Rabu, September 26, 2012

SOLAT DI RUMAH URUT

Banyak kisah gadis urut dilaporkan di media massa.

Selain daripada warga asing, gadis tempatan juga terbabit dalam kegiatan mengurut. 

"Dua tahun lalu, saya pergi mengurut badan. Tukang urut, gadis Indonesia. Dia kata, di Indonesia dia memang bekerja sebagai tukang urut tetapi tidak perlu membuat oral seks dengan pelanggan. Di sini berbeza, dia terpaksa melakukannya berikutan kehendak sebilangan pelanggan dan dipaksa kerana berhutang dengan majikan membawanya masuk ke Malaysia. Dia bertanya kepada saya, hendak servis extra ke? Saya jawab, tidak. Selepas diurut, saya ke bilik air," ujar kenalan.


"Selepas itu?," soal saya.

"Masa saya kembali semula ke bilik tempat diurut sebelumnya, saya lihat gadis itu bertelekung dan sedang solat. Saya terpegun buat seketika," balasnya.

Itu hanya satu daripada kisah diceritakan kepada saya dan saya pasti banyak lagi bingkisan dan luahan hati mereka terbabit dalam kegiatan bak cendawan tumbuh selepas hujan di negara kita ini.

Untuk paparan Majalah 3 seterusnya, saya memerlukan respondan.

Mereka ketagih mengunjungi rumah urut, ingin berkongsi pandangan, hubung saya menggunakan emel mazidulakmal@yahoo.com. Identiti diri, saya rahsiakan.

Bekas pekerja rumah urut ingin berkongsi pengalaman, dialu-alukan untuk berhubung dengan saya.

"Sekarang ini, pelajar sekolah pun sudah pandai menjejakkan kaki ke rumah urut," dakwa seorang lagi rakan.

"Daripada mana mereka dapat duit?," tanya saya kembali.

Rakan itu terdiam buat seketika.

"Itulah, saya pun hairan. Saya dengar, kalau urut sekali dengan seks, harga servis, di antara RM160 dan RM180 pun boleh dapat. Saya cuma bimbang jika sebilangan pelajar perempuan, ponteng sekolah dan kemudian bekerja di rumah urut, fast money," katanya.

Pandangan pembaca mengenai kegiatan rumah urut, amat saya hargai.

Lontarkan di sini.

Juga klik di sini.

7 ulasan:

  1. Baru je berurut ahad lepas...dengan makcik kampung ni..

    bahaya juga ye kalau budak sekolah..picit-picit sikit, terus bagi extra servis.Alang-alang dah 'kena tebuk'..dapat duit boleh beli macam-macam..mungkin itu yang mereka fikir.Nauzubillah

    BalasPadam
  2. Di Bukit bintang tu banyak perkhidmatan urut, gadis-gadis muda belia ramai yang jadi tukang urut, siap dengan pujuk rayu lagi kepada pelanggan.tak tahu pula di samping mengurut itu ada kegiatan lain huhu

    BalasPadam
  3. orang macam gadis indon tukang urut tu kesian... orgnya mungkin baik, ingin mencari rezeki yg halal tetapi terpaksa membuat maksiat kerana telah berhutang dgn manusia...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. SMTI

    Hmm saya harap sgt ia ia di paparkan bukan di majalah 3 (==)...kadang2 sya rasa M3 dah jadi mcm slot jenayah 360/999...bkn saya x sokong ia dipaparkan taw...mcm siri pengemis aritu bagus tpiii...
    konsep asal M3 dah berubah sekarang makin boring taw,x mcm dlu penuh dgn sesuatu yg fresh yg membuat penonton teruja menanti...@ slot MM3 mmg akan 'pencen' kan x lama lagi ke?

    pss: hanya pendapat jgn marah ye he3

    BalasPadam
  5. Mamat, terima kasih atas komen.

    Setiap penonton memounyai pandangan tersendiri dan tidak semestinya dipersetujui majoriti.

    Ma

    BalasPadam
  6. salam..bro mas,saje singgah nak memnuhi blog ni..huhu..sya juga risau dgn urut2 ni.risau kiranye ada pelajar yg wat pattime mengurut,sng.cpt dpt duit.semua pihak kena BUKA mata sbenarnya.passl tu lah bila imigresen byk tnya itu ini pada pax,ade plak mntri yg dok nyibuk "jgn dok tanya banyak2 pada penumpang coz depa mai malaysia,kita dapat duit".betui lah kita dpt duit,bala pon dapat,lgpon bila gejala sosial dah nazak,bukannye menteri bekenaan yg turun padang tangkap pelancung berkenaan,iyo dok?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.