Selasa, September 03, 2013

KALAU DUIT BANYAK JOM ISI MINYAK PETROL RON95 DI THAILAND

Sejak tengah malam tadi, kerajaan mengurangkan 20 sen subsidi minyak petrol RON95, daripada 83 sen ke 63 sen. Justeru harga bertukar menjadi RM2.10 berbanding harga sebelumnya, RM1.90 se liter.


Hasilnya, negara kita mempunyai pendapatan tambahan kira-kira RM1.1 bilion. Wang bakal digunakan untuk kesejahteraan semua rakyat tanpa mengira kepercayaan politik mereka.

Rungutan kedengaran.

Itu lumrah.

Apapun, mari bersama kita meneliti fakta penting barangkali terlepas pandang. Subsidi minyak dikurangkan, bukan dihapuskan. Setiap kali kita membeli se liter minyak RON95, kerajaan masih membayar 63 sen. 

Adakah harga RM2.10 itu terlalu tinggi berbanding harga minyak petrol di beberapa negara jiran kita?

Saya difahamkan, harga se liter minyak petrol RON95 di Thailand, RM4.16, Singapura, RM5.47 dan Indonesia, RM3.15 sen. 



Justeru tidak hairan jika ramai rakyat Thailand masuk ke negara kita memandu kenderaan bertangki diubahsuai dan kemudian menyeludup keluar minyak petrol di beli di stesyen minyak di sempadan negara. 

Jadi kalau hendak membeli minyak berharga LEBIH mahal, tanpa subsidi kerajaan, jom ke Thailand! Kalau ingin membeli minyak petrol dengan harga subsidi, isikan sahaja tangki di stesyen minyak tempatan.

Hakikatnya, penduduk 3 negara itu juga MANUSIA dan mereka PENGGUNA seperti kita. Bezanya mereka tidak menikmati subsidi minyak dihulurkan oleh kerajaan.



Timbul pula hujah di kalangan pengguna, Malaysia negara pengeluar minyak sedangkan negara jiran itu bukan. Saya terjumpa satu artikel menjelaskan hal dibangkitkan, di sini.


Klik di sini untuk membaca maklumat PERCUMA.

34 ulasan:

  1. Thailand tu negara pengeluar minyak ke.... tak buat homework dulu kee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bacalah dahulu perenggan terakhir itu. Usah melontakan komen sehingga akhirnya memperlihatkan kelembapan otak.

      Klik link atau capaian diberikan, baca.

      Tiada subsidi diberikan kepada awak untuk membaca entri ini kerana percuma.

      Padam
    2. pembangkang mmg mcm tu.. semua nak dibangkangnya

      Padam
    3. ini modal yg aku dgr 20x hari ni..oleh puak pembangkang..mereka akn protes dgn ayat yg sama disebabkan meniru ayat individu yg x reti berpikir menggunakan otak..angkat baju ko g duduk thailand

      Padam
    4. saya dah baca perenggan terakhir. persoalannya kenapa tidak dibandingkan dengan Brunei?

      Padam
  2. Ya Betol Encik Mazidul pengguna minyak di negara berdekatan lebih sengsara kerana harga minyak mereka lebih mahal. Tetapi secara realitinya apakah kesan yang terjadi selepas harma minyak naik ? Harga bahan mentah dan makanan juga naik. Semasa Tun Abdullah Badawi menaikkan harga minyak ke RM 2. 70 pada tahun 2008 harga besi telah naik dari RM 2300 setan kepada RM 4200 setan . Kesan nya banyak projek kerajaan yang menanggung Variation Order kerana kenaikan harga besi akibat harga minyak yg naik.Kesan kepada kita , lihat sahajalah harga rumah sekarang walaupun harga telah diturunklan kepada RM 1.90 seliter, adakah pemaju menurunkan harga rumah? bagi menawal harga besi yang melambung pada 2008 kerajaan telah wujudkan Addendum in Fluctuiation Rates dalam kontrak kerajaan dan kesannya sampai sekarang beratus projek JKR tak dapat selesai berdasarkan addendum ini kerana tak dapat persetujuan para kontraktor. Harga rumah pula kerajaan kenalkan cukai RPGT dan hasilnya, pemaju mark up harga. Kesimpulannya inflasi di Malaysia masih dikawal oleh harga runcit minyak . 40 liter bersamaan RM 76.00 dan kini RM 84.00... naik RM 8. Tunggu dan lihat selepas ini kesannya pada harga makanan walaupun harga bahan mentah masih dalam siling , kerajaan tak dapat mengawalnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga minyak di 3 negara terbabit, TINGGI. Harga barangan lain dan RUMAH, rendah?

