimbangi aqidah umat Islam mampu terjejas kerana kita tanpa disedari turut mempersendakan Nabi  Muhammad walaupun secara zahirnya kita tidak.  Justeru saranan saya, lebih baik kita tidak menonton filem Innocence of Muslims," jelas anak kelahiran Melaka itu.


Klik di sini.

16 ulasan:

  1. smti.... betapa indah akhlak nabi junjungan kita.... thanks sbb share pandangan dr ustaz Zaharuddin

    BalasPadam
  2. tulisan yg hebat
    saya setuju ttg tujuan filem ini dibuat supaya org islam memberontak dan ini mmbuat umat islam nampak ganas dan zalim..itu tujuannnya.

    BalasPadam
  3. ini semua adalah konspirasi barat utk menjatuh dan memberi gambaran buruk terhadap agama Islam, namun kita janganlah pula terpengaruh dan terjerat dalam perangkap musuh Islam itu... seperti yg sedia maklum Youtube tu pun bukan orang Islam punya, so tindakan mereka menyekat video itu hanya di negara2 Islam tapi tidak di negara bukan Islam menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam membendung video itu...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. smti. setuju, filem itu sengaja dibuat untuk membangkitkan kemarahan orang islam. lebih baik jgn tonton.

    BalasPadam
  5. Bagus jawapan ustaz ni sebagai seorg practicing Muslim. Bukan nk emosi tak menentu arah mcm si fanatik sana sini tu. Haishh

    BalasPadam
  6. Islam mengajar kita mempertahankan 5 perkara

    1. NYAWA
    2. NEGARA
    3. HARTA
    4. MARUAH dan
    5. AGAMA...

    Semuanya bergantung jugak dengan Mazhab dan kepimpinan Islam dinegara umat Islam...

    Hanafi, Syafie, Maliki dan Hanbali berbelah pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang ingin berjihad, seruan jihad dilaungkan, bagi mereka yang ingin berdiplomasi maka mereka berunding.

    Sebenarnya terpulang kepada persepsi masing-masing kerana kita semua tahu, selemah-lemah iman itu ialah menegur dalam hati... bukan protes dan bukan jihad.

    Wallahua'lam

    Fikir-fikirkanlah..

    Terima kasih Mazidul.

    Dr Kamal Shah
    Sutan Rajo Sati
    Pasir Puteh
    Kelantan
    http://lintauartstudio.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. Saya beragama Kristian dan saya mengutuk sekeras2nya Video ini! .

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.