Selasa, Disember 25, 2012

MANUSIA SEMAKIN KEJAM

Ogos 2010, saya memaparkan kes pembuangan bayi di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Klik di sini jika belum berpeluang membaca entri terbabit.

Jumaat lalu, bayi dianggarkan berusia setahun dilaporkan didera sebelum disimbah dan dibakar menggunakan minyak petrol di Taman Ungku Aziz, Johor Bahru, Johor.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Abdul Samad Salleh, mengesahkan bayi terbabit meninggal dunia akibat patah tulang belakang.

Baca laporannya di sini.

Jika diperhatikan, pasangan belum dikurniakan zuriat sentiasa berusaha menggunakan pelbagai kaedah untuk menimang cahaya mata. Pada masa sama, bayi terbabit dibunuh dan dibakar.

Mengapakah mangsa dibakar selepas meninggal dunia? Barangkali pembunuhnya ingin menghapuskan DNA. Namun misi itu ternyata gagal kerana hanya 80% daripada tubuh bayi itu terbakar. Justeru saya percaya jika suspek kejam terbabit berjaya diberkas oleh polis, proses perbandingan DNA masih berpeluang untuk dilaksanakan.


Untuk bahan bacaan lebih terperinci, klik di sini.

8 ulasan:

  1. Astaga..... manusia jenis apa ni????? makin teruk sampai dah tahap bakar bayi....

    BalasPadam
  2. SMTI.....Kejam pada insan yg
    lemah.....tunggulah hukum karma nya...

    BalasPadam
  3. manusia skrg makin kejam..dulu kanak2 dan wanita dijaga.kini kanak2 dan bayi diperlakukan sewenang-wenangnya.Ya Allah,berikanlah balasanMu pada manusia2 zalim ini..

    BalasPadam
  4. Allah Maha Kuasa....bayi yg tidak berdosa....walau dia mati dlm apa keadaan sekalipun...tetap akan jumpa...

    BalasPadam
  5. Skrg ni terasa tiada temp yg selamat utk knk2.pendera knk2 ramai dr famili knk2 itu sendri.kdg sya malas nak baca news,pasti ada kes dera ank, buang ank. Yg buang ank tu tak tahu ke skrg ni ada baby hatch.kalo tak mahu ank tu letak ja kat baby hatch.ramai yg sudi ambil jd ank angkat

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.