Khamis, September 13, 2012

ENTRI INI HANYA UNTUK BACAAN LELAKI

Saya tergamam  mendengar perbualan beberapa rakan petang semalam. Identiti mereka saya rahsiakan untuk kebaikan dan kesejahteraan semua.

"Kita lelaki kena ingat, kalau sekali membuat kesalahan dengan teman wanita atau isteri, sampai mati sukar mereka maafkan," ujar Hamid.

"Betul! Betul!," celah Huzir spontan.

"Jadi ringkasnya, do not confess. Maksudnya, bila kita melakukan kesalahan, jangan mengaku. Cuba cari alasan terbaik untuk dikemukakan," kata Hashim.

"Kau cakap memang mudah Hashim. Kalau kita tengah panik, ide selalunya tidak datang ke kepala otak. Tambahan pula apabila perempuan mula berleter di hadapan mata dan sekaligus melontarkan pelbagai tuduhan macam tembakan Scud missile. Tepis tepis sekalipun masih terkena juga. Cedera dan terguling-guling," kata Huzir sambil tersenyum.

Hamid menyalakan api rokok.

"Memanglah, kau manusia jenis cepat gabrah tidak menentu. Apabila isteri 'tekan', herdik sikit, mulalah muka engkau pucat tidak berdarah, jantung berdegup kencang macam langit hendak runtuh. Biarpun barangkali isteri kau hanya sekadar serkap jarang,  melontarkan tuduhan bertalu-talu. Aku pun hairan bagaimana kau terlalu cepat confess.  Ya, Sabtu minggu lalu abang sebenarnya memang berjumpa dengan ex-girlfriend sebelum abang berkahwin dengan Yah tetapi kami hanya minum dan makan bersama sahaja," ajuk Hamid.

Huzir terdiam.

"Itulah, silap benar aku pada waktu itu. Menyesal rasanya. Sekarang ini, selepas waktu kerja, isteri mesti suruh aku terus balik ke rumah. Motosikal kapcai aku pecut macam memandu kereta lumba Formula 1. Biarpun bahaya, aku besit juga selaju mungkin sebab tidak mahu mendengar isteri aku membebel kalau terlambat. Walhal masa aku berjumpa Laili, kami hanya menjamu selera di restoran, bukan duduk berdua-duan di dalam bilik hotel. Namun ada juga baiknya. Selepas kejadian itu, isteri menjaga aku lebih baik, ditatang bak minyak penuh. Sebaik sampai di rumah, air minuman sudah tersedia di atas meja. Sebelum itu, setiap kali aku minta dia membuatkan air minuman 20 kali pun, belum tentu dia dengar. Macam bercakap dengn dinding, syiling atau lantai. Bak kata orang putih, kes aku berjumpa Laili itu bak blessing in disguise. Isteri engkau Hamid, macam mana?," soal Huzir.

"Isssssh! Isteri aku ok macam Score A. Bukan sahaja air minuman dia sediakan, cukup dengan karipap dihidangkan di atas meja tetapi karipap dingin bekulah. Bukan karipap dia buat sendiri. Air? Three in one tetapi aku belasah sahaja. Apapun aku percaya, bukan isteri aku sahaja begitu, isteri orang lain pun sama pemalas untuk membancuh air, majoriti menggunakan minuman three in one. Isteri dahulu lain Huzir, Hashim. Mereka terpaksa menumbuk biji kopi, dijadikan serbuk dan kemudian dibancuh dengan gula dan air panas sebelum dihidangkan kepada suami," jelas Hamid. 

"Hamid, apa kau cakap apabila perempuan mendesak kau berhenti merokok?," soal Hashim.

Tiba-tiba perbualan mereka berubah arah.

"Aku akan bertanya kepada dia balik. Kalau awak tidak bagi saya menghisap rokok, awak hendak memberi saya menghisap apa? Kah! Kah! Kah!"

Mereka semua tertawa.

Saya terfikir, betapa berkesannya mesej dikongsikan dek mereka bertiga, biarpun saya hanya sekadar pendengar sahaja.

Untuk berkomunikasi secara berkesan, kita memerlukan ilmu dan panduan. Ilmu harus dicari dan dipraktikkan.

Sebilangan kita, terpaksa membayar ribuan ringgit untuk meraih ilmu agar berasa selesa bercakap di hadapan khalayak ramai.

Cakap Dot Com di bawah kendalian penganalisis jenayah petah berkata-kata, Kamal Affendi Hashim dan sahabat, Azmil Abdul Aziz, menawarkan kadar perkongsian ilmu pengucapan awam dengan bayaran berpatutan.

Lokasi? di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada hujung minggu.

Sambil berkongsi ilmu, peserta bakal bergembira di sepanjang sesi dijamin tidak membosankan.

Sesi pendaftaran sesi pertama bersama fasilitator elit, dibuka sekarang. Majoriti fasilitator mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang komunikasi, bidang mereka minati. Mereka juga ingin memberikan personal touch justeru bilangan peserta terhad, hanya 20 orang sahaja.

Untuk mengajukan sebarang pertanyaan, sila hubungi atau hantarkan SMS kepada bro Azmil di talian 013 6366673 atau emel ke cakapdotcom@gmail.com.

9 ulasan:

  1. SMTI

    Mmg betul apa yang diperkatakan... isteri tidak akan melupakan (walaupun sebenarnya ingin buang jauh...tak mau ingatpun, tapi apakan daya..kami juga manusia biasa) segala kecurangan dan kejahatan suami...sampai bila2...dh maafkan tapi tak boleh lupa....

    BalasPadam
  2. menjadi lumrah..apa yg terlarang itulah yg hendak dibuat..curious..SMTI!

    BalasPadam
  3. citer apa ni?!!! Kjee tak baca sebab Mazidul kata hanya untuk bacaan lelaki.

    BalasPadam
  4. sebab tu pepatah mengatakan lelaki dari planet marikh perempuan dari planet zuhrah... masing2 sangat susah untuk faham masing2

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. Membaca cerita kat atas, sy rasa kesemua lelaki beristri diatas masuk kategori SUAMI-SUAMI TAKUT ISTRI hahahahaha. How pathetic!

    BalasPadam
  6. hahahaha.... terang2 tulis

    ENTRI INI HANYA UNTUK BACAAN LELAKI

    tp still.. 'WOMEN' opssssss!

    sorry yaa smua2.. gurau2 jea.

    PEACE NO WAR!

    kenyit mata sikit .. ;)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.