Rabu, September 05, 2012

'NASI LEMAK' 20 SEN (ENTRI BERGAMBAR TANPA DIKABURKAN)

"Siapa dia ini?," soal saya kepada gadis Melayu duduk di sebelah. 


"Entah! Hey! You!," ujar gadis manis itu.

Namun gadis 'bertudung' litup di atas tidak langsung mendongak. Lalu saya mula merakamkan gambarnya secara keseluruhan mengikut sudut bersesuaian.


Dia gadis Thailand, antara pelayan pelanggan, GRO, diberkas oleh pasukan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, D7 Ibu Pejabat Polis Kontingen, IPK Kuala Lumpur pada sekitar jam 12.20 malam tadi.

Operasi diketuai oleh Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, DSP Azman Mohd Isa.


"Dalam operasi kali ini kita menahan 50 GRO warga Thailand, Indonesia dan Filipina dan mereka akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa menggunakan permit sah. Selain itu kita juga memberkas lapan pekerja warga asing dan akan disiasat di atas kesalahan sama," ujar DSP Azman.


Tambah beliau, hasil serbuan di dua premis beroperasi tanpa lesen itu, dua warga tempatan turut ditahan kerana  menggajikan pekerja negara asing tanpa permit sah.

Pusat hiburan terbabit agak gelap dan sejuk.

Namun majoriti GRO bertugas berpakaian seksi dan menggunakan keluasan kain minimum di tubuh mereka.

Berikut antara gambar saya rakamkan untuk membuktikan kenyataan di atas benar. 


'Nasi lemak' 20 sen, barangkali sebilangan pelanggan gemar. Biarpun tidak begitu mengenyangkan tetapi jika dimakan banyak bungkus tetap memuaskan.

Sendawa. 

It is about quality not quantity.


Bertubuh kurus, saya percaya majoriti GRO kesejukan bekerja di premis terbabit justeru memerlukan pelanggan untuk memanaskan tubuh terdedah. 


Tidak hairan, biarpun sudah diserbu 3 kali sepanjang tahun ini, dua premis hiburan di Sri Hartamas, Kuala Lumpur itu masih terus degil beroperasi.

"Kali terakhir kita menyerbu premis ini, malam di ambang merdeka," tambah DSP Azman.

Pelatih program 999 dari Universiti Putra Malaysia di bawah sempat berbual mesra bersama 2 gadis tempatan turut diperiksa.

Belajar baik baik, ilmu berada di mana jua.


"Saya pelanggan bukan bekerja di sini," dakwa gadis duduk di kanan sekali.

Saya tidak bertanya, dia membuat kenyataan tanpa dipaksa.

Jika dia pekerja di premis itu sekalipun, hanya penguat kuasa Jabatan Agama Islam berhak untuk menangkapnya. Tanpa segan silu dia meneguk arak dari beer tower sebelum dibawa ke kenderaan polis menunggu di luar premis.


GRO di bawah menangis tanpa henti. Sedih benar saya melihat dia.


Barangkali dia berasa bimbang kerana cuaca di luar agak panas berbanding suhu di dalam premis dia bekerja namun rakannya tidak menghadapi sebarang masalah.


Di manakah dia membeli baju sebegitu? Keliru saya, coli atau layak digelar pakaian? Untuk rekod, sewaktu merakamkan gambar di atas, saya memejamkan sebelah mata.

... akibat silau melihat warna putih kulitnya.


Sebaik mereka semua diarah berjalan ke kenderaan, saya menunggu dengan penuh sabar. Menunggu untuk merakamkan wajah gadis 'bertudung' tadi ...


Klik!

Saya amat bernasib baik, pose istimewa ini berjaya diabadikan.


Usah bimbang, bulan hadapan datang kembali.

22 ulasan:

  1. semoga gejala ini dapat dibanteras dengan sebaiknya...

    BalasPadam
  2. smti...

    adehh.. kelakar laa tang pejam sebelah mata tu..

    BalasPadam
  3. hahaha ayat akhir tu yang best tu ...Usah bimbang, bulan hadapan datang kembali.

    Masalah GRO ni tak pernah selesai dan rasanya will never be... adoi

    Dr. Kamal Shah
    Pasir Puteh
    Kelantan
    http://lintauartstudio.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Dunia akhir zaman.. Dosa, maksiat dan kejahatan semakin berleluasa pada zaman sekarang ni..

    Diharap dengan berita kematian akan sedikit menginsafkan mereka daripada terus membuat dosa...