      Saya tidak biasa ke Thailand, Singapura dan Indonesia.

      Padam
  3. setiap kali harga petrol naik, mesti timbul analisa yg mewajarkan kenaikkan hrg petrol. bg sy yg bpendapatan 3rb ke bwh, ia merupakan 1 beban. tak kisahlah pusing celah mana pun, sy tak nmpk langsung kebaikannya. yg pasti harga brg pasti akan naik. rakyat pasti tbeban.

    tp tu hanya pendpt sy, seorang rakyat biasa dan mengundi stp 5 thn sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudari, mmg manusia sifatnya suka kepada benda yang murah dan free. Anda pilih minyak murah atau ekonomi lembab. Pemotongan subsidi secara berperingkat merupakan dasar kerajaan untuk perkembangan ekonomi negara. Harga barang naik bukan sebab kerajaan, tetapi sebab rakyat sendiri yg ambil kesempatan. Tiada pemimpin yg sanggup menjatuhkan tahap populariti sendiri melainkan pemimpin yg berjuang ikhlas untuk negara.

      Padam
  4. Encik Mazidul, ramai rakyat Malaysia yang berpusu2 ke Thailand dan Indonesia untuk bershopping kerana harga pakaian dan barangan lain masih murah...bercuti di negara2 ini jugak murah berbanding dengan dalam negara kerana hotel2nya juga murah...saya wonder bagaimana kerajaan mereka boleh mengawal harga barangan walaupun mereka tidak dapat subsidi minyak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara faktor penyumbang, buruh LEBIH murah.

      Padam
    2. buruh lebih murah bila sara hidup lebih rendah...sara hidup lebih rendah bila harga barang lebih rendah...tiap kali kerajaan naikkan harga minyak, harga barang pasti naik...satu kenaikan yang tiada penurunannya...sekadar pendapat, bro...

      Padam
  5. kita baru pilih kerajaan sebaik pru13 yg lepas. kita telah menjalankan t/jwab kita untuk memilih kerajaan. kerajaan yg memerintah sekarang ialah kerajaan yg dipilih oleh MAJORITI rakyat yg layak memilih. so, apa2 sahaja tindakan oleh kerajaan yg memerintah adalah berdasarkan apa yg difikirkan terbaik untuk kebaikan rakyat. mudah kata, setiap sesuatu yg baik itu bukan semestinya 100% baik untuk semua orang. kita yg berkereta bermotosikal ni akan rasa terkesan dgn kenaikan kos minyak sebanyak rm0.20 seliter. tapi kepada yg berbasikal dan berjalan kaki, tiada adapun. mungkin kos nasi lemak akan naik lepas ni. fikirkanlah.

    BalasPadam
  6. cdgn sy..wajib guna pakai MyKad utk bl bhn api petroleum. Scra automatik akn dpt fokus pd glgn ssrn y wjr d bantu..jd..'subsidi' akn tkawal. Jk bkn warganegara..ikut harga 'biasa'(tanpa subsidi lgsg)...

    BalasPadam
    Balasan
    1. akan ada yg salah guna jual / sewa IC pada warga negara lain utk beli minyak.

      Padam
    2. hairul ~ betul..sekarang ni pn sume bnda nk di "ALI BABA"kn...huhu..

