Ahad, September 09, 2012

PETUA BERCAKAP SECARA SPONTAN

"Aku kalau bercakap depan orang ramai sambil duduk, no problem tetapi once berdiri, aku goyang," ujar rakan, Gazali Abdul Rahman.

Kami bertemu pada jam 11 malam semalam di restoran mamak.

"Bagaimana kalau 10 orang pelajar Tadika diletakkan sebagai audien dan engkau kena berdiri di hadapan mereka. Masih goyang?," soal saya.

"Sama," ujar Gazali.

Lalu kami berbincang dan saya kongsikan beberapa petua bersamanya.

Kira-kira 5 tahun lalu, saya diundang ke kolej kejururawatan swasta di Bachok, Kelantan. Sewaktu lawatan tidak formal itu saya secara spontan diminta untuk memberikan ceramah motivasi ringkas kepada ratusan pelajar, majoriti perempuan.

Mereka semua duduk di dalam dewan.

Adakah saya berasa panik untuk mendepani mereka pada ketika itu? 

Tidak.

Tanpa persiapan awal, apakah bahan bakal saya persembahkan kepada pelajar sedang menunggu? Masalah itu juga saya tangani.

Saya lihat, tiada rostrum disediakan di ruang hadapan dewan. Majoriti daripada kita barangkali kurang berasa selesa jika bercakap di hadapan khalayak ramai tanpa rostrum. Mengapa? Rostrum menyembunyikan sebahagian daripada tubuh kita dari sudut pandangan audien. Mereka tidak dapat melihat kita sepenuhnya terutama dari bahagian pinggang ke bawah.

Tanpa rostrum, mereka hanya dapat melihat bahagian atas tubuh kita. Andai kata zip seluar terbuka sekalipun, kita terselamat.

Hahahahahahahahaha!

Baik, apakah saya lakukan kemudian?

Saya menenangkan diri dalam tempoh beberapa saat sambil cuba mengimbau kenangan lalu berkaitan dengan kisah kejururawatan.

Saya pernah dirawat di hospital sewaktu berusia 15 tahun akibat demam malaria. Berlandaskan kenangan lalu, saya membuka bicara. Saya kongsikan pengalaman getir melihat tingkah laku jururawat gemuk dan bermulut bak murai tercabut ekor ketika mendekati pesakit.

"Dia berjalan mendada di ruang antara katil sambil mencekak pinggang, menjeling ke kiri dan ke kanan, sekaligus membebel," kata saya.

Fakta itu terbukti mengusik hati ramai.

"Masa buat anak sedap, bila hendak melahirkan anak terjerit-jerit!"

Itu antara kenyataan lazim dilontarkan oleh sebilangan jururawat zaman dahulu. Kini, saya terangkan kepada mereka, perlakuan jururawat jauh berbeza. Jika ada masih gemar melontarkan kenyataan menyakitkan hati sebegitu kepada ibu mengandung, cuma segelintir sahaja.

Mengapakah saya menyentuh isu itu? Kerana isu itu terlalu dekat dengan diri mereka sebagai jururawat. Dalam tempoh beberapa tahun mereka dijangka bakal bertugas di klinik atau hospital dan akan membuat keputusan berhubung setiap tindakan.

"Jururawat sekarang lebih beretika dan mendapat latihan profesional dalam jurusan mereka ceburi," tambah saya lagi.

Selalunya manusia gemar dipuji sewaktu kita membuat perbandingan.

Saya meminta mereka semua memastikan pesakit di bawah jagaan di masa akan datang berada dalam keadaan selesa dari aspek psikologi sepanjang tempoh dirawat di hospital.

"Pesakit datang ke hospital kerana mereka sakit bukan untuk bergembira," kata saya.

Saya bukan doktor dan bukan juga pakar dalam bidang hospital tetapi sebagai pelanggan, saya juga mempunyai cadangan untuk diusulkan kepada semua pelajar menjadi audien pada waktu itu.



Maksudnya, biarpun diminta untuk bercakap secara spontan, terdapat pelbagai kaedah untuk kita 'menyelamatkan diri', berfikir, memerah ide dalam tempoh singkat sekaligus bertindak secara tenang.

Ide bernas hanya menjengah jika kita mampu mengawal keadaan, be in control. Pada masa sama, ide juga mampu dicetuskan dari pengalaman lampau.

Untuk mencuri masa bertenang, usah lupa mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis atau perantara bertugas biarpun tetamu kehormat, Perdana Menteri.

Kelak, saya akan sentuh berhubung etika komunikasi itu.

InsyaAllah.

Berbalik kepada masalah  didepani oleh rakan saya, Gazali ...

Sebelum berdiri di hadapan khalayak ramai, kita harus MENYAKINKAN diri dan percaya informasi bakal kita kongsikan bersama audien, istimewa.

Kepercayaan itu sekaligus mengangkat kita berstatus istimewa.

"Aku akur barangkali sebilangan kecil audien mengetahui maklumat berhubung bahan bakal aku persembahkan tetapi mereka tidak tahu semuanya secara lengkap seperti aku ketahui. Jadi aku istimewa dan akan mampu mengawal situasi. Jadi mengapakah aku harus berasa gemuruh? Gementar? Goyang? Mereka semua menunggu untuk meraih ilmu bakal aku kongsikan. I am the master NOT them"

Tanamkan kenyataan seperti di atas di minda untuk meningkatkan kadar keyakinan dalam diri.

Fikirkan, mengapakah sebagai ayah, Gazali tidak pernah berasa gusar atau gementar berdiri di hadapan anaknya dan bercakap?

Jawabannya mudah.

... kerana dia mampu mengawal mereka (he is in control) dalam apa jua situasi kerana dia LEBIH berilmu berbanding mereka.

Begitu juga sewaktu berdiri di hadapan audien, kita WAJIB 100% yakin, kita lebih berilmu berbanding mereka berhubung topik dibicarakan, jika tidak mengapakah kita harus berada di situ?

Jika berminat untuk mengikuti kelas pengucapan awam dikendalikan oleh kelompok profesional, sila berhubung dengan saya melalui emel mazidulakmal@yahoo.com atau WhatsApp 0192445354.

2 ulasan:

  1. i like this informasi tuan mazidul, very nice

    BalasPadam
  2. smti: tak sabar nk tunggu bulan November aihhh...:)))

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.