Sabtu, September 08, 2012

JANGAN SESEKALI MENIRU PERBUATAN MANUSIA!

Pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A Rahman, 19 tahun, melondehkan seluarnya di khalayak ramai pada malam 30 Ogos lalu.

Gambar perbuatannya itu tersebar di internet.


Dia, pelajar tahun dua program Diploma Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics di Cheras, Kuala Lumpur dan telah disingkirkan daripada institusi pengajian tinggi terbabit.

"Daripada 10 blogger menyiarkan kisah saya, hanya dua yang benar dan boleh dipercayai," ujarnya dalam pertemuan bersama media.

Sebelum ini saya tidak berminta menulis berhubung perlakuan remaja ini.

Saya blogger dan tidak berhasrat memfitnah dan menyiarkan berita palsu berhubung Ammar. Namun izinkan saya membentangkan fakta tidak begitu dirungkaikan.

Ammar mengaku bersalah di atas kesilapannya justeru memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan seluruh rakyat Malaysia selepas ayahnya berbuat perkara sama.

Bagus.

Lihat gambar aksi Ammar di bawah. 

Punggungnya dilihat oleh lelaki dan perempuan dan dia kelihatan tersenyum.


Apakah difikirkannya pada ketika itu?

Gambar PUNGGUNGNYA dirakamkan oleh sebilangan mereka berada di lokasi kejadian. 

Jika tanpa gambar Datuk Seri Najib dan isteri terbabit sekalipun, persoalannya, tidakkah remaja itu berasa malu?

MALU.

"Hei! Pergi pakai seluar cepat, malu sikit," ujar ibu kepada anaknya.

Anak berusia 3 tahun, keluar dari bilik air berbogel. Lazimya anak sebesar itu sudah pandai mencari seluar kain atau tuala untuk menutup kemaluannya, termasuk PUNGGUNG.


Perlakuan haiwan jauh berbeza jika dibandingkan dengan tindakan manusia. 

Lembu contohnya, tidak teragak-agak menunjukkan PUNGGUNG tanpa mengira lokasi. Bagaimanapun ibu lembu tentunya tidak mengeluarkan kenyataan berikut ...

"Kau jangan buat hal, bangga sangat menunjukkan PUNGGUNG kau kepada lembu lain. Kalau manusia lain, PUNGGUNG pun mereka 'baham' sesama jenis. Kita lembu, jaga maruah keluarga dan spesis. Jangan sesekali meniru perbuatan manusia!"

24 ulasan:

  1. SMTI.. kasihan kpd ibubapa budak tak cukup akal ni.. dah tentu dia yg buat silap.. boleh tuding jari pada blogger pulak yang tak boleh dipercayai..

    Budak ni mesti cenderung kpd parti pembangkang yg sukakan punggung tu.. nauzubillah..

    BalasPadam
  2. Dia nak minta maaf?banned dia dari belajar mana2 kolej lepas ni biar dia kerja dgn indon kat ladang.biar kena liwat dgn indon.memalukan !

    BalasPadam
  3. Memalukan!!! Campak dlm tong sampah je budak nie

    BalasPadam
  4. Astghafirullah...adakah dia seorang penganut agama islam?

    BalasPadam
  5. kesian budak ni..kesian sangat...
    bakar punggung tu baru tau

    BalasPadam
  6. budak ni dah buat kesilapan yang besar dan telahpun menyesali perbuatannya dan memohon maaf kepada najib dan rakyat malaysia. rasanya tak perlu kita hukum dia lagi. kesilapan dia memang bodoh, tapi tidaklah seteruk merogol atau membunuh orang. apa yg dimaksudkan dari 10 blogger hanya 2 yg benar dan boleh dipercayai mungkin kerana banyak blog termasuk saya sekali tulis yang budak ni nak berak atas gambar PM walhal dia hanya tunjuk punggung, tapi posisi dia mencangkung dan membontoti gambar itu mmg posisi ketika kita dalam jamban sahaja. apa2 pun, kita doakan sahaja agar budak ini sedar, berubah dan mendapat pengajaran serta menjadi pengajaran kepada orang lain.

    di dunia internet sekarang ini, mendapat malu dan aib seluruh negara lebih teruk berbanding hukuman buang kolej, ditamatkan ptptn dan lain2 hukuman

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. Gmbr org kncing kt poster pemimpin PR mcmana plak

    BalasPadam
  8. Knp namewee kene hukum tak seteruk budak ni... Even sekrg dah jd mcm hero pulak sedangkn yg dihina satu Malaysia bukan setakat PM sahaja .... Adakh psl dia cina jd hukuman utk dia berbeza... sama seperti amoi yg pijak gmbr najib...

    be fair pls ... jgn berat sebelah...

    BalasPadam
  9. demikianlah kisahnya .. anak buat hal ( bhs kasarnya DAJE' .. kata orang utara ) mak bapa yang tanggung MALU. Mak bapa yang di cop .. tak pandai didik anak. Tapi mak bapa sekarang ni .. bila anak buat hal .. mereka yang terlebih dulu mohon kemaafan .. mak bapa dulu .. tak banyak cakap dah .. si anak pasti kena BEDAL !!

    BalasPadam
  10. dah dia minta maaf, boleh rasanya dimaafkan... tp hukuman tetap hukuman supaya ia menjadi pengajaran kepada dia dan org lain. tak kira la pada siapa pun dia tunjuk punggung tu, yg pasti perbuatan itu mmg biadap!

    BalasPadam
  11. Benar kata Tun M, kepimpinan lemah itu antara faktor kenapa sebilangan rakyat tidak menghormati pemimpin, jika perlakuan si biadap ini tidak diambil tindakan tegas dan dimaafkan begitu saja, tanpa dihukum, saya pasti akan ada lagi perilaku manusia spisis syaitan yang lebih teruk dari perbuatan budak syaitan itu akan menyusul...

    BalasPadam
  12. Kerajaan perlu kaji isu PTPTN ni dgn telus.....berapa ramai student lingkungan awal 20an sdh ada hutang puluhan ribu ringgit.... gejala yg dulu takde langsung!...sama ler mcm kes tunjuk punggung ni....

    BalasPadam
  13. sungguh mengaibkan diri sendiri..tak ada maknanya tu..kasihan org macam ni..cepat2lah kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat selagi terbuka..

    BalasPadam
  14. terlajak kereta boleh gostan.. terlajak londeh seluar gelap masa depan.. sian mak bapak..penat2 hantaq anak p belajaq.. rupanya masih kurang ajaq..

    BalasPadam
  15. bagaimana dengan 2 tangan yang sedang bertepuk tangan dan tangan yang menunjukkan simbol lucah tu?... Tidak diambil sebarang tindakan ke? Dan kepada 'budak jahil tu... Janganlah anggap kamu 'hero' macam budak yang menembak kepala Muammar Ghadafi tu..Pemikiran kamu cetek lagi...

    BalasPadam
  16. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna! fikir2kan lah

    BalasPadam
  17. jgn nak salahkan org lain..ada otak takkan tak boleh fikir baik dan buruknya..jgn salahkan org mengutuk sbb dah terang2 buat perkara yg memalukan diri sendiri.

    tak kesian ke pada mak ayah?

    BalasPadam
  18. tak boleh dibayangkan masa depn budak ni nnt..kesian mak bpk budk ni tanggung malu...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.