      Padam
  7. Syukur kita kat Malaysia masih murah. Paling mudah nak buat servey pergilah ke seberang sempadan tapi sebelum tu kosongkan tangki minyak kereta dulu. Andai kat Malaysia boleh penuh tangki dengan RM 90, kat sana?? Saya pernah tersesat jalan kat Hat Yai, pusing sana pusing sini, tangki kosong, isi petrol...sakit ...

    BalasPadam
  8. Kalau semua nak subsidi alamat nya muflis la malaysia

    BalasPadam
  9. Awat dok heboh dan kekwat sangat? Minyak naik 20 sen dunia dah nak kiamat ke? Yang kerajaan bagi macam2 subsidi kepada rakyat tu pasai apa tak mau heboh-heboh? Think positive...

    BalasPadam
  10. Kerajaan masih bagi subsidi kepada rakyat sebanyak 63 sen seliter untuk RON 95 dan 80 sen seliter untuk Diesel. Jadi tak payah kata kerajaan zalim. Check dulu fakta sebelum bercakap.

    BalasPadam
  11. Soal kenaikan harga minyak negara kita memang tak dapat nak elak.. Harga minyak dunia bukannya dikawal oleh Malaysia.. Orang kata negara kita negara pengeluar minyak tapi kenapa harga masih tinggi. Cuba kita tengok balik, negara mampu mengeluarkan minyak banyak mana??... Dan berapa banyak pula permintaan terhadap minyak di dalam negara.. Jangan bandingkan dengan Brunei.. Selain tu, harga minyak dunia naik bila banyak negara menaikan jumlah subsidi kepada pengguna negaranya. Atau dengan lain kata, bila harga minyak negara kita murah, permintaan di pasaran dunia akan menjadi tinggi, so harga di pasaran dunia turut akan meningkat...

    Komen yang ditulis berdasarkan hasil bacaan dari sumber yang boleh dipercayai...

    BalasPadam
  12. aku tgk kt pautan tu die tulis BRUNEI (RON97)= RM1.28 je..camne gmbr kt atas(RON95)=RM1.61 plak..

    BalasPadam
  13. saya berkerja gaji kurang dari rm2000..tapi sy sokong tetap akan isi minyak hari2..tiada pilihan dulu minyak naik kalau tak silap rm2.70 seliter..lagi teruk dari sekarang...saudara mara saya kebanyakan dari singapura...mereka juga sering isi minyak di malaysia .atas alasan minyak negara mereka lebih mahal..di Malaysia lebih Jauh lebih murah walau mereka bayar guna duit singapura..hahhaha...setelah mereka tukar duit Malaysia mereka boleh isi minyak dua kali ganda.Pada pendapat saya Rakyat Malaysia ni kebanyakan nya semua nak free..kalau boleh makan pun mereka nak di suapkan...adakah kalian sedar sebenarnya Kerajaan Malaysia terlalu lemah menangani rakyat yang berpemikiran org kampung..ini bukan zaman belum merdeka..2013 masuk bilik air pun kena bayar..kenaikan harga barang bukan dari kerajaan..tapi dari pengeluar yg mengambil kesempatan atas isu minyak...dan kepada mereka yang mahukan semua free..tanam sayur sendiri...ternak lembu dan kambing sendiri....tanam sawit dan buat gula sendiri...saya bercakap macam ni sebab tak semua rakyat malaysia ada kepakaran dalam semua bidang...sering mengatakan ketidakpuasan hati tapi tak celik memikir untuk anak cucu masa hadapan..semua nak subsidi je...semalam balik dr kerja jam 8 malam ...semua semua stesen minyak penuh mcm minyak naik 1 liter rm10...hahahha...kesian Typical Malaysia...saya usulkan malaysia agar banyakkan public transpot..di singapura ada MRT tapi minyak tetap mahal....ini isu bukan malaysia sahaja saudara saudari..satu dunia ada masalah mcm ni...cara rakyat malaysia ni takde tamadun...masih kampung..tiada ilmu pengetahuan tapi nak menjadi guru kepada cendekiawan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen. Saya juga sependapat...Rakyat Malaysia sekarang tak ukur baju dibadan sendiri..Graduate lepasan U, gaji baru Rm1800 -RM2500 dah nak pakai Honda City. Pakai keta kecik tak der standard. tak trendy..Generasi Y terkini dah jadi Hamba modenisasi...Apa orang lain ada semua nak juga ada walaupun kemampuan berbeza...Kesian anak2 zaman sekarang..baru dugaan naik harga minyak 20 sen dah nak huru hara....banyak bersabar....semua orang kena tempoh...Saya sokong kenyataan uncle nie sebab saya pun kira uncle jugek...he..he..he..

