Selasa, September 25, 2012

STATUS TRAFIK 1MALAYSIA DI ZELLO


Kesesakan lalu lntas mengganggu perjalanan kita ke destinasi tujuan.

Justeru perkongsian keadaan trafik di semua lebuhraya dan juga jalan kecil di seluruh Malaysia, InsyaAllah akan membantu kita semua merancang perjalanan secara lebih baik.

Oleh itu saya telah mewujudkan CHANNEL Status Trafik 1Malaysia menggunakan perisian Zello.

Untuk mendengar laporan trafik dan berkongsi maklumat, sila :

1. Download perisian 'Zello' menggunakan Play Store di android atau Iphone.
2. Daftar sebagai pengguna, hanya memerlukan username dan password.
3. Cari CHANNEL 'Status Trafik 1Malaysia'.
4. Add sebagai ahli.

AMARAN : Saya telah merujuk kepada pihak berkuasa, kita hanya dibenarkan berkongsi maklumat mengenai kesesakan lalu lintas, lokasi kemalangan dan keadaan cuaca di jalan. Berkongsi informasi berhubung lokasi road block dan speed trap, TIDAK dibenarkan.

Saya akan menjadi admin kepada channel ini.

Berhubung secara berhemah untuk kebaikan semua.

Terima kasih semua.

2 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.