    Cerita Tentang Orang mati Hidup Balik (Klik Di Sini)

    BalasPadam
  5. gro yg menangis tu kantoi nampak muka... hidung mancung adakah dari cina? mcm muka melayu/indon je... dah kena baru la nak nangis... masa bagi nasi lemak 20 sen tak beringat. tapi pelatih program 999 UPM yg pakai tudung tu comel la... boleh berkenalan ke hahahaha

    btw baju seksi jaring2 yg nampak coli tu byk tempat boleh beli, kat internet pun byk, cari ja buy sexy lingerie

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. "Tanpa segan silu dia meneguk arak.."

    melayu ke tu.. bro..?
    kelass gitu... !
    advanced, educated,...
    sophisticated gitu !! i like !

    BalasPadam
  7. Patut kat pasport kena chop, dilarang masuk Malaysia 3 tahun, berkuatkuasa dari tarikh ... dan dimasukkan dalam pengkalan data, larangan masuk sehingga ... takkan lah macam ni tak boleh buat, Jepun Boleh.

    BalasPadam
  8. hmm bulan depan dtg lagi kan...
    mcm cendawan tumbuh lepas ujan..
    macam biskut chipsmore pun boleh,

    BalasPadam
  9. semua ini tidak akan berakhir sekira terlalu banyak van siam atau van transit yang bernombor plat thailand boleh bergerak bebas dari sempadan ke ibu negara atau ke selatan tanah air...memang van tersebut mengunakan cermin gelap , pihak berkuasa hanya pejam mata atau buat kenyataan hanya masuk ikut prosedur sebagai pelancong padahal mereka yang tidak tahu menyelidik kemana arah mereka pergi...van tersebut pasti akan transit di mana hotel di ibu kota sebelum perempuan ini diagihkan ..memandangkan pasport yang warga thailand ini masuk ikut syarat tetapi mereka akan keluar ikut syarat imigresen...sama juga kedai tomyam...dan penjaja yang jual keropok...gejala ini tidak akan berakhir sekiranya penjawat awam kita yang tegas...semua penakut untuk tangkap kerana akan ada akibat bila taikun besar link dengan pengarah_pengarah jabatan berkenaan akhirnya penjawat awam tersebut akan ditukarkan dalam masa 24 jam...bila masalah ini berlaku semua orang akan tuduh kakitangan kecil yang x buat kerja ..padahal arahan pasti dari orang atasan atau pengurusan besar yang gred pengarah...

    renungkanlah dan selidik ngan tepat ..yang kena kakitangan biasa , yang terlepas dari hukuman siapa yang bagi arahan untuk bertindak atau kuasa...
    \

    BalasPadam
  10. Aiman, saya suka membaca TETAPI saya lebih suka membaca komen disertakan dengan fakta bukan sekadar tanggapan.

    BalasPadam
  11. Tak payah pergi Hadyaaii utk dpt kan gadis Thai, cukup berada di negara yg kita banggakan sbg negara Islam ini pun maksiat bercambah...Penguatkuasa? Paham2 sajalah....

    Esok dtg lagi, jgn tak dtg ke negara Islam kami tau....

    BalasPadam

  12. amat setuju dgn pandangan/pendapat Aiman Syafiq

    semua dah settle..
    siap bayaran mingguan lagi !!!
    jika tidak ditukarkan dalam masa 24 jam skali pun...
    siap la ngko..
    rumahtangga disimbah cat merah/itam !!

    BalasPadam
  13. Bro Mazidul,

    Sebagai rakyat yang bimbang dengan masalah ini, saya yakin 'ada yang tak kena' dengan pihak berkuasa kita apabila premis yang diserbu lebih daripada sekali masih dibenarkan beroperasi dan mengulangi kesalahan.

    Persoalannya, adakah ia umpama kucing dan tikus?.. Atau pun 'bangau oh bangau'..

    GRO (Baca: pelacur) ini perlu diberi hukuman tegas seperti sebatan atau diharamkan masuk ke negara ini.

    Susah sangat kah?

    BalasPadam
  14. En. Mazidul, tuan punya premis pulak macam mana? Tak kena tangkap ke? Asyik gambar pekerja je yang selalu keluar, tapi camane pulak dengan owner premis?

    BalasPadam
  15. Setuju dengan Brahim nyiur ... there must be something fishy going on .. dah 3x kena serbu .. tapi masih on macam biasa !! Juga setuju dengan Armouris .. cuba nyatakan siapa pemiliknya .. degil tegar semacam je .. kekadang terfikir juga ... macam buang masa pegawai kita je .. serbu..tangkap.. tapi tak selesai juga. Di tempat yang sama .. operasi berjalan semula macam biasa.

    BalasPadam
  16. Bagus.... contoh baik negara Islam.
    Aceh juga dah buat macan tu, tapi banyak sangat tantangan. jangan lupa doakan sodare kat sebrang sini...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.