Khamis, September 27, 2012

CEPAT! PELUANG TERHAD

10 hari lagi, semua peserta CakapDotCom akan bertemu fasilitator ELIT di sesi selama 3 jam di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Kepada mereka telah mendaftar menjelaskan pembayaran, terima kasih.


Fasilitator bebas-bosan, Omar Abdullah, Kamal Affendi Hashim dan jemputan khas, Zakiah Anas bakal berkongsi pengalaman mereka sebagai pengucap awam di antara 20 dan 30 tahun di bidang penyiaran.


Penggerak utama CakapDotCom, Azmil Abdul Aziz,  menghubungi saya tengahari tadi. 

"Setakat ini 15 orang telah bersetuju menjadi peserta. Mereka terdiri daripada penceramah televisyen, pengendali lelongan hartanah, penceramah motivasi, ahli perniagaan dan pemilik homestay. Kami masih menunggu 5 lagi peserta bertuah untuk menyertai sesi pada 7 Oktober 2012, bakal berlangsung di antara jam 9 pagi dan 12 tengahari.

Tajuk sesi dipilih, 'Kaedah menjadi pengucap awam lebih yakin'.

Dalam sesi itu, semua peserta diberikan peluang untuk berkongsi pengalaman dan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan mereka ketika berucap di hadapan audien. Pada masa sama, mereka juga berpeluang mempersembahkan kebolehan dalam bidang pengucapan awam dan bakal dinilai oleh fasilitator berpengalaman terbabit.


"Dalam sesi itu, kami ingin semua peserta to have fun sambil menimba pengetahuan tambahan, hasil perkongsian ilmu bersama fasilitator. Kami percaya setiap peserta mempunyai ilmu dan pengalaman tersendiri dalam bidang pengucapan awam, cuma berpeluang untuk diperbaiki mengikut kesesuaian. Kami menjamin sesi itu kelak akan dimeriahkan dengan hilai tawa dan 'bakat' peserta sebelum ini terpendam. Selepas sesi pertama ini, InsyaAllah dengan sokongan ramai, dalam sesi seterusnya, kami bercadang untuk membuka CakapDotCom antaranya kepada pelajar institusi pengajian tinggi, ahli politik dan penguat kuasa di samping orang awam berminat. Sesi CakapDotCom boleh disesuaikan mengikut tuntutan audien, could be customized," tambah Azmil.

Kepada mereka berminat untuk menjadi lebih yakin sewaktu bercakap di khalayak ramai, sila hubungi Azmil di talian 013 63 666 73  atau hantarkan emel ke cakapdotcom@gmail.com pada bila-bila masa.


CakapDotCom 'Penjana Keyakinan Pengucap Awam'


3 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.