Isnin, September 03, 2012

KAEDAH BERKESAN MEMPROMOSIKAN BLOG

Malam semalam saya menghadiri majlis sambutan Hari Raya di Bandar Kinrara, Kepong, Kuala Lumpur. Majlis Brig. General (B) Datuk Ameerudin Mohamad Nor dan Datin Maizon Ahmad dimeriahkan dengan kehadiran rakan taulan dan saudara mara.

Mereka, saya panggil Uncle Ameer dan Untie Maizon. Lima anak mereka saya kenali sejak mereka masih kecil dan remaja. 

Kini semua sudah meningkat dewasa.

Berikut beberapa gambar pegun saya rakamkan sepanjang berada di majlis terbabit.

"Nanti tengok di Mazidulakmal.com," ujar saya setiap kali memetik punat rakaman kamera digital.

Berikut gambar seorang daripada sepupu saya. Biarpun agak pemalu namun amat menghormati orang tua.


Berikut abang sulungnya, Affendy, pada malam itu sibuk menguruskan pengutipan dan memudahkan proses pelupusan sampah. Hakikatnya, jika diperhatikan, ramai antara kita gemar menghadiri acara majlis rumah terbuka tetapi kekadang berat tangan untuk membuang sampah ke tempat sepatutnya.


Barangkali kerana itu dia menjadi anak kesayangan ibu ...  


Begitu juga adik lelakinya (berbaju Melayu di bawah), rajin membantu melayan tetamu dengan senyuman tanpa putus.


Sepupu saya seorang lagi, Azura (Gambar di bawah: Tengah), kini menuntut di UiTM Shah Alam dalam bidang Komunikasi Massa.


"Gambar ini akan dimasukkan di mana?," tanya tuan haji di atas.

Di situlah saya mempromosikan blog ini.


Mereka di bawah TIDAK pernah diundang untuk menghadirkan diri ke sesi uji bakat iklan Colgate.


... hanya mengukirkan senyuman kerana gembira berjumpa ahli keluarga.


Kakak Fatimah Abu Bakar dan keluarga turut berada di lokasi sama.


Perempuan tetap perempuan, barangkali itu difikirkan lelaki sedang memerhati di bawah.


"Mazidul makan tapai ini, dibawa dari Terengganu," pelawa  Untie Maizon.


Terima kasih Uncle Ameer dan keluarga kerana sudi mengundang kami semua.


Dahulu, sewaktu bertugas sebagai pegawai tentera, barangkali garang dan tegas. 

Kini tidak lagi.

Selamat Hari Raya!

6 ulasan:

  1. Mmg seronok berjumpa sanak saudara dlm majlis macam ini. Budaya tidak mengangkat pinggan/gelas selepas mkn dlm majlis berkemungkinan 'menghayati' konsep semasa mengambil mknn/minuman itu sendiri iaitu 'self-service'. Jd, 'pandai2'lah pinggan gelas itu melompat sendiri ke dalam besen/tong sampah.

    BalasPadam
  2. Salam Sahabat..

    Gambar ke 13, yang selepas gambar sepupu awak yang buat Mass Comm tu...dalam gambar tu ada pakcik pakai batik...sedara ke?Saya kenal sangat tu...

    BalasPadam
  3. saya berkenan dengan BEG SANDANG en mazidul tu ... boleh bagi tau.. kat mana yer ada jual ??

    BalasPadam
  4. Bang biar betik Bandar Kinrara kat Kepong? Kat Puchong rasanya ...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.