      Padam
  14. pakai akal la , rakyat brunei 400 ribu orang jer.. cuba gandakan 70 kali = baru dapat menyamai 28 juta rakyat Malaysia. Kalau 400ribu shj rakyat Malayia , bagi minyak percuma pun tak ada masalah.

    pakai akal la , kalau pendapatan bulanan tak mebenarkan berbelanja besar unutk minyak. cari lah kenderaan <1000cc.

    pakai akal la, negara malaysia negara berkebajikan. BERSYUKUR TUHAN BAGI BAGI KEKAYAAN SELAGI ADANYA KEBAJIKAN DILAKUKAN.

    1.4juta penjawat awam diberi peluang cari duit. Berapa nisbahnya jika dibahagi dengan 28 juta rakyat? 0.4 juta penjawat awam dah memadai untuk mentadbir negara Malaysia. Lagi 1 juta adalah kebajikan dari kerajaan.

    BalasPadam
  15. Salam saudara mazidul.. ada saya terbaca dalam komen-komen di FB mengatakan subsidi kerajaan tidak wujud. Boleh saudara siasat dan jelaskan..? tq

    BalasPadam
  16. Pada saya apa yang kerajaan buat adalah untuk kepentingan rakyat jugak. Kerajaan boleh puaskan segelintir rakyat, tapi tidak boleh puaskan semua orang. Redha sajalah. Rezeki, InsyaAllah, Allah yang tentukan.

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. Kenapa kita perbandingkan harga petrol sahaja? Kenapa kita tidak bandingkan harga kereta2 import di Thailand atau barangan 'sparepart' disana? Atau barangan2 keperluan yang sememangnya lebih murah dari Malaysia... Malahan barang merbahaya seperti pistol pun murah dan mudah dimiliki disana... Yalah 'Hujan emas negara orang hujan batu negara sendiri' haruslah kita terima dengan redha dan berharap kenaikan hanya bersifat sementara sahaja...

    BalasPadam
  19. RON95 = RM2.10 + ( SUBSIDI K/JAAN RM0.63) = RM2.73 SELITER
    RON97 = RM2.70 TANPA SUBSIDI

    andaikata tanpa subsidi ron95 jadi RM2.73?
    Hmm mengapa low grade minyak lagi mahal?

    BalasPadam
  20. kenapa kenaikan harga minyak BERLAKU SETIAP KALI SELEPAS PILIHANRAYA.???..
    5TAHUN SEKALI...terangkan EN.MAZIDUL...kenapa tidak sebelum..??

    BalasPadam
  21. Rumusan yang boleh dibuat, mengikut pengamatan saya 1st Harga minyk naik kesan kepada harga barang naik 2nd perbandingan harga minyak di kalangan negara-negara ASEAN 3rd penagihan sumber kekayaan negara secara tidak seimbang cth BRIM 1.0, 2.0. Kemudahan infrastuktur di kawasan pendalaman, rakyat miskin dan bantuan pendidikan. Applikasi jelas dari rentetan daripada isu ini kerajaan menyeru rakyat supaya rakyat berjimat, perbandingan harga minyak di kalangan negara9(dikatakan antara termurah) , mengelakkan perbelanjaan lebihan kerajaan unuk menampung defisit kewangan dan menaikkan BRIM untuk bantuan kepada rakyat..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.